Okeh.
Pagi ni, semua orang tengah tidur.
Aku yakin, ada juga yang tengah sibuk update blog masing-masing.
Tak kurang juga yang tengah buat “apa-apa” yang patut.
Niat aku, cuma nak baca manga online sahaja.
Tapi, macam dah lama jugak tak menaip artikel kat sini, dok asyik update blog-blog aku yang lain, jadi aku membuat keputusan untuk taip sesuatu pada pagi yang gelap ini.
Ini bayaran terbaru dari Ashadee.
Walaupun sikit, tapi ia dah cukup untuk membuktikan bahawa kitab PINK itu benar-benar membuahkan hasilnya.
Tak banyak, tapi biarlah berterusan.
Setakat ini, hampir SETIAP bulan sejak tahun lepas aku dapat komisen dari program Ashadee ni. Ada masa, banyak sangat dapat. Ada masa, dapat sikit, ada masa macam hari-hari dapat sales pun ada.
Syukur.
Ada sikit habuan dari usaha yang tak seberapa itu.
Komisen ke 43 dari Ashadee.com
Ohh.
Yang ni, komisen SESAT.
Tak tahu dari mana salur-galurnya.
Aku kena double check untuk tahu duit ni dari program affiliate yang mana satu.
Overall..
aku membuat keputusan yang tepat untuk bermain dalam liga affiliate ini.
Masih dapat sales setiap hari.
Walaupun tak banyak, still memberikan aku senyuman yang manis.
Sekurang-kurangnya, mencapai target yang aku tumpukan sejak 10 tahun lagi.
Target kecil akan bergabung membentuk target yang lebih besar.
Alhamdulillah juga, target besar seperti “Projek SEO” yang bayarannya 4-5 angka sudah memberi makna yang berbeza dan lumayan bagi aku. Dapat satu projek, dah lebih dari cukup. Kalau dapat 2-3 projek untuk 1-2 bulan pun, dah boleh sengih-sengih belanja karipap pedas kat budak-budak kelas aku.
Sekali lagi..
Usaha itu tangga kejayaan.
Walaupun aku genius, aku tetap kalah kepada orang yang lebih rajin berbanding aku.
Tetapi, bila genius juga berusaha, tangga kejayaan itu akan upgrade kepada LIF kejayaan.
Semuanya dari diri kita, dari HATI kita.
Tumpu pada impian, cita-cita, tujuan, misi, visi dan target kita.
In-sha Allah.
Semuanya tidak mustahil.
Termasuklah jika Malaysia dapat jadi JUARA Piala Dunia beberapa tahun lagi.
atau..
..
…
Makan rak lembu melekit lebih setiap hari.
9,223 total views, 4 views today
wah tahniah..bia sikit asal berterusan menjana pendapatan kan =)
Ya.
Biar sikit tapi berterusan untuk jangka masa yang panjang.
banyak juga tu komisyen . Senyum sampai ke telinga… hehehe
takdelah sampai telinga.
mulut aku kecik juga.
masih baru dlm bidang ni..
tak tahu macam mana cara nak bermain… waaaa……..
tgh belajarrrrrr
nak main, kena rajin membaca dulu.
itu baru satu yang ditunjuk, yang dalam baki akaun belum buka cerita lagi tu..
baki akaun?
haha..tak tahu la tinggal berapa. Tak pernah nak check.
org genius mmg minat baca manga..haha
okeh kita usaha lagi
Hari-hari masuk walaupun sedikit boleh senyum sampai malam. 😉
apa apa pun, gambar daging tu memang memukau
terbaik la bro..pendapatan yang ada berterusan..maka layak untuk membuat senyuman yang manis tuh!
minggu ini aku slow sikit masyuk ashadee
Tak apa.
Usaha lagi kuat sikit je lagi.
Bestnya tiap-tiap hari dapat komisen dan tiap bulan dapat 4 angka hingga boleh mencapai 5 angka. Kena hadam lagi kitab pink tu….
Ya.
Sila hadam dengan gembiranya.
seronok kalau macam ni…usaha kena kuat dan luar biasa…baru boleh pendapatan yang luar biasa
Ya.
Seronok la gak.
Sebab tu, kena usaha selalu.
sikit-sikit lama-lama jadi banyak….luasnya rezeki yang Allah bagi kepada hamba-hambaNya….
Ya.
Mudah-mudahan akan dapat lebih banyak lagi pada masa yang akan datang.
walau apapun yang bro titan tunjuk aku tetap tertarik dengan daging lembu tu…
Daging lembu aje yang hang tengok yek.
Tahniah-tahniah…memang lejen… 🙂
Tahniah bro atas kejayaan komisen dari ashadee… 🙂
Memang terbaik. Genius + strategy: membuahkan hasil 🙂
Ya.
BIasanya memang membuahkan hasil kalau kena strateginya.
yang lain2 tuh kena usaha jugak… takkan en titan jer yang kutip hasil tiap2 bulan..
Haha.
Nak bagi aku kutip sorang pun takpe gak.
Liga affiliate di Malaysia ni semakin hari semakin sengit. Siapa yang berada di puncak?
kat puncak, tak tahu la siapa.
Kena tanya puncak dulu.
Hahaha, saya pun selalu tertunggu-tunggu gambar makanan di penghujung cerita. Ini teknik SEO bergambar ye cikgu. Sape search makanan tu, ditarik, tertarik ke blog ini. Skill tu mmg otai aje guna.
minggu ni affiliate aku ciput plak..hu3
Tak apa.
Usaha lagi.
Itu tandanya,hang belum cukup usaha lagi.
Alamak…macam terliur sangat dah tu tengok makanan dalam gambar ni..bila lah encik titan nak belanja saya..hahaha
Turun banting dulu la kalau nak aku belanja beb.