Ya.
Dah dapat.
Memang agak gembiralah sikit sebab dalam 2-3 hari ini banyak bayaran komisen masuk dan masuk. Biasanya memang waktu-waktu cam ginilah duit komisen akan dibayar. Minggu pertama dalam setiap bulan atau hujung bulan setiap bulan. Tapi Ashadee atau Jomniaga ini berbeza bila bab buat bayaran kepada promoter diorang.
Ashadee akan bayar kita setiap 2 minggu. Dalam tempoh 2 minggu itu, kalau cukup nilai minimum payout yang kita tentukan, diorang akan buat bayaran. Kalau tak cukup minimum payout, kena tunggu lagi 2 minggu. Baki takkan ditolak. Jangan risau. Baki akan terus dibawa ke bayaran yang akan datang. Aku set RM50 untuk minimum payout. Korang nak set lebih atau kurang dari itu pun boleh kalau nak. Ikut tekak masing-masing.
Ini bayaran komisen ke 7 dari Ashadee.com. Ia juga bermaksud dah 15 kali aku dah dapat bayaran dari Jomniaga.
3 Tips memilih produk hot di Marketplace.
Ada banyak cara. Tapi aku beritahu TIGA CARA yang selalu aku guna. Tapi yang penting sekali, korang mesti dah register kan kat Ashadee dulu. Kalau tidak, gi daftar dulu. Percuma sahaja.
Pertama. Pilih produk hot dan sentiasa ada permintaan sepanjang tahun. Contohnya, produk buat duit, kesihatan dan makanan. 3 jenis produk ni memang biasanya laku sepanjang tahun.
Kedua. Pilih produk ni muka surat 1 dan muka surat 2 di marketplace Ashadee. Biasanya bila korang klik pada bahagian marketplace tu, akan dipaparkan senarai produk yang laris pada bulan itu atau yang banyak terjual dalam masa terdekat. Jadi, promosi produk-produk itu kerana memang dah ada orang pernah beli. Ini bermaksud, produk tu boleh jual. Jadi, produk yang dok muka surat 15 dan 16 tu..memang tak berapa laku lah jawabnya. Jadi, nampak kan kat situ? Cari produk yang popular kat marketplace dan promosikan produk itu.
Ketiga. Tengok kat marketplace. Bahagian “New Vendor”. Ada produk baru kan? Okeh. Dengan merujuk pada point pertama tadi, korang cari produk BARU yang boleh korang promosikan. Biasanya, ada 3-4 produk yang boleh dijual dengan rakusnya. Buat kajian dan tengok gak permainan keyword kat search engine. Dari situ, pasang umpan masing-masing kat blog. Dan apa lagi..belasah apa yang patut. In-sha Allah, satu dua minggu paling jaki pun, harus ada 1 atau 2 sales.
Dah. Itu sahaja tips yang boleh aku kongsikan. Ada banyak lagi tips. Tapi cukuplah yang ni dulu. Ini yang paling asas sekali bila kita cuba nak buat duit dengan program macam Ashadee ni. Boleh juga cuba dengan program lain juga kalau rajin.
Nak ikut atau tidak. Terpulang. Hak korang. Aku cuma berkongsi sahaja.
Betul atau tidak. Bergantung pada usaha korang. Korang rajin, tak ada sebab mengapa korang tak boleh buat sales macam aku dan pemain Ashadee yang lain.
Tapi kalau malas, beli kitab Teknik SEO Merah Jambu aku tu. Baca. In-sha Allah boleh membantu sedikit sebanyak.
Ps: Yehh, PKNS Selangor menang semalam. Awek-awek Terengganu. Awak-awak semua jangan marah tauuu..
7,013 total views, 1 views today
ngah tunggu payment masuk dari Klikjer ni..biasa time gini dah masuk ni..hurm..jgn lama sangat..ahaha..nak tempah hotel ni
Dah masuk dah duit klikjer.
Gi check email cepat.
bestnye bnyk duit….
Tak best lagi.
Nak dapat banyak-banyak lagi. 👿
cepat belanja cendol..hehe 🙂
Ehh..hang la belanja gua plak.
Bro Titan memang terbaik la,,,, Masyukkkk
Biasa-biasa aje..
cendol, cendol, cendol
apa benda hang berjampi nih.
smlm br gak dpt payment affiliate..tp bukan dr ashadee..ashadee br dpt 1 komisen je stakat ni..huhu…
kena lipat gandakan usaha cam sifuu..hehe
Hang memang dah terer pun. 😈
Terbaiklah sifu.. dapat lagi dan lagi..
Sikit je. Aku nak dapat lebih lagi dari ini. hehe
saya dah pernah ikutan coba promosikan iklan ashadee, tapi g dapat payment
takpe.
Usaha lagi bersungguh-sungguh.
dah tak best ashadee dah stop PPL Rm2.00… walaupun RM2.00 jer komisyen… pernah mencecah 3 angka sekali payment.. gara-gara kumpul Rm2.00 jer… dan jadi top affiliates….
Macam mana nak suruh gobal bukak balik komisyen RM2.00 tu ye?
rasanya masih ada lagi maa.. 😆
terima kasih atas tips yang diberikan ..memang berguna punya maa..
Sama-sama.
Semoga memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. 😉
Kena belajar lagi ni biar umpan banyak mengena..
huhuhu
kena sediakan lebih banyak pancing la nampaknye. hehe.. 😈
Aku rasa aku dah lepas minimum cashout..tapi xdapat lagi. ke aku ada tersalah setting
masih tak laku… mungkin sbb tak berjaya khatam kitab lg lah ni…
Nak kena tambah umpan lagi napok gayanya..