Hari ini, aku nak cerita pendek sikit.
Penat dah nak tulis panjang-panjang.
Maklumlah, hari ini sahaja dah lebih 10 artikel aku kena taip. Biasalah tu kalau ada isu yang BEST nak diulas dan dikongsikan. Dan ada beberapa blog yang minta kena update. Jadi, aku updatelah macam biasa. Schedulekan beberapa artikel pendek untuk 1 bulan punya cerita. Tambah gambar cantek-cantek, letak elemen SEO merah jambu, tambah perisa cendol sikit dan doa banyak-banyak agar bagi banyak-banyak sales hari-hari.
Okeh.
Jom baca cerita aku hari ini.
Pahang Menang. JDT Kalah. Mat Yo Tak Salah.Â
Dah kira adatlah kan. Ada menang dan ada yang kalah. Jadi, tak perlulah nak berapi sangat. Bila Pahang menang malam tadi, aku rilek aje. Nak kutuk member yang sokong JDT pun tak ada perasaan. Sebab SEMUA orang yang duduk rumah ni sokong Pahang walaupun cuma aku seorang sahaja yang ada darah anak Pahang.
Cuma bini aku ajelah yang sokong JDT malam tadi. Jenuh nak pujuk dia sampailah petang ni. Haha..
Apapun, dari segi permainan bolehlah aku kata BEST.
Ada FIGHT. Ada lawan. Ada kad kuning dan kad merah.
Ada berbalas gol.
Gol lebih dari satu. Aku cukup pantang kalau tengok FINAL bola, tapi menang 1-0 sahaja. Memang macam nak hantuk kepala kat kek Tiraimisu aje dibuatnya kalau tertengok final macam tu.
Nasib baik final Piala Malaysia 2014 kali ini, aku dapat tengok banyak gol. Siap ada tambahan gol penalti lagi walaupun Mat Yo tetiba buat hal.
Mat Yo tak salah. Cuma keeper Pahang aje terteka tepat malam tadi.
Nama Fakhri dah boleh dilupakan selepas ini sebab Mat Yo dah ambil alih.
Aku dah kata, Pahang ni kalau dia naik minyak..masalah besar bagi JDT. Hoho..
Dah DUA kali dah Skuad Tok Gajah ni rilek aje main 10 orang bila seorang pemain mereka kena keluar padang.
Tup-tup menang.
Bab-bab buat COME BACK nih, memang Pahang hebat belaka.
Walaupun SERIUS, aku nak tengok JDT menang sebab dah banyak kali terlepas nak jadi JUARA, tapi bola tu memang bulat.
Kali ini, bola tu bergolek lagi ke Pahang Darul Makmur.
Jadi, tahniah skuad Tok Gajah, tahniah orang Pahang. tahniah kepada bapak aku. Tahniah juga kepada peminat kipas susah mati Pahang dan juga tahniah kepada peminat Patin serta peminat gajah-gajah seluruh Malaysia.
–> Pahang Juara Piala Malaysia 2014.
Result Exam PTD 2014
Dengar cerita tadi dari pihak SPA, semakan keputusan Peperiksaan Online PTD 2014 boleh disemak dilaman web SPA pada 3 November 2014. Kepada mana-mana calon yang terlibat termasuklah bini aku, haruslah pergi semak esok ye.
Tak payah berdebar sangat. Rilek-rilek aje.
Kalau ada rezeki tu, memang dah rezeki korang.
Korang dah usaha sehabis baik malam tadi. Sampai tak tengok 1st half Final Piala Malaysia 2014.
Jadi, aku sangat berharap pengorbanan korang selama DUA jam itu berbaloi-baloi dibuatnya.
Calon SPM 2014
Walaupun Pahang cuti pada 3 November 2014 ini, tapi pengawas peperiksaan SPM yang terdiri dari guru-guru tidak akan bercuti termasuklah dengan calon-calon SPM tahun 2014 ini. Harap tak ada calon yang kena cari dek guru besar kerana tidak hadir ke sekolah gara-gara terbangun lambat akibat masih meraikan kemenangan Pahang dalam Piala Malaysia 2014.
Agak-agak la.
Cukuplah semalam dan hari ini korang bersorak.
Waktu cuti, kita cuti. Waktu kena jawab soalan exam, korang kenalah jugak jawab kan..
Sijil SPM tu penting gak. Antara sijil PALING LAKU kat Malaysia nih bila nak mintak kerja.
Duit Blogging 101
Tak berapa banyak yang aku dapat dalam 2 minggu ini disebabkan kekangan kerja yang melampau. Dengan nak kemaskini fail, nak kemaskini minit mesyuarat, nak semak jawapan exam akhir tahun budak-budak, nak kena kira bola dan gelung rotan dalam stor sukan, nak kena rangka program untuk tahun depan dan macam-macam benda lagi nak riki.
So, beberapa sen je aku dapat. Kira oklah tu kan dari tak dapat apa-apa..kan?
Mudah-mudahan, minggu ini dan minggu depan aku dapat lagi banyak-banyakkkk.
Leh makan kek tiraimisu sedap banyak-banyak malam-malam sorang-sorang.
Kesimpulan.
Hari AHAD, memang biasanya akan ada banyak BERITA yang best-best untuk diulas dan dikongsi bersama.
Selamat hari Ahad.
4,213 total views, 6 views today
pada asasnya aku sokong Pahang sebab aku dah dapat rasakan hati isnin akan dapat cuti…hehehe
mcam tk ikhlas jer sokong? – kedaionlinemy.com
Tahniah Pahang Tok Gajah, Kesian sama mat yo dan yang paling hepi mesti gad subang airport tu hehe.
Rileks bro, Mat Yo memang tak bersalah…biasalah tu…Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan ramai lagi pemain hebat dunia pun pernah tak dapat jaring gol di saat2 genting sebegini juge..Apa2pun Tahniah Pahang kerana masih mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia 2 tahun berturut2…
Tadi aku frustrated tengok Sepaktakraw final Istaf di Myanmar.. regu Malaysia vs Thailand…mcm kat Kota Kinabalu tahun lepas…mcm blb menang je tapi akhir sekali tetpaksa mengaku kalah kepada Thailand ni…
Tengok komen kat atas pun aku tulis tak betul sebab dah kecewa sgt dengan sepaktakraw Malaysia ni…hanya ada pada nama mencipta permainan ni je…yang lain dah hilang…
JDT main tak best malam tu..gua tengok bola ngan 4 orang dari JB…gua dalam diam sokong Pahang, dan bini gua jenjeling plak..ahahaa
Wife aku pun tengah sibuk periksa kertas dan key in markah. Dengan aku2 sekali terlibat sebab aku bagi template key in markah. Ape nak buek sayang bini.. huhu
Sokong Pahang walaupun depa kalahkan Kedah, tapi sebenaqnya Kedah ngan Pahang dah lama bersaudara. Tengok saa Siti Nurhaliza kawen ngan orang mana 😛
semua salah matyo! hahahaah. bini orang johor tak ngamuk ke bang titan oi? 😀
Selamat berhari isnin en.titan..:)
Macam mana orang rumah tidak merajuk? 🙂
sekali sekala kasi Pahang juga untuk menang..
kena buang mat yo tahun depan..xpe balik teganu yo!! 🙂
mat yo tak salah… kenapa mat yo yang dipersalahkan…
Tahniah pahang, tiada siapa yg perlu dipersalahkan atas kekalahan JDT.
penuh xtvt bro..siap ada report lagi ni
Pergh! 1 entri banyak tajuk…
jimat 3 dalam 1.
wah baca tajuk sudah faham. semua cerita dalam satu artikel sahaja
Yeah aku tak tengok final ni. Tapi siapa yang menang menepati ramalan aku
Terus down rasanya bila tengok komisen tu..rasa macam nak telan-telan aje komputer ni…hahahahaha…
Yup..Mat Yo tak salah….. kesian dia…
Wow .. pink .. hehehehe…
hari ahad blog aku down gila, nak tulis pasal final pun dah terlepas
tugasku buat kopi sahaja hurm..ada robot mesin kopi ka?
tak tengok pon bola malam tu sebab kitorang sokong Selangor. hahaha tau cerita Mat yo je. itupon dr paper.
Coach Zainal dah buktikan kemampuan dia membawa Pahang menjadi juara Piala Malaysia 2014.. Sekarang mari kita tunggu dan lihat kewibawaan sahabatnya pula, Coach Dollah Salleh membawa Harima Malaya di Kejohoanan Piala AFF Suzuki 2014
memang pahang berhak menang. nak buat camne
Don’t worry JDT. Next season kita spend lagi 1 billion. Bawa masuk Messi, Pogba dan Taylor Swift dalam team. Siap semua..
satu lagu Mat Yo tak salah nie,teringat masa dengar lagu dari nunez
amboi, banyaknya sales.
itu je sebenarnya kesimpulan nak tunjuk kan? bahahah…. 🙂
camner sifu buat tajuk panjang2 tapi boleh lak semuanya masuk dlm link ek? akak muykil ni… minta bg pencerahan ya. toche…