Oleh sebab ada yang bertanya, jadi aku terpanggil nak ulas soalan itu dalam artikel aku hari ini. Lebih-lebih pada petang yang bahagia lagi aman damai ini, aku tidak buat apa-apa sangat. Jadi, tak salah rasanya berkongsi apa yang aku rasa dalam lubuk hati-hati aku ini.
Soalan
Bagaimana mahu pastikan artikel seksi yang kita tulis dengan penuh derita itu tersebar dengan meluas?
Jawapan.
Ya. Memang susah. Tetapi, kalau tahu triknya, ia bukan satu perkara yang sukar. Lebih-lebih lagi korang boleh TIRU cara tersebut dengan bergayanya. Disini, aku senaraikan 5 tips untuk memastikan artikel seksi kita tersebar dengan meluas.
Ia tak susah. Cuma, kena faham dulu. Baru jadi mudah.
5 Tips untuk memastikan artikel seksi kita tersebar dengan meluas.
1. Pastikan artikel yang ditulis adalah unik. Kita tulis sendiri. Artikel kita tu ada “soul”nya tersendiri. Bab ni, memang susah. Tapi percayalah apa yang aku tulis ini. Kalau sekarang, artikel yang korang tulis belum mampu capai targetnya, tunggu satu hari nanti. In-sha Allah, akan tercapai juga. Dengan syarat, korang tak putus asa untuk menghasilkan artikel yang menarik, unik, seksi dan menggoda para pembaca untuk TURUT sama gembira untuk menyebarkannya.
2. Artikel itu mesti ada ciri-ciri seksi yang menggoda. Maksud seksi itu bukan maknanya korang kena tepek gambar artis atau gambar buah dada gadis-gadis muda atau peha gebu gadis-gadis bertudung atau gambar mini skirt yang singkat atau gambar jubah cantek tetapi menampakkan susuk tubuh mereka.. Tak. Bukan itu caranya. Ayat-ayat yang korang tulis tu mesti ada “something” yang boleh merasuk hati dan minda para pembaca untuk menyukainya. Secara tidak langsung, mereka dengan rela hati akan menyebarkannya.
3. Tulis artikel berita atau ISU yang tengah panas pada masa-masa tertentu. Ini memang CONFIRM ramai yang akan turut sebarkannya tak kiralah di facebook, twitter, linkedin, pinterest, G+ dan sebagainya. Kalau pandai ulas itu tersebut, artikel itu bukan sahaja berpeluang untuk berada di muka surat pertama di search engine, malah artikel tersebut akan terus dikongsi dan disebarkan oleh pembaca yang akan datang.
4. Artikel yang jenis berfakta. Maksudnya, artikel itu cukup faktanya. Bukan auta atau artikel mengarut yang macam aku suka tulis tu. Artikel mengarut yang aku suka tulis tu, memang ramai yang suka komen. Tapi cukup sikit yang hendak menyebarkannya. Jadi, sila tulis artikel yang ada fakta sebagai isi kandungan artikel korang tu. Berikan juga kredit dihujung artikel jika korang ada cilok mana-mana sumber yang korang ambil. Gambar pun sama. Ini salah satu artikel yang ramai orang akan suka tolong SEBARKAN artikel-artikel “berfakta” korang itu walaupun kekadang aku tengok ramai gak yang temberang bab fakta itu.
5. Promosi. Mesti buat promosi. Kalau tidak, macam mana artikel seksi itu hendak diketahui oleh ramai orang? Artikel dah cukup unik, artikel dah cukup seksi dan menggoda, tapi sayang..tak ramai yang tahu dan membacanya. Jadi, celah mana diorang nak tolong sebarkan? Betul tak? Dan satu lagi, sediakan alat untuk bantu para pembaca untuk turut sama sebarkan artikel korang. Letakkan button “share” dalam artikel korang agar memudahkan para pembaca tidak rasa macam nak sepak penulis blog tersebut. Jadi, penulis blog kena main peranan. Jangan dok giat promosi aje, tapi benda mudah macam ini tak mau sediakan.
Contoh terbaik yang aku boleh kongsi adalah blog Denaihati. 5 Tips yang aku senarai ini ada dalam kebanyakkan artikel mereka.
- Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia (Sebanyak 9.4K sebaran)
- Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia (4.8K sebaran)
- Semak Saman AES Online (3.9K sebaran)
- Aqiqah Ramadan di Kemboja (3.0K sebaran)
- Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal (1.7K sebaran)
Dan banyak lagi. Sebenarnya, masih ada banyak lagi artikel dalam blog Denaihati yang bagus-bagus, cuma sebarannya agak kurang sikit dari 5 artikel diatas. Senang cakap, kalau nak dapat banyak artikel kita tersebar, boleh tiru cara yang Tim Denaihati lakukan dan ikut 5 tips tambahan yang aku ceritakan ni. Kalau nak kira, ada 1001 lagi tips tambahan yang aku boleh tulis. Tetapi, aku malas nak ulas panjang-panjang. Korang sendiri pun dah besar panjang. Pergi baca dan kasi hadam apa-apa yang patut.
Itu sahaja untuk hari ini tentang tips untuk memastikan artikel seksi kita tersebar dengan meluas.
Semoga memberi manfaat kepada korang semua yang sudi datang ke blog ini dan membaca artikel ini.
…
….
Sekian, terima kasih.
12,102 total views, 1 views today
fuyooo banyaknye share.
tapi awat bile scrrol mouse kt bahagian no share tu, icon social media jd berterabuq pulak? huhu
berterabur? entah.
kat laptop aku, tersusun kemas. Haha..
Abaikan aje. Aku letak untuk perhiasan aje. Bukan untuk disebarkan. 😈
memang seksi entri ni bro.. tak tahan tgk pic strawberry yang mungil tu.. 🙄
Macam Siti Nurhaliza dgn Dato K. Semanis cinta
tips yang berguna ni..
nk buat entri seksi jugak lah nanti,hehe
Subhanallah..memang terbaik
Wahh… artikel ni pon seksi jugak… 5 tips tu memang tip yang menggiurkan. Cuma kalau nak sebar bukan boleh sebar sebarangan…kena cari tempat yang niche sama… tak gitu? (agaknya lah…tak pandai sangat bab ni… dan tengah belajar berdengung ni..)
btw jazakallah sebab share tip tip ni. Alhamdulillah tuhan bagi masa terluang menyebabkan lahir artikel seksi ni… 😀
Banyak sangat sebaran Denaihati dapat
gambar seksi yang sedang minum cendol takde pun hehehe
memang padat info yang diberikan. memang ‘class’ punya.
Cuba sebarkan cite makcik beg besaq..sure lagi banyak orang terjah..tak seksi tak menggoda..tapi ada aura dia kat situ..hehehe
Yang ni aku suka. Pasal berita semasa tu aku agak tak berapa suka share. Yelah, kalau dari wartawan yg memang cover event tu ok gak. Tapi kalau blogger yg cuma cedok sana sini tanpa usul periksa siap tambah perasa lagi tu yg buat malas nak share.
Aku pun menyampah betul blogger perasan wartawan nih.
Hat nombot 1 tu payah nak menjadi.. renung button publish lama-lama.. tak jadi klik.. hehe
Kena sentiasa ada soul kan, dapat merasainya kat sini…kut
Terima kasih atas ilmunya. Betul tu bro … kena tulis seperti mana dinyatakan untuk entri dikongsi.
Tiba2 rasa nak kongsi artikel seksi ni..
kena asah lagi skill menaip tuh.. masih tak berapa nak seksi nih
seksi sangat ni… hehehe kena share ni http://iluvtour.com
Artikel berfakta..itu gua setuju 100%
artikel kawe seksa.. tak de sapa pun mahu sebarkan he he..
Oo ni rahsia titan selama ni 😛
Perghh memang seksi habis ni..haha..bak sikit… 😡
Belum mahir nak tulis entri yang mampu memberikan impak.
kalau perkara best memang ramai juga yang nak sebarkan..
Tip yang membuka minda. Thanks.
ye betul semua tu..kalau dah seksi tu memang menggoda untuk umpan yang lebih besar..ohho..lagi besar yang nak makan umpan, rasanya kena pancing awek lebih seksi..eh silap..artikel..ahahaaha
terbaiklah 5 tips ni
nak2 yg no2 tu…ramai yg siap tayang gambar gadis bergebu dan bertteeeet lagi..tapi nak citer pasal kambing makan rumput jer…
Nice sharing…
banyak lagi yang aku kena belajar nie..
penulisan masih tiada Soul… TQ..
Setiap orang ada soulnya tersendiri.
Tinggal polish aje.
thanks coz sharing. Tip yang memang membantu
Mudah-mudahan akan membantu serba sedikit ye.
try ping kat Google Plus. den perasan ramai suka G+ semula di situ
Ya.
Gua tahu. Memang selalu buat gak. haha
nice info
kalau artikel seksi mmg ramai suka sharing kan 🙂
jom jadikan entry seksi… 💡
Haha..
jangan terlampau seksi sudah la ye.
terima kasih diatas 5 tips yang seksi ini. 😀
Buat artikel tajuk hot mungkin ramai yang sebarkan. Kan kan kan?
Haha..
itu memang kena pandai pilih tajuk artikel la. Hehe..
Buah strawberry tu pun nmpak seksi jugak
Buah strawberry memang seksi bila belum kena makan.
den #1 pun dah ke laut.. hilang mood blogging.. rasanya kena ke seminar2 blog bagi fire diri tuk blog balik
Ya.
Rajin-rajinlah gi seminar ye. 🙂
Entri yang seksi. Terbaik.
Kena mainkan isu yang tengah panas. Barulah artikel kita jadi viral. Betul tak?
Nak main bab viral ni ada macam-macam taktik dan strategi. just pilih dan buat aje. Hoho..
Mendalam maksud penulisan yang seksi.
Biar seksa kepada pembaca asalkan mereka kongsi artikel kita pada laman sosial mereka tanpa dipaksa.
*suka pulak tengok gambar strawbery bersalut coklat tu.
Takdelah mendalam sangat.
Biasa-biasa aje. haha..
blog ni ada snow ke? hihi. ingatkan apa tadi.
ada.
kena cari. baru jumpa. Kalau tak jumpa, kena makan cendol selalu dulu.
nice sharing…sempoi tapi best gler baca. dr awal smpi habis gelak je baca…haha…one more, stoberi tu nmpk sedap gler kot.. 😆
Strawberry memang sedap kalau makan dengan rendang. Hoho