Fuhh..
Macam-macam isu aku baca dalam 2-3 hari ini. Kecoh satu Malaysia tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, kemeriahan Sepetang Bersama Blogger 2014 dan macam-macam lagi kisah dalam dunia blogging di Malaysia. Pendek kata, dunia blogging ni tak pernah sunyi sejak blog menjadi satu platform paling pantas berbanding media prima yang lain.
Kemeriahan SBB2014.
Banyak ragam dan kisah suka duka dalam Sepetang Bersama Blogger 2014. Ada yang sanggup datang dari Kelantan, Sabah, Johor, Penang, Perlis, Kedah dan merata lagi. Yang dok area KL dan Selangor, memang ramai gila yang turun dan hampir lebih 300 orang blogger memeriahkan lagi suasanan SBB2014 yang bertempat di Saloma Bistro. Sampai yang tak tahu jalan sebelum ini, dah kenal KL sudah. Hebat korang semua, kan? Itu belum masuk cerita yang menang pelbagai gadget seperti handset mahal besar gedabak, menang cabutan bertuah, menang tiket melancong, menang iPhone, kotak Ephyra dan tak lupa juga air kotak Yeos yang menjadi sponsor utama dalam majlis besar seperti SBB2014.
Mana-mana sponsor besar memang rugi benar tak menaja dalam majlis ini kerana kuasa menulis dan menyebarkan melalui platform blog memang tidak dapat dinafikan lagi. Masa inilah para penaja ambil kesempatan untuk promosikan brand dan produk mereka seperti yang dilakukan oleh Mynic, AirAsia, Ephyra, YEOS dan macam-macam lagi.
Dan ya, aku tak dapat ikut SBB2014 kali ini. Ada HAL yang tidak dapat dielakkan. Terpaksa ikut program ke luar negara untuk satu tempoh yang lama. Sudah tentu dibayar dengan harga yang lumayan dan mendapat nilai yang tidak boleh digantikan dengan mana-mana pengalaman yang pernah aku dapat sebelum ini. Serius, memang ini satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Apakah dia pengalaman itu? Tunggu. Sampai masa, akan aku ceritakan. Tapi aku memang tak rasa rugi sebab tak datang SBB2014 kali ini. Bagi mereka yang rasa untung, itu rezeki dan bahagian korang. Nikmati dengan penuh kasih sayang.
Dunia Blogging.
Bila sebut tentang “blogging” aku ini, memang tak lari dengan niche “buat duit dengan blog“. Sebab ini salah satu punca aku menulis blog selama ini. Mencari pendapatan sampingan dengan menulis blog merupakan sebab utama aku terjun dalam dunia internet yang penuh dengan pancaroba dan onak duri yang menyakitkan. Tetapi disebalik penderitaan dan kesakitan itu, tersembunyi madu yang penuh dengan nikmat manis yang tidak terkata.
Usaha yang berterusan sejak bertahun lamanya sudah mula membuahkan hasil yang berterusan. Alhamdulillah, tak sia-sia menulis blog. Dapatlah sikit-sikit komisen affiliate dan hasil menulis blog selama ini pada setiap awal bulan..
Dunia blogging ini memang salah satu “kehidupan” yang sukar untuk dijangka. Dah banyak pencapaian yang aku peroleh dan tak kurang juga berkali-kali aku tersungkur akibat kegagalan yang sentiasa mencabar aku pada setiap masa. Aku harap, aku dapat terus berjuang dalam bidang ini walaupun bukanlah satu perkara yang utama dalam kehidupan aku.
Isu Pesawat Malaysia Airlines MH370
Ramai blogger yang cuba tarik trafik ke blog mereka dengan menggunakan isu panas ini. Ini tidak hairan macam-macam keyword cuba mereka kuasai termasuklah keyword “MH370”, “MH370 hilang“, “berita terkini MH370 terhempas” dan sebagainya. Tak kiralah dengan “mengcopypaste” dari mana-mana sumber tak kiralah sumber itu benar atau tidak, asalkan trafik dan duit dapat, nilai moral sudah hilang entah ke mana. Aku tak kata salah 100% buat trafik dengan cara ini, tetapi tulislah dengan ayat sendiri, ulas dengan penuh adil dan saksama dan fikirkan juga apakah “KESAN” apabila artikel itu dibaca oleh para pembaca korang. Jangan tulis jika tidak ada bukti yang sahih. Bukan apa, takut-takut terguris atau menyakitkan hati orang lain. Kang bila ada orang marah, dia menyumpah macam-macam. Kan ke tak bagus tu? Lebih-lebih lagi dalam isu MH370 ini. Takut artikel yang korang COPY tu tidak benar dan cumalah khabar angin sahaja yang tidak ada sumber yang sahih lagi benar. Bukan boleh buat main-main benda ni. Ini tentang hati dan perasaan. Susah mahu cerita dan temberang.
Bak kata pepatah..
“Lu kacau hati dan tumbuk gua. Gua takde hal. 1-2 bulan boleh sembuh. Tarak hal. Tapi kalau lu kacau hati mak ayah dan ahli keluarga gua, sampai mati gua ingat apa yang lu buat..”
Aku tahu, ramai yang dah kutuk mereka semua ini. Aku juga setiap masa membaca artikel-artikel yang berkaitan dengan MH370. Ingin tahu apakah kisah sebenarnya, apakah punca MH370 hilang itu yang dikatakan terhempas atau hilang. Ya. Semua orang ingin tahu. Termasuk aku. Tetapi, aku harap artikel yang korang tulis itu biarlah “BERMAKNA”.
Sedikit sebanyak, artikel-artikel tersebut memberikan tanda tanya kepada kita. Apakah yang sedang berlaku. Dan sisi baik hasil dari isu ini, kita ALERT tentang kapal terbang dan juga orang-orang yang kita sayang. Bagi aku, sesiapa yang menaiki kenderaan tak kiralah basikal, motor, kerea, kapal layar, sampan dan juga kapal terbang semuanya MENGAMBIL RISIKO dalam hidup mereka. Kapal terbang, silap sikit sahaja memang boleh membawa maut. Sama juga dengan menunggang basikal.
Ya, benda ni nampak remeh. Bawa basikal bukannya susah pun. Tapi kalau masa korang naik basikal, tiba-tiba terlanggar batu, terus terjerumus dalam longkang besar dan kebetulan entah datang dari mananya dalam longkang besar tu tiba-tiba ada ikan piranha dan ikan itu pula tengah lapar..nampak pula bau darah yang fresh dari badan kita..dan meninggal dunia akibat kena makan ikan piranha.
Ya, cerita macam tak logik. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada sesiapa sahaja di dunia ini. Itu risiko yang kita kena hadapi. Malang memang tak berbau. Mati itu bila-bila masa sahaja. Oleh itu, belajar terima hakikat dan risiko dalam kehidupan kita ini.
Kesimpulan.
Dalam kes MH370, its simple. Majoriti boleh agak apa apa yang telah berlaku walaupun hati kita sukar untuk mengakui hakikatnya dan apa yang sedang berlaku.
Dan jika ada antara mereka yang terselamat, itu tanda doa aku dan semua orang yang berdoa telah dimakbulkan. Dan andai kata sebaliknya, marilah kita sama-sama terima hakikat dan reda dengan apa yang berlaku. Ya, peluang itu tipis. Tetapi aku percaya pada keajaiban didunia ini. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Tak salah untuk menaruh harapan.
Ps: Okeh. Aku nak tidur. Dah berapa hari dah tak tidur malam akibat penuh dengan macam-macam kerja kat sini. Satu advertorial lama langsung tak siap-siap. Duit dah dapat. Hari ini, dapat lagi offer 3 advertorial baru. Itu tak campur 4 advertorial yang kena siapkan sebelum habis bulan Mac ni. Arghhhh..
6,247 total views, 36 views today
mcm2x spekulasi dorg buat nak raih trafik…feel bad utk spekulasi yang tak elok tu 🙁
bestnya rasa dapat advertorial..haishh…:D
Aku kalau tengok sumber blog … update pasal MH370 ni, terus pangkah je
memang rezeki ko bersusun-susun yea….dan aku tunggu artikel pasal program luar negara ko tu nanti yea…
Antara sebab saya tak suka tulis berita-berita panas. Tulis pasal buku memang tak pernah panas pun (kecuali buku yang kena haramkan la)
tu dia pepatah, mmg menyentap…
bes dapat merasa advertorial neh, jeless 😕
Semoga urusan pencarian MH370 dipermudahkan.. Amin
Gua dtg, lu lak tak de. Poyo lah he he… Nanti lah jumpa kat Banting jer 😀
Lor!!! en titan xdtg SBB2014 rupenyer.. tengok senarai nama ader.. ingat boleh jumpa bergambar.
Baru belajar dunia blogging… dalam tempoh dua bulan lebih sikit ni, terserempak dengan isu blogger blogging tentang MH370 yang hilang penuh misteri dan tanda soal besar gedebak ni… merupakan satu pengalaman menarik buat saya…
ps: daripada isu MH370 hilang jadi isu blogging MH370 hilang
pss: your journey to this stage reminds me of SN(CS)
pasal MH370 ni, yeop taknak ulas apa-apa, tapi apa yeop nak kata, berdoalah supaya mereka jumpa. amin
dpt komisen yg agak lumayan kelihatan di situ…hehehe… kita sama-samalah berdoa dan terus berdoa…
Itulah kemeriahan dunia blogger. Rasanya bukan hanya trafik yang dicari. Tapi lebih kepada rasa ingin berkongsi apa yang kita tau menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan berkongsi cerita di Blog masing-masing. Walau apa pun tujuan kita menulis, yang pasti kita harus terus berdoa selagi pesawat MH370 belum kelihatan.
p/s: Tahniah untuk advertorial job. pastinya lumayan..Dan tak lupa untuk Komisen E-Blogger kat atas tu ..memang lumayan…
Memanjatkan doa keselamatan MH370 ini.
Tak sabar nak tahu kes MH 370 ni..semoga misteri ni akan terjawab dalam tempoh masa yang singkat ni..amin…emmm apa ekk yang Encik Titan buat kat luar negara sebenarnya..ni pun isu yang sedang bermain-main di fikiran..hahahaha.. kalau tanya encik titan buat apa kat sana, encik titan jawab tak???:twisted:
Kita sama-sama doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka yang terlibat.. Janganlah ada yang menambah kontroversi. Tak untung pun.
hurmm…tak dapat jugak jumpe titan.. 😕
Doa kita ttp utk mereka MH370…ameen
kencang tu! tahniah lagi sekali tu encik titan
Tu dah tahap meroyan nak trafik
semoga mereka bisa ditemukan dengan selamat tak kurang satu apapun Amin
banyak dapat komisen tu..boleh belanja puteri dah ni.
semoga MH370 akan dapat ditemui
Murahnya rezeki titan..alhamdulillah.
Err nanti leh le belanja beg besar satu kan..:)
semoga pesawat MH370 ditemui…amin…
perghhh murah sungguh rezeki bro…tahniah bro..!!
isu mh370 tak nak ulas lebih-lebih..cuma keinginan mau tahu itu cukup tinggi..
apa-apapun semoga terus sukses bro!
semoga pesawat MH370 dapat ditemui satu hari nanti.
terkejut dan sayu bila melihat wajah mereka yang penuh mengharap..
pi sana amboi!!!
buat duit tetap buat duit kan… hidup mesti diteruskan
suami sy sndiri jumpe kapt norudin tu. hasil pertemuan dgn beliau, fakta2 beliau agak mengejutkan, tapi benda tu rahsia takleh sebar2… hmmm gerun tau
dunia blogging ni memang buat duit, yg penting kena rajin menulis ah. sakit jugak kalau masa kita terhad. bab mh370 yang hilang tu, tak tau lah nak kata macamana kan. aku ada terbaca dengan amanz punya blog, kenapa sampai sekarang masih bergantung dengan KOTAK HITAM dalam pesawat sedangkan teknologi dah maju. kenapa takde buat rakaman terus dari pesawat ke sistem penerbangan MAS sendiri. 😕
Ishk…betul…setuju bahawa ramai duk take advantage about MH370. Tapi ada juga yang bukan nak take advantage, tapi show concern, macam aku…hehe…Concern…nak tarik trafik camna…susah woo…sebab ramai betul official news dan inofficial news duk citer pasal benda ni…
betul tak
MOge semua nya baik baik ~ pray for mh 370 _ crying cant imagine how sad their relatives and family ..huu crying~
superb bro! moge dpt jadi blogger sebegini 🙂 kite baru bertatih
http://www.nadiasecreto.com
nak tahu juga apa projek kau dekat luar negara tuh
lu pergi lawatan sambil belajar ke weh?hehe
hentikan spekulasi, teruskan berdoa..
Terlalu bnyk konspirasi… entah mana kita nk percaya… tunggu je la
susah nak percaya yg mana satu yg benar..
bak sikit sini adevertorial tu sifu,hehehe 😈
Salam..oh tak datang di SBB 2014, rupanya ada hal lain yang lebih RM??????. Moga bertambah rezeki lagi buat lu… gua tumpang gembira.
semoga Allah melindungi mereka, apa-apa pun taniah tuan, lumayan tu.. hehe
1st time gi SBB mmg brst hoo… tapi sedih ngan tragedi MH370 yg misteri hingga kini.
Sebenarnya…letih kejar trafik blog ni… buat entri santai2 sambil jana duit lg best. Idea sendiri itu lebih bermanfaat dari ciplak2 orang punya idea…