Yap.
Kekadang, aku jumpa ramai gak orang-orang macam ini.
Bila dia dah dok sembang kencang dan mula menegakkan benang yang tak basah dan hakikatnya aku tahu dia memang SAJA nak cari pasal. Kena plak, siap ajak kawan-kawan yang sama-sama jahil dengannya.
Dan bila aku bangkang dan betulkan kesilapan dia..
Dia melenting. Dia berkeras mengatakan bahawa dia betul. Dan aku salah.
“Beb..warna rambut aku ni HITAM. Bukan warna merah jambu. Yang kau berkeras juga nak kata merah jambu, apa pasal?”
Bab macam ini..
Aku mengalah dan aku Β blah.
Sebab kalau setakat cakap mulut-mulut aje, aku takde hal nak mengaku kalah.
Sebab aku tahu aku betul dan kau salah.
Tapi kalau ajak gaduh bertumbuk sebab aku dah bagi BUKTI kukuh yang kau silap,
Aku cuma mintak satu aje.
kalau KAU dah kahwin. Aku akan simpati dengan isteri kau. Kalau kau ada anak, kau fikir dulu tentang anak kau dulu. Kalau kau ada mak dan bapak. Fikir dulu pasal diorang 18 juta kali dulu. Baru gaduh dengan aku.
Sebab ending dia memang bukan HAPPY ENDING.
Sebab orang jahil ni tau yang sebenarnya dia MEMANG jahil dan bangang.
Dia tahu dia tidak pandai. Dia tahu dia tidak kuat. Dia tahu dia jahil. Dia tahu semua itu.
Dia tahu sangat-sangat.
Cuma dia MALU nak mengaku.
Cuma dia segan nak mengaku yang dia dah kantoi sebenarnya.
Dia nak menang aje.
Jadi, dia akan cari 1008 macam alasan untuk COUNTER balik apa yang orang lain cakap betul. Malah, kalau fakta tu boleh dipusing dan diada-adakan bukti yang boleh menyokong dirinya, dia akan buat. Dia akan kumpul “CROWD” yang boleh dia “makan” dan kasi hentam ramai-ramai orang yang dia geram itu.
Dah banyak dah orang macam ni aku jumpa.
Tapi macam biasalah, orang jenis macam ini hanya pandai cakap mulut sahajalah.
Bila ONE by one.
Bila muka dah bengkak. Bila mata dah menangis. Bila tembelang sudah pecah. Bila penipuan sudah terbongkar..
Baru kau mahu insaf dan mahu minta ampun.?
Bila kau kutuk dan kau hina orang..
Bila aku kata tak nak bergaduh dan bila aku dah mengalah sebab bagi kau menang percuma.
Kau terus keluarkan jurus-jurus kau yang kononnya hebat itu? Kau tetap mahu belasah aku?
Hanya kerana kau tidak puas hati dan kerana aku tidak menyokong apa yang kau mahukan?
…
….
Ada kau fikir tu semua itu terlebih dahulu?
Sebelum kau memulakan pertelingkahan?
Cakap biar berpada-pada. Terlajak kata dan perbuatan.
Selalunya memang malapetaka la jawabnya.
Orang bangang dan jahil akan KEKAL bangang dan jahil sampai bila-bila. Orang yang mahu belajar tentang kesilapan diri sahaja yang selalu keluar dari kejahilan dan kebangangan. Orang macam ini akan LEBIH berjaya dalam hidup mereka. Ada korang pernah jumpa orang jahil yang berjaya? Tidak ada.
Ps: Dah. Malas dah layan orang jahil nih. Baik makan chiskek nih.
6,521 total views, 12 views today
Uish.. marah bebenor brader kita petang nih..
Bawak bersabar yer..
Ngucap banyak2.. π
Orang cenggitu tak perlu dilayan!
sabar2,,, bawak berbincang – kedaionlinemy.com
itulah namanya manusia..mcm2 ragam….
rilek brader rilek..:D
aiyok, cikgu dah marah. aku tak tahu sapa nak kena sengat nih
Teringat dengan pesanan ustaz ketika menyampai tazkirah sebelum solat Jumaat. Beliau berpesan supaya diam kalau tidak tahu jangan memandai-mandai.
aiyok..cikgu dah marah. Sabar..layan ciskek tu dulu.. π
tengok brader marah.. aku dah baca gaya sharnaaz bercakap plak…
Ini baru namanya geram sampai hujung kaki..haha..emm saya ni jahil ke tak ehh? π
Bagi kilas belakang sebijik.. Tapi lebih baik tinggalkan je si jahil itu. Kalau dilayan, kita pun jadi jahil sama.
Marah bebenor nampaknyer.
Sabar bro. Orang macam itu wajar cakap dengan tangan jerk. Atau kita blah trus…pegi cari cheese cake.
Huhuhu…Bawak bertenang bro Titan.
haha..jenis tak paham bahasa..
sendiri nak betul.. grr..
tibe tibe datang idea nak menulis pasal kawan..grrr.
yups
aku selalunya ambil langkah diam
berbalas cakap dengan orang macam ni buat habis nasi je
Teringat kat member aku dulu,nak tak nak jawab yo la kau betol2 …
bawa bertendang bro..yang keroh kita jernihkan..jangan duk layan sangat orang macam tu
Huh mohon dijauhkan la daripada bertentang dengan orang macam ni.
Jangan buat kiro sangat dgn org jahil ni…susah nak buat kiro.
marah benau tu.. sabar je la …
Gambar kek tak ada kaitan ngan emosi dalam entry haahahha
Jahil Murakkab. Jahil yang tidak boleh diajar….
sebab itu tidak digalakkan berdebat dengan orang macam tu..lebih blah..tulis blog lagi bagus!
dalam hal cenggini
amalkan prinsip…..diam tak semestinya kalah
walau benar tapi mengalah, itulah orang yang menang π π π
Baik makan cendol. Sejuk sikit badan tu.
Sabar. BerIstighfar banyak-banyak. Kongsi ilmu yang bermanfaat lagi baik. hehehe.
Inilah sikap Yahudi Zionis… Sampai bila2 pun xkan mengaku yg dia salah walaupun dah tahu kebenarannya.