Haha..
Ini teknik memang SUPER Rare.
Aku sendiri tak pernah nak kongsi secara terus terang. Tapi aku rasa dah sampai masa untuk berkongsi dengan korang teknik yang aku rasa memang ajaib ini. Selama ini..inilah teknik atau rahsia atau tips yang mungkin boleh membantu korang untuk berjaya buat duit dengan mana-mana program affiliate yang korang sertai.
Tapi kalau difikir kembali, ini bukanlah teknik yang rare atau super ajaib. Lebih sesuai aku kata “BENDA” ini sebenarnya sudah pun diketahui secara umum. Oleh itu, aku terangkan sikit agar ramai pemain baru boleh masuk liga-liga pemain affiliate Malaysia yang rata-ratanya sekarang dipegang oleh pemain SEO bertahun-tahun lamanya.
Ini 4 BENDA yang super RARE yang mesti korang buat.
1. Belajar SEO.
Aku tak tahu dari mana korang nak belajar dan bagaimana cara korang belajar. Tapi, sila belajar. Sekurang-kurangnya MAHIR dalam bab-bab asas. Ini salah satu cara untuk PROMOSI untuk satu tempoh yang lama. Ada banyak program affiliate yang sentiasa bagi aku komisen setiap bulan walaupun aku dah tak buat apa-apa promosi dah. Duit komisen tetap masuk dengan penuh kasih sayang. Semuanya hasil penangan SEO.
Jadi, sila belajar teknik SEO sekarang. Tak kisahlah siapa guru korang, tak kisahlah ebook atau kitab aku yang korang baca. Sila belajar. Asas SEO semuanya SAMA. Yang membezakan adalah cara kita melaksanakannya sahaja. Dan sudah tentu, teknik aku itu juga berbeza dengan mana-mana penulis SEO yang lain. Setiap penulis dan pengamal SEO ada tekniknya yang tersendiri.
2. Tahu lubuk-lubuk program affiliate yang MASYUK.
Senang cerita, kena pandai pilih program affiliate mana yang sentiasa menyediakan peluang buat duit yang sentiasa panas sepanjang tahun. Tak semua program affiliate mempunyai potensi untuk buat sales setiap bulan. Dan aku sendiri agak memilih mana-mana program affiliate yang aku rasa senang untuk buat duit. Kena pilih. Kalau korang main hentam semua, tak terjaga dibuatnya. Aku sendiri dah tak larat nak jaga semua program affiliate yang aku dah sertai. Kena pula sibuk aje 2,3 menjak ini.
Antara platform yang korang boleh cari mana-mana program affiliate yang bagus untuk bagi komisen kat korang pada setiap bulan adalah Ashadee.com atau Jomniaga, Klikjer.com, Jobdirumah aka AgenAffiliate.com dan juga Tim Info Kerjaya yang sentiasa memberikan banyak cabaran affiliate sepanjang tahun. Aku dah hilang kira berapa ribu dah aku kaut dari Tim Info Kerjaya ni. Cuma tahun ini aje aku tak all out sangat. Sebab terlalu sibuk.
3. Belajar dari mereka yang PAKAR.
Senang cakap, cari dan selidik setiap flow dan “PLOW” bagi seseorang blogger atau IM yang korang rasa pakar dalam hal buat duit dengan program affiliate. Aku ada follow beberapa blogger luar dan IM luar yang aku rasa mereka boleh beri aku sedikit tips yang sesuai untuk aku tiru dan aplikasikan dalam siri promosi aku. Yang tak bagus, aku tolak mentah-mentah. Sebab kekadang, diorang ni punya cara, halal haram tolak tepi punya. So, kena la tapis mana-mana yang patut.
Sekali lagi, cari yang memang pakar. Yang buat-buat jadi PAKAR tu, memang cukup ramai. Terlalu ramai kat Malaysia ni. Yang bijak memanipulasi pun ramai. So, kena cari yang benar-benar pakar walaupun aku tahu memang susah. Sebab biasanya mereka ni memang takkan mengaku mereka pakar. Sebab takut ilmu rahsia mereka kena curi.
4. Usaha yang berterusan.
Itu sahaja.
Tak ada penjelasan terperinci dalam hal ini. Semua sudah faham, kan?
…
….
Ada orang kata, lagi senang buat duit dengan buat iklan di Facebook Ads, Fanpage dan Google Adwords. Aku tak nafikan. Kalau korang pakar, boleh cuba. Cuma aku tak mahir sangat dalam hal itu. Aku lebih suka menulis diblog sahaja. Cukuplah apa yang aku dapat selama ini. Tak perlu tamak sangat. Cukuplah kita tamak dengan jumlah yang sepatutnya.
Sebenarnya, tak ada tips ajaib atau teknik ajaib yang boleh bantu kita dapat duit komisen yang banyak pada setiap bulan. Kalau betul aku mahu kata teknik ajaib adalah kesungguhan, minat dan sifat tak berputus asa. Itulah yang paling ajaib dan SETIAP pemain SEO dan pemain affiliate yang cukup berjaya ada CIRI-CIRI SUPER AJAIB ini.
Kesimpulan.
Bakat itu penting. Kalau ada, lagi bagus.
Tapi kalau kita tidak ada bakat dan kita pula tidak ada kesungguhan yang tinggi, tiada minat yang mendalam, usaha yang berterusan pun ke laut dan selalu berputus asa..
Ini nasihat aku..
Jangan BENCI atau CEMBURU pada mereka-mereka yang BERBAKAT ataupun mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa itu.
Jika mahu kalahkan mereka, jika mahu jadi sekurang-kurangnya seperti mereka, berusahalah.
Berusahalah bersungguh-sungguh..
dan banyak MEMBACA.
Ps: Aku yakin, kesungguhan dan usaha yang berterusan SENTIASA menewaskan bakat dalam apa jua keadaan.
6,395 total views, 13 views today
Rindu penulisan cikgu. hihihi
pekongsian yang baik. terima kasih bos
tq for list affiliate yang masyuk tu cikgu 😀
penulisan yang sungguh baik…
teringin jugak nak join affiliate senanya…tapi tak tahu nak mula dari mana…huhu…
alaaa…x boleh cemburu ke? itu je perasaan yg aku ada untuk ko… hohoho 😛 🙄
Percayakah yang paling susah ialah usaha berterusan iaitu konsisten….
Memang kena menuntut ilmu dalam bab ni
Assalam… saya baru juga nak berjinak2 belajar ttg affiliate ni. Tp tak nak meletakkan apa2 harapan yg tinggi lagi sbb tak nak pressure yg bukan2 pulak. Tengah belajar & merangkak lagi. T kasih atas perkongsian tips & nasihat ini ye.. 🙂
Usaha yang berterusan. HA yang ini memang aku akui betul disamping rezeki yang datang dengan asbab memudahkan kerja orang.
Cemburu penting juga kot , cemburu sebagai pembakar semangat hehe
Haha..”Cukuplah kita tamak dengan jumlah yang sepatutnya”.. memang terbaik!
Memang best petua yang tuan berikan ni, kalau ikut betul-betul insyaallah berjaya. Banyak saya belajar dari tuna tentang buat duit dari blog. TQVM
sedap tu.. letak dengan roti pun sodap
Terbaik….
Menanti tips seterusnya.
nak cemburu juga boleh ke? amount yang masuk itu sangat menarik.. 🙂
Saya mengunakan salah satu teknik yang diberikan. Berkesan.
Usaha yang berterusan sememangnya diperlukan.
Tiada jalan pintas untuk berjaya. Tq tuan titan.. 🙂
sangat setuju bro…
gua betul2 apply sebahagian dari teknik seo merah jambu lu… baru 20% kot gua apply, sebab nak fokus dulu dengan satu jer.. (agenaffiliate dot com)… setiap bulan masuk 3 angka…
Alhamdulillah,
Tip dan petua dari lu memang terbaik… bulan ni janji dengan diri nak buat 10 artikel viral… baru buat 4 artikel dah masyuk…
Semoga lu tak pernah berhenti berusaha bagi tip-tips berkesan untuk gua apply…
Gua doa “Semoga lu terus kaya dan berjaya dunia akhirat” – dan semoga MH370 dijumpai segera…
yang akhir sekali tu ramai yang kantoi… separuh jalan dah give up.. jangan mengalah kalau nak berjaya… 😀
Masih belajar mengenai SEO..banyak sangat teknik..susah nak hadham. Thanks for the tips nway…
Adapun dah cukup jelas dan tips nya jujur. Diri sendiri je mahu ke tak mahu buat tak buat..
paling suka pesanan terakhir tu…”Aku yakin, kesungguhan dan usaha yang berterusan SENTIASA menewaskan bakat dalam apa jua keadaan.”
saya pegang dua perkara terakhir…kesungguhan dan usaha yang berterusan..
SEO memang keutamaan 🙂
Awal mula aku baca…ok ok … bab tengah .. ok ok lagi … tapi bila bab akhir2 perenggan … rasa nak nangis pun ada. Tak tahu pasal apa, sedih kot, ke terharu …. ke ntah macamana, tapi apa lu kata memang betul. Mula nak sangkal, tapi ayat terakhir tu buat aku luluh dengan segala sangkaan.
Hebat lu, patutlah terhasil SEO MERAH JAMBU.
Setuju betul aku dengan semua point tu. Tapi tu la…usaha yang berterusan tu yang kekadang payah sangat nak buat…selalunya, bila try kejap dan tak berjaya, terus tinggalkan…sebab ingat tak boleh…padahal kita actually kurang perseaverance…betul tak?
sy akan cuba buat apa yg titan ceritakan ni..insyallah dgn usaha yg kuat pasti blh
Ok..rasa semangat sikit bila baca artikel ni.terima kasih encik titan…
Aku tengok dah baca tips hang kongsi. Kalau guna kompem meletop.
Nak main jugak affiliate tapi bakat SEO tak ada. Boleh ke?
SEO+teknik yang ko ajar memang sangat membantu untuk dapatkan komisyen. Thumbs up.
Bro, mana lama hilang ni. entri baru plz
Memang satu keajaiban untuk kekalkan momentum usaha buat duit dngan blog nih
Semangat!
4 teknik super tak terkalah ni mmg nak kena ikut dan buat..thanks en titan!
ok! den nak kena fkir balik, samaada blogging ni betul apa yg den minat atau tidak..
3 benda 1stu tu boleh komit. usaha ni den lemah bonar..haha
Perkongsian yang sangat baik…
Ringkas,padat,dan memukau hehehe
Woik itu teknik terbaik wehh bukan ajaib. Yg ajaib mau guna Bomoh MH370 yang bawa kelapa tu he he…
terima kasih cikgu..tulis cikgu masuk dalam kalbu
ada banyak cara nak cabaran pasti kalau masyuk serius senyum lebih.
terima kasih for sharing brother.. hehehe…
atas usaha dan banyakkan membaca tu lah kita dapat ilmu lebih sikit kan bro. betul cakap ko, jangan cemburu atau dengki dengan kejayaan orang tu. tapi belajarlah jadi macam mereka. tu yang aku tengah nak jadi macam ko ni. 😎
Entri yang dapat memberi suntikan semangat supaya berusaha tanpa putus asa untuk dapat komisen affiliate. TQ En Titan 🙂
Suatu keajaiban yang orang selalu org lupa, itulah “usaha” 🙂
Saya perlu tingkatkan usaha dan berterusan…