Haha..
Dah macam masterchef bila taip tajuk artikel kat atas ni.
Secara jujurnya, aku takdelah pandai sangat buat taufufah dan air soya yang SUPER SEDAP.
BUT..
Secara asasnya, aku tahu la juga buat DUA benda ni.
Sebab aku memang suka makan taufufah dan minum air soya.
Salah satu sebab lain mengapa aku suka DUA benda ni..
Sebab aku tak suka minum susu. Korang semua pun tahu betapa aku benci meminum susu walaupun susu membekalkan kalsium yang cukup hebat dari segi khasiatnya.
Jadi, selain minum vitagen setiap hari, aku minum air soya untuk menggantikan tempat susu. Sekurang-kurangnya, mak aku tak boleh la nak marah aku sangat bila tak minum susu langsung.
Dan paling penting, bini aku sayang lebih sebab bini aku sendiri tak reti buat dua benda ni.
Haha..
Takpe.
Oleh sebab bini aku dapat kahwin dengan suami yang genius dan super kreatif macam aku, jadi dia boleh pelan-pelan belajar dengan aku lepas tengok drama “Hati Perempuan” kat tv3 tuh.
Maklumlah, bini aku ni kerjanya menguruskan akaun. Tengok celah mana yang tak “balance”, tengok nombor mana yang salah tulis dan memikirkan hal-hal angka sahaja. Celah mana nak cari masa belajar semua benda yang sedap-sedap ni, kan?
Berbeza dengan bakat yang aku ada, aku lebih kepada penulisan dan hal-hal etnik kreatif sikit walaupun aku belajar dalam bidang sains sampai ke universiti.
Sebab itu aku dapat bini aku dan bini aku dapat aku. Kami saling memerlukan antara satu sama lain. Pilihan dan janji Allah itu sangat adil, bukan?
Okeh.
Berbalik kepada resepi buat taufufah dan air soya nih..
Prinsip asasnya, korang kena ada 4 benda nih.
- Air
- Tepung Gandung
- Kacang soya
- Sekko (Gypsum atau Glucano Delta Lactone)
Dan korang kena campurkan keempat-empat benda ini mengikut step masing-masing dan akhirnya dari satu proses yang mudah dan kos yang tak sampai RM10, lepas perah, tambah sekko atau GDL, tunggu beberapa masa dan akhirnya korang boleh dapat hampir 10 liter air soya atau beberapa kg taufufah yang sedap.
Dan korang boleh makan atau minum sendiri atau pergi jual kat pasar malam atau kantin sekolah anak korang.
Jujurnya, bila korang buat taufufah ni, secara automatiknya korang akan terbuat air sosay. Jadi, kiranya dua dalam satu. Boleh dapat dua benda ini dalam masa yang sama.
Belajar Resepi buat Taufufah dan Air Soya yang SEDAP.
Jika korang peminat taufufah dan suka minum air soya, aku galakkan korang belajar cara nak buat benda ini dengan Saudara Hairul. Brader ni seorang chef. Pernah kerja kat hotel. Rajin memasak berbanding lelaki kacak yang lain. Dan sudah tentu suka mengajar orang rahsia memasak yang ramai orang perempuan tak tahu.
Gi belajar step by step buat taufufah dan air soya dengan brader Hairul tu. Dia leh ajar buat air soya yang sedap dan taufufah yang warna-warni itu. Siap ada video lagi tuh.
Leh belajar kat sini –> Rahsia buat Taufufah dan Air Soya yang SEDAP
Well, sudah terbukti bahawa “Dunia masakan” sebenarnya dipelopori oleh orang laki-laki dan memang terbukti bahawa orang lelaki memang majoritinya lebih pandai memasak walaupun kerja hakiki seorang wanita adalah memasak setiap hari. Tapi, da best of da best, memang orang lelaki lebih pandai memasak kerana hanya orang lelaki sahaja tahu apa yang dia nak masak.
Tapi, aku tidak menidakkan bahawa, rahsia memasak setiap chef lelaki hebat didunia ini datangnya dari jasa air tangan ibu masing-masing. Masakan ibu kita memang tiada tandingannya dan mereka merupakan mentor terbaik bagi setiap chef lelaki di Bumi sehingga ke hari ini.
Kesimpulan.
Orang lelaki memang pandai masak. Cuma diorang malas nak tunjuk skill sahaja.
Orang lelaki memang suka makan masakan ibu mereka.
Kebanyakkan air soya dan taufufah yang korang minum selama ini sebenarnya hampir 99% dibuat oleh orang lelaki.
Air soya memang sedap diminm ketika sejuk atau panas.
Taufufah adalah makanan snek yang ringkas tetapi enak dimakan begitu sahaja. Rahsianya adalah pada gula “sos” yang dimakan bersama. Cukup rasa gulanya, itu dah cukup membuatkan semua orang lelaki didunia tambah 10 round taufufah dalam masa yang sama.
Setiap bini di Malaysia harus belajar cara buat air soya dan taufufah. (Recommended oleh lelaki paling kacak di Malaysia – Encik Titan)
Lelaki yang suka minum air soya, kebarangkalian dia dapat anak yang cerah adalah sangat tinggi. (Ini tipu.)
Harap maklum.
7,792 total views, 19 views today
Persoalan diminda, perlu belajar ni buat soya dan taufufah hehe
Ani suka yang gula putih hihi
Jadi, sila belajar dan buat banyak-banyak ye.
Nanti, leh la bagi gua sikit. Hehe
Makan panas-panas memang sedap.
Yap.
Aku memang lebih suka makan yang panas-panas.
taufufah dan ayaq soya memang sedap..pernah buat ayaq soya,memang betul,lagi berbaloi..tapi taufufah ja yang tak pandai buat tapi pandai makan
takpe.
belajar pelan-pelan.
Nanti, lama-lama pandailah.
air soya tu mungkin boleh. taufufah tu tak reti..nak buat la
gi la belajar dulu.
leh gak wat bisnes.
HOho..
Taufufah ni mmg fvrite.. slalu jgak bli kat psar mlam.
Yap.
Memang sedap taufufah.
Enak dimakan ketika hujan.
terbaiklah en titan.. respect.. saya pun penggemar tau fu fah..
dan sy mmg agree lelaki masak sedap. walaupun campak2 tapi hasil dia mmg sedap..
Ya.
Orang laki-laki memang pandai memasak. Hehe
Tak susah buat taufufah nih. Kalau bulan akan buat taufufah untuk berbuka dan moreh.
Ya.
Tak susah sebenarnya.
Nak atau tak nak aje sebenarnya.
hehehe suka kesimpulan no 1 tu..sebiji macam abah mama..masak campak2 ja tapi hasilnya marvelous!
Biasalah kalau bab-bab campak ni.
Orang laki-laki memang terer.
taufufah paling top orang beli bulan puasa…..cuma skrg dah tak kira masa..asal nampak mesti org beli..lagi2 kalau tip top sedap….
senang je buat taufufah nih…
Ya.
Tak susah mana pun sebenarnya.
Saya suka taufufah dan siya gula merah..sangat sedap..dari dulu dan sekarang minat sungguh dua benda ni
haa..
leh la wat sendiri lepas ni kan?
Gua suka makan dan minum air soya serta tafufah.. Dulu bapak gua ada buat sendiri dan gua tukang jual kat pasar malam.. Sebab itu sampai sekarang semangat berniaga masih tak padam dari dalam diri gua..
wahh..
leh la hang sambung meniaga gak lepas ni kan..
Haha..nampak gayanya nak kena belajr gak ni..isteri suka makan ni..beli kat kedai selalunya kalau dia nak makan..tu pun tak puas hati semacam..haha
Haa..
sila beli banyak-banyak ye.
Biar bini hang puas hati.
Banyak juga benda yang ko terer buat ye. peh
Sekali buat je..kemudian boleh letak perisa yang pelbagai, perisa jagung, strawberry dll.
Ya.
Memang leh wat macam-macam perisa lepas tu kalau mahu.
Bab suami genius dan kreatif tu memang tagline kan haha.
Saya suka ni semalam baru beli kat pasar malam.
Tau fu fah gula hitam. Yang halia, pandan pun ada.
Memang terbaik sape pandai buat. Meh sebekas 😀 .
Yang gula hitam tu memang sedap woo.
lagi-lagi kalau makan panas-panas. Leh tambah nasi dua 3 pinggan tu.
lepas ni dah tak payah beli, buat sendiri je kat rumah.
Waw.. makan panas tu yang sodap…lebih-lebih lagi lepas hujan… huuuu
Sebut psl taufufah dan air soya ni, teringat kat sorang pakcik penjual soya yg famous kt kampung ni.. Dengan taufufah dan air soya je, blh jana pendapatan lumayan keluarga puluhan tahun.. Rumah dan kereta semua besar2..
dulu-dulu bujang rajin gi pasar malam mesti cari nih tapi bila dah kawin kurangla pasar malam.
Salam bro…ha…ha… Ambo suka warna perang, maisan daripada gula Melaka. Apapun memang taufufah dan air soya adalah berkhasiat dan penganti kepada susu.
lame sgt dah tak makan taufufah nii.. nak buat malas,, tngok ajelerrr
tepung gandung tu apa? gandum dgn jagung?haha
Nampak sedap je. nantinak try resepi ni jugak