Okeh.
Baru ada kekuatan nak menaip hari ini. Ada beberapa benda yang dok pending aje dalam beberapa blog aku. Nak tak nak, kena paksa gak diri menulis hari ini.
Itupun, selepas pekena semangkuk cendol petang tadi.
Barulah rasa macam bersemangat waja dan gagah perkasa sedikit.
Maklumlah, bulan puasa ni. Takkanlah nak menhirup cendol tu plak disiang hari. Kena la tunggu waktu malam. Tapi cendol, tak berapa sedap makan tengah malam. Mesti nak gak waktu tengah panas atau waktu petang. Baru NIKMATNYA terserlah disitu. Kena plak makan bersama bini tersayang.
DUA PULUH kali ganda sedapnya makan cendol pada petang itu. Hoho..
Komisen ke 14 dari Ashadee.
Ya. Sudah dapat. Itupun apabila aku tergerak nak check akaun maybank aku tu sebab ada orang sms katanya dah bayar RM120 untuk kitab Teknik SEO Merah Jambu itu. Terpaksalah semak gak sebab memang benda wajib kena semak bila melibatkan hal-hal transaksi begini. Sekali semak..masuk plak terlalu banyak angka. Dah satu lagi hal kena semak duit syarikat mana pula yang masuk kali ni.
Tak sangka, dari Ashadee.
Selalunya, petang Rabu atau pagi Khamis dah boleh tengok. La ni..hari ini baru dapat. Tak tahulah camana diorang kira dah sekarang bab-bab pembayaran sebab dah tak boleh semak macam dulu. Nak check TOP 100 kat Ashadee pun dah tak boleh rasanya. Rasa macam lain semacam aje.
Tapi, nak wat macam mana. Tetap kena teruskan sebab Ashadee memang antara lubuk untuk buat duit dengan RAKUS dan gagah perkasa.
8 kali aku terima duit dari Ashadee + 14 kali aku terima duit dari Jomniaga = 22 kali dah terima bayaran dari mereka.
Banyak juga rupanya ye aku dah sedut duit dari Ashadee nih.
Haha..
Tips buat duit dengan affiliate
Aku dah tak tahu apa lagi tips nak kongsi dengan korang bila hendak bercerita bab buat duit dengan affiliate atau buat duit dengan blog. Aku rasa aku dah habis tulis kat blog ini dan blog aku yang satu lagi tu. Kalau korang malas baca dan kaji dua blog aku tu, korang terus je beli kitab pink aku tu. Itu akan membantu korang faham tentang bagaimana aku berjaya buat duit dengan hensemnya.
Sekali lagi, dengan HENSEMNYA.
Dah, pi beli.
Jangan cakap aku tak pernah bagitau yek.
Ps: Selamat berpuasa.
7,613 total views, 1 views today
selamat berpuasa dan moga dapat belanja aku buka pose juga..ahaha
ehh..
bukan turn hang ke belanja aku?
Aku pulak dah kurang komisyen dari ashadee sejak kna tukar link nih… 😥
Banyak link yang tak tukar lagi tu.
Gi la tukar cepat.
dalam blog lama tak tukar lagi..hoho…
wah! Tahniah..Rezeki tu hehe..
ada join ashadee juga btmbh smngt pula ni hehe
Semoga dapat banyak komisen lagi ye.
Lu memang hensem. 🙂
Ya.
Gua tahu.
Terima kasih ingatkan gua. Hoho
Dengan hensem dan osemnya bro titan buat duit. Berkat pengorbanan dan tanpa rasa nak give up. Doakan sy juga ya utk berjaya 🙂
In-sha Allah. Hang pun boleh kalau berusaha.
paling penting..selamat berpuasa dan tak boleh makan cendol di siang hari selama 30 hari dah!
Tak apa.
Dah training sejak tahun-tahun lepas. Boleh tahan lagi rasanya. hehe
memang masyuk ni..cendol makan malam2 memang tak puas…tak feeling…huhu
Haa..
Tau takpe. Memang tak feel makan cendol malam-malam. Haha
tahniah dan rehda je la..
Reda pun kena usaha gak. Hehe..
dah jadi malas dgn ashadee ni pas pembubaran link dulu…
x perbaiki pun lagi..
Itulah pasal.
Naik geram gak dibuatnya ni sebenarnya.
Tahniah..syoknye dengar dapat komisyen byk kali da…
Syok la juga.
Tapi, harap-harap leh dapat lagi banyak lagi lepas ini.
tahniah, rezeki awal ramadhan dan rezeki pengantin baru.
Mudah-mudahan bertambahlah rezeki tu. Hoho..
Emm tahniah encik titan..banyak tuh..huhu..emm teringin gak nak dapat duit dengan ashadee ni..haha
Boleh aje. Dari kau aje.
Kena usaha kuat lagi. hoho