Yap.
Korang masih ingat lagi tak Forum Digitalpoint ni tak?
Bagi geng-geng Wangcyber, pasti masih ramai yang ingat tentang forum keramat ini. Antara salah satu lubuk duit untuk para IM dan juga blogger ketika itu. Baik mereka dari luar negara ataupun dari Malaysia.
Serius, memang banyak aku belajar dari forum ini. Baik dari IM dan Blogger dari India, Australia, Indonesia dan juga dari US. Tapi pendek kata memang ramai yang aku belajar dari IM India dan Indonesia sampai terciptanya kitab PINK tu. Diorang ni memang super kreatif. Macam-macam boleh belajar dan kaji.
Dah banyak gak aku cekau beribu-ribu puluh dollar kat forum nih.
Satu “deal” leh dapat cecah 300 dollar. Celah gigi kacip aje masa tu kalau nak dapat job.
Best gila masa tu.
Haha..
Dan memang tak ramai gak la sebenarnya orang Malaysia yang dok lepak forum ni dulu.
Sekarang?
Lagilah tak RAMAI.
Dan aku rasa memang tak ramai.
Maklumlah, sejak adanya facebook, twitter dan instagram, lubuk-lubuk duit dan lubuk ilmu macam forum Digitalpoint ini semakin dilupai. Dan kini, aku cuma aktif kat beberapa aje forum luar. Antaranya Blackhatword forum dan beberapa forum underground macam forum Digitalpoint nih.
Dan, bila aku dok login semula forum ni..macam-macam “Features” baru yang ditambah.
Evolusi dia. Lain macam dah sekarang walaupun kekadang ada gak thread yang bosan nak dibaca. Haha..
Boleh letak akaun Google Analytic, boleh letak id Adsense, boleh link dengan Twitter, Gmail dan Facebook. Boleh linkkan dengan akaun paypal dan macam-macam lagi. Urusan jual beli “DALAMAN” agar tidak diketahui oleh pihak Google pun boleh berjalan dengan lebih LANCAR tanpa diketahui.
Haha..
Apapun, aku tahu.
Korang tak ada masa sangat.
Jadi, tak payah lepak forum tu. Susah korang nak hadap dan hadam. Sebab memang susah dah nak jumpa otai-otai kat dalam tu. Semua pemain otai kat Digitalpoint Forum tu dah jadi orang-orang besar. Sama kes dengan forum kat Malaysia nih. Contoh terdekat adalah Forum Wangcyber. Forum Wangcyber ni dah level lejen. Ramai yang graduate dari forum tu, semuanya dah ada bisnes besar dan dah jadi sifu-sifu dalam bidang masing-masing.
Ammar Zahar, Raja Kamil, Adly Mukthar, Alang, Encik Titan, Jamal Sifufbads, Rohaizad, Muaz Hadi, Reezluv Pegawai Tadbir, Sham Raja Adsense, Najib Asadok, Zul Smartusaha, Wanmus, Amirol, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Shuth Wangcyber, Aqif Azizan dan ramai la lagi. Tak terhitung ramainya..
Sebab apa mereka berjaya?
Sebab dahagakan ilmu. Sanggup habiskan masa berjam-jam menghadap forum. Sembang ilmu dengan otai. Curi masa orang hebat. Belajar tanpa henti. Berkongsi teknik dan tips mahal-mahal. Mengkaji ilmu yang sesuai dengan zaman. Berhabis modal beribu ringgit.
Demi memandaikan bangsa, mencipta impian masing-masing dan mencapai kebebasan yang berbeza.
Jadi, kalau korang pun nak jadi HEBAT macam mereka.
“You can be ONE of them if you learn and consistent.” – Encik Titan
Belajarlah dari sekarang.
Belum terlambat.
Sebab belajar ini tak ada had masa.
Dan konsisten untuk masa yang panjang.
In-sha Allah, rezeki akan terbuka lebih LUAS lebih dari apa yang korang jangkakan.
…
….
Serius.
Rindu gak zaman blogging dan berforum tahun 2001-2007 dulu.
Lain sangat berbanding sekarang.
Ukhwah dan permainannya sangat berbeda.
– Agak-agaknya, blog manakah yang akan lebih popular dan lebih hebat permainannya pada tahun ini?
11,969 total views, 2 views today
Yep, dulu masa mula-mula jinak IM, forum ini dan WC. Ingat sekali pernah buat service directory submissions. But only for a while. Terima kasih kerana mengingatkan kembali. Nak pi rajin lawat balik la. Blackhatworld tu ok ke? Ada membership tapi tak jalan-jalan lagi.
nak jadi membership Blackhatworld tu brapa hrga bayar yer?? – kedaionlinemy.com
ok la gak.
belajar je apa yang patut.
oldtimer bermula dengan forum, masih ada pengikut walau ke mana mereka pergi ke platform lain.
ohh..
camgitu rupanya.
baru gua tahu nih. 😆
Patutlah ramai pengikut.. Rupanya rajin join Forum masa muda-muda dulu…. 😉
tak sempat main forum..ceburi online main FB dan blog sahaja sejak 2009
join lah forum,, sbb lagi byk ilmu dapat – kedaionlinemy.com
Dulu-dulu takda Fb memang forum le tempat mencari pertanyaan. Kalau golongan ibu ni forumnya lain pulak.
Tapi scenario lebih kurang sama. Yang old timer forum dulu memang dah jadi tulang rujuk sekarang dalam bidang masing-masing kat forum tu.
Memang la.
Geng-geng ibu.
Lain tempat bergosipnya. Hehe..
ttibe nmpak id gua reezluv pegawai tadbir.ok itu lawak..ahahaaa…
aku ada gak sesekali je guk DP ni aritu..kalau dulu fuh.beratus dollar seminggu bleh masyuk kt situ.ahaha..skang je mcm malas nak aktif..thread aku selalu masuk je kkdg aku jenguk..apa pun forum ni gak lejen juga..Warrior satu lagi tu pun ramai lepak..tp aku xberapa gemar sgt lepak sana..merah sangat..
warrior tu markas budak-budak skema je.
blackhatworld dengan dp forum sesuai untuk budak-budak bengong cam gua je.
haha..
oh.. aku pun dah hampir terlupa kewujudan forum digitalpoint..lama gilak kot..
Ya , forum sudah semakin dilupakan sejak gahnya Fb dan Twitter.
Sama kes macam friendster dan myspace.
Facebook muncul aje.
Habis semua. Haha..
Hanya blog aje yang masih stay..
Tempat pertama yg sifu rohaizad ajar utk buat duit usd. sempat jugaklah merasa tp dah lama tinggal sebab gua malas…huhuhu
hehe… tak tau kenapa… tak pernah graduate sampai sekarang.. asyik repeat paper je.. 😉
titaniumhijau <== memang best nama ni 😉
nostalgia betul.macam biasa lihat forum tu
zaman forum dah berlalu kot sekarang nie..dah kurang orang lepak dekat forum
Masih ada kelebihan main forum ni.
Tak ramai orang perasan.
Hoho..
Mungkin sekarang ni orang Malas nak login kat banyak-banyak page dalam satu masa, tu yang forum pun dah agak jarang di kunjungi
Mungkin sebab itu jugak agaknya kot.
Haha.
ID Titaniumhijau tu sumpah legend.
Baru sahaja katam mengaji panduan IM salah seorang marketeer tempatann. Menurut beliau pasaran Malaysia sahaja tidak habis makan.
Income usd pertama aku dari sini.
Em bestnya dapat jumpa otai2 kat forum sebegini..
Ye di forum ramai sifu2…InsyaAllah pasti kembali ke sifu2 ni utk mendalami ilmu IM ni..termasuk otai Titan the lejen ni..
Ye di forum ramai sifu2…InsyaAllah pasti kembali ke sifu2 ni utk mendalami ilmu IM ni..termasuk otai Titan the lejen ni….
Sekarang berbeda ehh..apa yang berbeda tu?blogger sekarang banyak wak ilmu songsang ke? 😈
forum wangcyber punca aku menceburi alam IM.
Masih baru dalam dunia blogging ni…dan tak pernah tau pasal digitalpoint ni.
Sekarang baru tahu…huhu
Memang berbeza dengan sekarang.Secara jujurnya saya pun dah jarang log in ke laman forum.Masa mula-mula dulu,forumlah tempat saya lepak.
Banyak lagi ilmu yang kena belajar mengenai blogging dengan IM ini.
ID tu memang lejen..ahaha..tambah plak si Naruto tu..peh
teringat dekat forum2 dedulu time join contest seo dunia… apa nama contest dah lupa… pastu habis contest tinggal terus. saje2 nak kutip backlink aje. habiss langgar berterabur nak tulis enggerisnya… hahaha
Ohh sungguh baru tau pasal forum digitalpoint tue.
Sebab masa tue masih hingusan.
Hihi..
Sesungguhnya memang lejen la.
baru je join forum WC.. tapi dah krik..krik…
malu la nak post lebih2, malu nnt orang kata semangat terlebih..hahah..
buat masa ni aktif kat forum benua sebelah..
tapi ramai sangat scammer..
Tak apa.
Yang penting, sentiasa aktif.
Banyak boleh belajar dari forum tu.
dulu penah gak singgah situ.. dah sekarang makin malas
Forum ni ada rahsianya, yang pandai ambil peluang dah berjaya. Sekarang medium nya dah lebih skit tp masih sama asalkan pandai dan rajin usaha boleh berjaya…
Pernah jugak jenguk digital point tu tapi tak joint pun. Hanya singgah dan buat rujukan/ review produk di Warrior Forum untuk antarabangsa dan WangCyber untuk tempatana.. Anyway terima kasih atas perkongsian ilmu di IM Lejen…. Walaupun dah lewat..yang tinggal hanya yang tegar aje… Terima kasih sifuuu (Y)
Rugi saya tak join forum-forum hebat macam ni. Sejak era Facebook ni, dah makin jarang pulak saya join forum. Tak macam zaman-zaman Myspace dan Friendster dulu.