Okeh. Buffet Ramadan Casa Ombak. Memandangkan aku rasa dah banyak kali makcik sorang ni ajak nak belanja aku cendol tapi aku aje yang sibuk tak ada masa nak memenuhi jemputannya, jadi mungkin aku akan cuba gagahkan diri untuk pergi ke Buffet Ramadhan Casa Ombak yang dok sibuk dipromosinya setiap harinya itu.
Dan yang paling sukar untuk aku tolak, bini aku pun nak cuba gak buffet ramandhan ni. Jadi, kalau sempat pun mungkin aku dan bini datang masa penghujung ramadhan nanti. Sebab sekarang aku dan bini aku sibuk kumpul duit raya banyak-banyak memandangkan anak buah dah bertambah 2,3 kali ganda. Jadi, terpaksalah kerja lebih kuat dari biasa. Hoho..
Ombak Creative merupakan sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Mereka telah menjalankan pengurusan event lebih dari 10 tahun lamanya. Senang cakap, Team Ombak Creative ini menang SANGAT berpengalaman dalam hal-hal menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.
Lokasi event mereka terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi event yang berkonsepkan kebun-kebun bahagia dan penuh kasih sayang (ala garden).
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, merekaย adaย menyediakan promosi Buffet Ramadan. Ia terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan. – Ombak Creative
8 Sebab aku kena cuba Buffet Ramadhan Casa Ombak
1. Sebab dah kena ajak. Terasa macam segan pula nak menolaknya walaupun macam ajak-ajak ayam. Memandangkan kalau orang dah ajak ni, rasa susah nak tolak melainkan memang terpaksa menolaknya. Tengoklah nanti kalau sempat, aku dan bini aku akan hadir dengan penuh cahaya kegembiraan.
2. Makanannya sedap-sedap belaka.
Setelah baca beberapa ulasan dari blogger yang dah pergi ke Buffet Ramadhan Casa Ombak itu, aku terliur gak nak pergi walaupun aku tahu buffet ramadhan ni lebih kurang sahaja kat mana-mana tempat. Cuma dengarnya ada lauk-lauk kampung kat Banglo Casa Ombak tu.
Jadi, mengapa tidak untuk aku dan korang cuba?
3. Ada karipap.
Aku ada nampak gambar karipap. Dengarnya macam sedap karipap itu. Selain penggila cendol, aku juga salah seorang lelaki yang suka makan karipap. Lagi-lagi kalau karipap pusing. Lagi pula kalau karipap tu pedas dan meletup-letup kepedasannya didalam mulut disampingan keramahan ayam dan kentang bergabung dengan penuh kasih sayang. Secara jujur, aku jarang betul jumpa karipap yang SEDAP sepanjang bulan Ramadhan ini. Aku harap setanding denagan kesedapan karipap pedas depan bus stop dan lebih nikmat berbanding karipap pusing Pakcik Basikal yang cukup “legend” itu.
4. Banglo Casa Ombak.
Ini salah satu sebab aku dan bini aku hendak datang. Senang cakap, bini aku yang nak datang. Sebab bukan selalu leh makan kat banglo ni. Kena plak, siap ada ombak lagi tu walaupun cuma sekadar pada nama sahaja.
Harap-harap adalah sikit bunyi ombak berkumandang bila aku datang nanti memandangkan memang mustahil akan turunnya salji pada waktu itu.
5. Nak Dating dengan bini.
Ini juga salah satu peluang keemasan untuk “dating” bersama bini tersayang. Maklumlah, terpisah jauh. Dah alang-alang beberapa minggu tak jumpa ni, apalah salahnya luangkan masa bersama bini tersayang. Nak dating kat hotel mahal-mahal, mahal sangat kosnya. Jadi, dengan harga RM55 satu kepala tu, aku rasa takdelah mahal sangat. Agak berpatutan dengan makanannya, layanannnya dan juga tempatnya. Tapi, aku rasa tak salah kalau pihak Casa Ombak menaja “dating” aku dengan bini aku nanti, kan?
6. Ada tempat nak solat.
Ini antara benda pertama aku akan “CHECK” bila nak gi mana-mana tempat nak berbuka puasa. Tempatnya dekat tak dengan masjid dan surau. Tidak pun, sekurangnya ada disediakan tempat nak solat. Dan pihak Casa Ombak ini memang ada sediakannya dan dari gambar yang aku lihat dari blogger yang dah pergi sana, tempat nak solat tu agak luas. Oklah tu, leh la berjemaah ramai-ramai nanti.
Nak aku jadi imam terawih pun tak apa. Tak ada hal punya. Hoho..
7. Bini nak kenal-kenal dengan Akma Omar.ย
Serius, bini aku ni tahu pasal makcik sorang ni. Maklumlah, sejak sebelum kahwin lagi bini aku ni memang rajin jadi “stalker” kat blog aku. Senang cakap, dia tahu la siapa Akma Omar ni. Aku tak payah cerita pun dia tahu. Dan bukan senang bini aku ni kenal blogger perempuan. Kalau dia boleh kenal dan siap ingat NAMA lagi tu, nampaknya memang istimewa gak la blogger perempuan tu. Aku tanya blogger perempuan mana lagi yang dia ingat kat blog aku, dia geleng kepala. Dia ingat makcik ni sorang ajee..
Jadi, bolehlah korang berdua bergosip bersama-sama nanti eh.
8. Nak makan cendol.
Dengarnya, makcik tu bagitau ada cendol kat sana. Tapi bila aku gi dok baca kat blog orang lain, seorang pun tak tunjuk gambar cendol. Rasa macam tak ada sahaja. Jadi, aku harap bila aku datang nanti..adalah cendol tu ye.
Kata nak BELANJA, kan?
Khas untuk aku..
dan bini aku.
Boleh?
Kesimpulan. Kalau tak ada aral, in-sha Allah aku dan bini sampai. Kalau tak sampai, aku minta maaf awal-awal kalau tak sempat gi Buffet Ramadhan Casa Ombak ini. … ….
Oh ya. Kalau korang pun berminat nak pergi, sila simpan peta ini kemas-kemas dalam telefon pintar kesayangan korang itu eh. Manalah tau kot-kot korang ni jenis buta jalan sikit. Sekurangnya peta ini akan memudahkan korang cari Banglo Casa Ombak itu.
Ada apa-apa soalan, boleh rujuk dibawah:
Tempahan Boleh Dibuat Melalui:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750 Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com
Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
17,701 total views, 1 views today
udah mamat ni masuk memang susah la nak menang dah..ahaha..bila tah nak jumpa makcik tu lagi..ahaha
Bila aku tak nak masuk..handpa suruh aku masuk. Bila aku masuk..hang suruh jangan masuk. Adohaiii..
Yang mana satu nih. Grrr..
kita pula macam nak bawa suami berbuka kat sinilah…hehehe
Haa..
bawak aje. Nanti jangan lupa tapau cendol sekali ye.
jaga-jaga, makan jangan sampai berombak perut nanti
Takpe.
Eno kan ada.
Haha..
macam best je..nak pergi jugalah ๐
Haa..
leh la pergi dengan insan tersayang ye nanti. Hehe
Ohhh sudah dah la…dia dah join dahhh…dia dah join dahhh…hahaha..
๐ Ooo nak date ngn bini..Baru nak tumpang sekaki…emmm
Gud luck Encik Titan untuk contest hebat ni..
Aah.
Nak date dengan bini. ๐ณ
Setelah puas mengumpul bahan akhirnya terbit juga entri ni… Harap2 Akma xterpengaruh dengan bodekan manje ini…hehe
Good luck bro!
Takde idea sebenarnya nak tulis.
Ini pun merepek dan membelasah aje. Haha..
Tapi serius, memang nak gi gak kalau ada kesempatan buffet ni.
bab cendol ini..pasti ramai yang akan kalah nanti!
Gua dengar berita buruk.
Macam tak ada cendol aje nih. Waaa…
Kawe balik KL dah last day puasa ehhh, tak sempat nak berbuka di sana.
Takpe.
kat sabah pun banyak buffet ramadhan yang sedap-sedap belaka.
Nama bukan main punya sedap, buffet ramadan casa ombak!. Dengar nama tu saja memang rasanya sesuai pi dengan pasangan. Romantik gitu!…good luck bro!
Nama memang sedap didengar.
Tapi tak ada ombak. Harap ada bunyi ombak bila datang nanti. Hoho!
Baru je beberapa hari lepas baca pasal Casa Ombak ni kat blog onlajer
Ada kontes duit raya rupenye
Ya.
Ada kontes duit raya.
Gi la join kalau berminat.
mesti ada cendol special buat lu tu…tu yang tak letak gambar kot…
Haha..
kalaulah ada. Kalau tak ada..??
pergh broo..memang kreatif lu punya entry kompom champion
Entri biasa-biasa aje nih.
Haha.
Mesti tokey CASA OMBAK senyum sakan bila baca pasal sebab ke 7 tu… hahahaha
Jangan diorang dok borang bukan-bukan sudah la.. ๐
Lama aku xberblog walking… baru tau bro titan dah ada bini..
hihi
Anyway.. tahniah my friend.. ๐
Ya. Bini pertama.
Hoho..
Hang tu je sibuk je kat hospital. Doktor kat hospital queen kah?
Cendol hanya ada bila bro titan berkunjung..dibawakan khas dari banting…
Aishh..
takkan la aku yang kena bawa. Haha
pehhh kukuh sekali sebab musababnya. tak tahan tang ada karipap tu. hahaha…
ehh tanya kat bini, cuba ingat betul2 nama Ummi Hanie? kalau tak ingat tak apalah, tapi bagitau makcik ni ada jual beg Coach murah daripada butik punye tau.
Haha..
mudah-mudahan bini gua tak baca ini komen. Aminn.. ๐
datang laaa Casa Ombak bro.. boleh jumpa dengan abangnya.. pelakon tu…
Aku nak gi sebab nak makan.
Bukan sebab nak jumpa orang lerr..
Itupun kalau jadi la. haha
jaga0jaga perut saya sudha mula lapar eh…kejap lagi nak berbukalah.
Ohh..
selamat berbuka bersama suami tersayang ye.
selamat berbuka
kami buka kat rumah je hari2
Ok la tu.
Setakat ni aku pun masih berbuka di rumah.
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Pergi.. jangan tak pergi. Lebih lagi boleh pergi dengan bini lu… Pasangan pengantin baru berbuka puasa di Buffet Ramadhan Casa Ombak akan menjadi satu cerita.
Saya suka alasan ketiga tu..karipap fevret saya juga ๐
Siapalah yang tsk suka karipap kan. Hoho..
nampaknya yg ada bini harus bawa try berbuka sini
mesti kasih bertambah ๐
good luck bro
Ya.
Harusla cuba buffet ramdhan kali ini. Hoho
pasti seru di bulan ramadhan seperti ini,ada bazar makanan,yang enak2,… pas sudah tarwih asyik berkunjung ke sana,menu2 nya pasti enak semua,.. salam
Sekali sekala memang boleh. Jangan selalu sangat. Hoho
hehe..terbaik 8 sebab tu.. idea yang bernas.. semoga berjaya
Nak tulis banyak lagi. Tspi nanti terlampau panjang la plk. Hoho
Ehhh titan nak gi ye…Kalau jadik gi cakap gan makcik ekk…leh le nak nyibuk-nyibuk sekali..hehehe
Ishhh..
nak menyibuk la plak makcik sorang nih. haha..
Yela. Yela..kena ada cendol lebih la nih..
bro datang baru ada menu cendol tu ๐
Haha..
ye ke?
Kalau macam tu, kena datang lah nih..
haha cendol tuh penting… ๐
Haha..
cendol haruslah ada. Baru meriah berbuka puasa sket.
wah entry yang sangat menarik..all the best ye..jom ke blog saya pula
Yah.
all the best untuk anda juga.
Assalaamualaikum. Jangan lupa juga bersedekah kepada yang memerlukan..:)
itulah bro.. yg bab karipap tu aku setuju..memng best..
all the best bro..tringin gak satu hari nanti nak mkan kat casa ombak ni ๐
siapa lah pemenang Nye kan ๐
macam best je korang bagi testi ni..tapi ada orang cakap kureng skit masakan diorang..hoho
Assalammualaikum.. bro titan,
Moga2 bro titan menang dan sukses dalam contest nie k…
mselim3
Tak pernah lagi jumpa kak Akma. Teringin juga hehe nak join cendol!