Terlalu banyak betul benda yang berlaku hari ini.
Tak terlarat dah sebenarnya ini. Tapi sebab ada beberapa draft dan artikel kena disiapkan, aku siapkan dulu sebelum aku tidur semula selepas ini.
Ini cuma keluhan seorang lelaki kacak yang mempunyai impian untuk kahwin empat. Yehh!
Melaka.
- Hari ini, aku pergi Melaka. Ada kerja sikit.
- Pergi 3 tempat yang berbeza. Memang penat dan lalok sikit.
- Duduk dalam bas sahaja dah makan 3 jam pergi dan 3 jam balik.
- Bila balik, ada tugasan pula yang kena disiapkan.
- Due date plak makin dekat. Demm ahh.
Liga Super 2014
- Kancah bola sepak dan konspirasi demi konspirasi dalam persaingan Liga Super 2014 telah bermula.
- Pahang, Selangor, ATM, Kelantan, Johor JDT telah langkah kanan kerana masing-masing menang dalam perlawanan pertama mereka.
- Tahniah buat Selangor. Semoga misi 33 akan tercapai kali ini. Kita kasi kalah dan GEGET itu JDT, Arsenal dan Liverpool.
- Sarawak kalah, T-team kalah, dan banyaklah yang kalah.
- Amri Yahyah berjaya sumbat gol pertama dalam perlawanan rasmi pertama beliau dalam Johor JDT. Tahniah Bro. Walaupun dah pindah ke Johor JDT, aku tetap respek mamat ni walaupun nakal gila habis-habisan. Kat mana-mana pasukan pun hang tetap cool.
- JDT penuh dengan pemain bintang dan bulan.
- Baca berita terbaru tentang sukan di blog terbaru aku – Guliroket.com – Pencetus Sukan Guli di Malaysia.
Blogging
- Kitab Teknik SEO Merah Jambu menghampiri target. Siap draft kedua, dengan liarnya aku naikkan harga.
- Misi komisen Jobdirumah menghampiri sasaran. Sudah 94 kali bayaran komisen masuk ke akaun Maybank aku. Tapi kalau nak ikut jumlah sales, memang dah lebih dari 100 kali.
- Tak sabar tunggu bayaran blogging tuk satu projek menulis artikel berjumlah hampir RM4000. Katanya minggu depan bakal dapat. Tak tahulah dapat ke tidak.
- 4 blog aku yang perlu korang tahu. Earncent.com, Ohcikgu.com, Ahmadfaizal.com dan Guliroket.com. Harap termaklum.
Itu sahaja.
Lain-lain, kita jumpa dalam artikel aku yang lain. Aku dah malas benar nak menaip ni.
Assalamualaikum.
13,706 total views, 1 views today
padan laa impian mo berbini 4, dapat artikel RM4k, haha.. ape kate, encik kacak share ngan saya ? bolehhhh ??
datang banting la. Gua belanja semangkuk cendol. Hoho..
Kena datang banting jika macam ini. Sifu nak belanja ni 😆
aku tak nampak lain, nampak tang rm4000 tu je… meh blnje aku meh… 😉
mata duitan betul hang ni. 😯
haha..
Aku terkesima bila baca tang RM4000 tu. Haha. 😯
Aku lagi terkesima.
Tak tahu dapat atau tidak.
sebenarnya gua lagi tak sabar nk tungu entri pasal lu nk berbini nanti bro..cepat2 la wei
Peh..lambat lagi tu wehh.
permulaan yang bagus bro….
Liga super pun best lagi setakat ini…hehehhe
Ya.
Makin best plak sekarang layak liga super sekarang.
Haha..menarik tu..Rm4000 ekk?dah 4000 mangkuk cendol leh belikan..semoga semuanya ok yer..hehe
Takkan nak hadap cendol aje maa..
Yer la..tu perumpamaan nak suruh mudah nampak maksudnya… 😳
Ini cuma keluhan seorang lelaki kacak yang mempunyai impian untuk kahwin empat. Yehh! hahaha ayat tak leb bla..
suka baca penulisan blog ni.. unik.. tak boring… sayang blog ni… hahahahah
Sila sayang dengan sepenuh hati dan buah pinggang hang ye. Hehe..
banyak tu.. RM4,000.. boleh aku guna buat hantaran separuh kalau dpt tu
Betul-betul 😛 😛
Selamat berkahwin bro. Tak lama dah kan?
oo gi melaka tak beritau.. kalau tau tadi boleh belanja cendol jam besar
Pergi sana pun ikut orang. Bukan boleh aku selit singgah mana-mana maa.. 😳
tabik spring :-
1 – nak kawin empat (walau satu pun belum dapat)
2 – ada 4 blog (terbaekkkkk)
Hehe..
imppian harus dinyatakan secara tulisan dan harapan.
Barulah jadi kenyataan.
Entri 3 in 1 lagi ehhh.. Tahniah S’gor.
alamak ketinggalan la aku bab bola nih
Ehh..bukan hang orang kuat JDT kah??
Tak sangka pula rupanya guliroket tu tuan punya 🙂
Ya. Gua punya.
Sila baca hari-hari ye. 😉
tue dia. kena usaha keraslah kan. nak berbini 4 kan. hehehe…
Mestilah kena usaha keras kan? hehe..
mohon tunjuk ajar nak jaga lebih dari 1 blog haha aku nak hidupkan balik blog lama aku ni 🙄
Kena buat sikit-sikit dahulu. dah lama baru boleh kayuh laju macam bro titan. Nanti jika laju-laju sangat tak terkejar. Bro titan dah master 😉
Dari kau je.
Nak atau tak nak. Ko tu yang malas sebenarnya. Haha..
Wow…hebat ..Motivasi ni
Blog bro titan antara blogger hebat yang saya suka baca. 😆
mana tak letih. sehari 100 artikel nak update. haha
kalah ben ashaari tu
Dah tak sanggup dah taip 100 artikel sehari.
Gua bukan muda lagi. 😳
woooo….alhamdulillah..murah rezeki
rm4k masyuuuuk tuuu..beznye…
1 blog tu je blom terjah..nak terjah jap
Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
Haa, gi terjah laju-laju.
aku baru tahu pasal guliroket..haha
Haha..
aku pun baru bagitau.
Tahniah sifu.. Majulah suka dangan adanya guliroket ini.
Ya.
Majulah sukan untuk negara!
Dah agak dah sapa punya guliroket tu ahaha
Boleh plak main agak-agak ehh..
cendol.my bukan lu punya jugak ke? hehehhee
Itu belum boleh rasmi lagi.
Haha. 😈
duit makin banyak
blog makin banyak
bila nak buat kenduri, bro?
Sabar lah.
Kang aku jemput, korang tak datang. SIAPLAHHH!
bleh letak tagline untuk guliroket.com tu “Meroket ke langit”. hehehe. Sekadar cadangan
Haha..
best jugak tu. Boleh try tukar nanti kalau rasa cam best je.
tulis artikel sampai RM4K..bapak kau..fuh..memang terbaik le gitu
Mudah-mudahan dapat cepat. hehe
tiga lagi blog dah pernah singgah..guliroket je belum 🙂
Haa..gi la singah laju-laju eh.
kalau abg Titan kahwin…confirm FA dtg..hahaha
Yeke ni? Yeke nih..
ok dah tau blog lu haha nti gua terjah semua..
dah byk kumpul tu
boleh dhh jgn tunggu2….