Emm..
Entahlah.
Kekadang bosan juga. Sebab itulah kekadang rasa macam malas aje nak “update” blog.
Bila datang waktu malas, lagilah. Laptop tertutup kemas dengan penuh kasih sayang.
“Jadi, kena tak berhenti sahaja tulis dari tulis blog?”
…
…
Aku tak tahu macam mana nak cerita.
Tapi, bila korang dah buat sesuatu melebihi 10 tahun, benda tu akan jadi rutin harian yang cukup sukar untuk korang tinggalkan. Seperti korang belajar menunggang basikal, sekali dah belajar. Memang takkan lupa melainkan korang dapat eksiden. Lepas eksiden, dapat pula penyakit TRAUMA tak nak tengok basikal. Asalkan ada aje orang naik basikal, korang terus menjerit-jerit sehingga boleh histeria pula jiran rumah sebelah. Kalau itu yang berlaku, serius memang sedih la hidup korang. Hilang satu nikmat. Nikmat boleh tunggang basikal.
Jadi, apa sebenarnya aku nak beritahu ialah kalau ada sesuatu perkara, perbuatan atau benda itu kita sudah lakukannya untuk satu tempoh yang cukup lama, korang akan cukup susah nak tinggalkan.
Lebih-lebih lagi kalau dapat duit hasil dari merepek dekat blog macam nih..
Salah satu produk yang boleh bantu korang dapat duit yang lumayan setiap bulan adalah melalui program affiliate. Pakej Video Intensif Kursus Affiliate ini merupakan salah satu produk yang aku SARANKAN untuk korang memilikinya. Banyak benda ASAS yang perlu korang mahirkan boleh korang belajar melalui siri-siri video yang dikongsikan oleh saudara Rahman Basri. Tonton video itu dan in-sha Allah, korang pun boleh dapat gak banyak komisen setiap bulan.
Dan banyak sebenarnya kelebihan dan kebaikan menulis blog nih.
- Dapat gi jenjalan.
- Dapat belanja bini makan sedap-sedap.
- Dapat makan cendol hari-hari.
- Dapat beli telefon pintar.
- Dapat bayar duit kereta bulan-bulan.
- Dapat gak baca blog Fatin Liyana hari-hari.
- Dapat bayar hutang PTPTN
- Dapat gak kenal blogger-blogger femes dan retis.
- Dapat kenal gadis-gadis blogger comel yang menghuru-harakan hati dan perasan
- Dapat juga kenal makcik-makcik beg besar. Kekadang, siap hantar jersi Korea lagi ke rumah.
- Dapat tambah ilmu pengetahuan. Kalau tak kerana menulis blog, aku takkan tahu khasiat petola yang selama ini aku cukup benci.
- Dapat tulis kitab Teknik SEO Merah Jambu.
- Dapat juga menang anugerah.
- Dah dapat hasil tulis blog, leh la makan lobster tiap-tiap bulan.
Jadi, seronok kan TULIS blog hari-hari?
5,535 total views, 59 views today
sapa tak tulis blog, rugi. huhu
hehe..betul tu. Kena tulis blog dan belajar dengan bro titan..
Soalan buat yang bertanya, “Awak sendiri buat apa online setiap hari?, Awak tak bosan ke?”
Hehe..
perghh ..best wooo … btw bang , ebook merah jambu masih ade jual x ?
Ya.
Masih jual lagi.
Takkan wujud rasa jemu tu bila dah menghadap blog…hehe
betul tu. tak jemu..
Harap tidak perlu tunggu 10 tahun. Kalau boleh mahu menjana duit secepat yang mungkin.
Insyallah boleh jika kena denga caranya. 💡
Motivasi sebab menulis blog itu tinggi, jadi rasa bosan itu sudah jadi benda ‘rendah’.
sesiapa yang menulis blog dari jiwa akan faham feel menulis ni
betul la tu.. dah ketagih sampai tak boleh nak berenti kan..
tengok komisyen yang masyuk memang tak boleh tahan…
apatah lagi tengok lobster tu…huhu
bosan..?? tengok lah bape banyak duit masuk dalam akaun…. orang yg bosan bila takda sales jer…. ekekeke…
Emm seronok la kan bila jadi lagu ni..tapi tak seronok..bila bertahun2 tak membuahkan hasil sepetimana yang dikehendaki..memang akan tutup rapat laptop..Tapi bila dah jadi lagu ni, memang nak tutup rapat laptop pun rasa sayang..hahaha
memang betul seperti yang dikata tu…
bilalah agaknya boleh dapat hasil macam ni…huhu
Blog bagi income macam ni mana nak bosan..hehe
betul tu. susah bro titan nak bosan dengan income macam ni. Masyuk..
Hanya yang tahu saja akan rasa nikmat menulis blog..kadang2 tu tulis benda yang merapu pun ada orang baca dan yang bestnya ada potensi hasilkan sales..
fyna dah lama x update blog. rasa rindu je.
p/s : tergoda dengan lobster tue.
tulis blog boring?
tak tulis pun boring juga …
baik tulis daripada tak tulis …
ada rezeki masuk afiliate … jika tak pula
kalau letak adsense, kurang-kurang setiap minggu ada sen masuk
nak ke nak?
menulis dan menjana income sesuatu yg sangat bermanfaat 😉
yang bestnyer bila apa yang kita tulis tu mendatangkan manfaat pada orang lain dan menambahkan lagi rezeki kita 😀
betul tu puteri. memang best macam tu. 😀
Kalau duit masuk tiap-tiap hari gila apa tak seronok tulis blog.
Ok apa tulis blog, duit dapat, femes pula tu. haha lagi elok dari tulis diary haha 🙄
Seronokkkkkkkkkk tau….saya baru berkecimpun dalam 4 thn menulis blog….gila kalau hari isnin sampai jumaat tak celoteh dlm blog…jadi meremang kalau tak menulis…cm ne nak tutup blog?
Nanti saya jadi gila….gila blog hahahhaha
Gua pun dah bosan lah tulis blog. Mau tulis buku pulak. Tapi tak de idea kalau tulis panjang2. Ada nasihat?
Tak pernah makan pun lagi lobster besar tu. Huhuhu sedihnya.. Komen tak ada kaitan dengan tajuk entri. hahaha
pernah rasa jemu. bila jemu, jenjalan le ke blog Encik Titan ni. Setakat ni blom rasa nk berhenti berblogging lagi. Blog mmg bestt….
blogger sahaja yang tahu keseronokan berblogging…:-)
kalau jumpa itu encik kacak mau cakap terima kasih nd syabas pasal dia bulan2 ada income masuk isyeh…
wah..masyukkk…tapi memang kadang-kadang membosankan kalau menghadap laptop jer..
Betul juga kan. Bila terbiasa dengan menulis di blog, sayang pula nak tinggal terus. Kita mungkin sibuk, penat dan seumpamanya. Tapi nak tutup terus..mungkin tak kot. Huuhuu…
Dapnyer tgk lobster tu.
saya seronok je! 😆
makin bersemangat ada kalau tengok income masuk cam tu 🙂
waahhh..tak sangka..memang kene berguru…
ada kelas tak??? 😛 😛 😛
memang seronok la berblog kalau dapat duit macam tu..nak2 pulak dapat makan lobster yg best tu..hihi
agaknya hang nak tidur tengok blog rasa jemu, bangun tidur tengok email dapat duit terus tak jadi jemu
ada masanya bukan sebab bosan..tapi sebab ada komitmen lain..buatkan kita jadi malas nak update blog..sebab kepala otak sibuk duk fikir benda lain
Gitu ler kalau tulis blog ni…kalau datang penyakit “M” memang ler langsung tak berusik blog… laptop pun tersimpan rapi jer… biler tgk leh buat income cam bro titan ni..dtg er semangat balik tp tak reti la pulak… 😀
Benda kalau dah minat tu, takdanya nak bosan. Kalau bosan pun, kejap-kejap je. Lepas tu, pulun balik menulis blog. Kena pulak, kalau menulis mendatangkan hasil, memang sampai ke tua tak akan bosan kot.
blog itu ada jiwa.. jadi jom masuk bidang perblogan untuk ada jiwa..hehe
Memang tabik la dengan bro Titan. Susah nak istiqamah menulis dekat blog ni.
Bro @Titan,
^_^
Merepek pun dapat duit.. blogging platformnya… hahaha
Sayang juga blog ni…
Aku dah kurang blogging.. layan HP jer sekarang. wazzap..
Kredit kan free sampai bila-bila.. Call kacau orang memanjang..
Ikhlas,
Amin Johar
Tulis blog buleh exercise jari
Nak exercise jari, gua buat benda lain. haha 😎
Bila dah sebati, lama tinggal pun tetap rasa rindu nak menulis. Macam yati sekarang ni hihi
lu x bosan ke tulis blog?? huhu
Salam
Saya baru nak belajar menulis mintak tunjuk ajar boleh kot ??
Tudia aih !!! banyaknya dapat duit.Patut ler tak bosan hehe
pergghhhh.. gambar lobster tu sudah mengganggu tumpuan aku untuk menulis..
Sebagai penggemar teks, medium blog saya rasa lagi sesuai untuk mengarang panjang-panjang.
Memang takkan bosan
Nak kene jadikan tabiat gak ni tulis blog.org lain dh dpt income masyuk, AA baru nk start.tp xpe,better late then never, kan.