Ya.
Ada beberapa komen yang mempunyai maksud seperti tajuk diatas yang aku terima sejak aku dah berjaya terima komisen hampir setiap hari nih.
Tak kurang juga ada yang bertanya..
“Bila nak mula buat duit dengan affiliate ye?”
“Saya tak tahu macam mana nak mula buat duit dengan affiliate nih..”
“Apa yang perlu saya lakukan untuk mula buat duit dengan affiliate?”
Dan..
Macam-macam lagi soalan yang lebih kurang sama dalam komen-komen mereka ini.
Senang cakap atau jawapan yang paling mudah.
..
…
adalah SEKARANG.
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Aku tahu, ramai yang sibuk dan boleh tahan juga yang ramai pura-pura sibuk.
Bila suruh belajar, bila suruh baca blog itu atau beli panduan affiliate ini..semuanya tarik muka.
Katanya, tak ada masa.
Katanya, terlalu susah. BANYAK benda perlu difikirkan.
Persetankan itu semua.
–> Mulakan sekarang.
Memang susah bila kita hendak mulakan sesuatu yang kita tidak pernah dengar, yang kita tidak pernah ambil tahu dan yang kita tidak pernah usahakan.
Sama aje konsepnya dengan belajar mengayuh basikal.
Selagi tak mula mengayuh kayuhan pertama, selagi tak mula nekad nak belajar, selagi tak jatuh basikal sampai luka kat lutut sampai sakit lutut nak pergi ke sekolah..
selagi itulah kita takkan belajar apa-apa.
Fokusnya mudah.
Dari kita-kita aje.
Dari kita sahaja mahu bermula atau tidak.
Sekarang atau langsung tidak mencuba.
Jawapan teknikal dari aku, sila baca mana-mana panduan affiliate tak kiralah secara percuma atau berbayar ataupun baca artikel blog yang ditulis oleh pemain affiliate yang sudah berjaya. Didik diri anda dengan terma-terma yang biasa digunakan dalam permainan affiliate ini. Tahu apa yang perlu dilakukan untuk buat sales, untuk kira keuntungan, dan menguasai teknik promosi dan cara nak “close sales”.
Atau short-cut paling mudah –> Baca kitab PINK ini
..
…
Ironinya, aku tak kesah beb korang nak belajar ke tidak.
Tapi aku tak suka dengar atau baca komen mengeluh kat facebook hari-hari.
“Duit tak cukup..”
“Saya tak layak dapat BR1M..”
“Terliur tengok orang tu makan lamb ribs pedas hari-hari..” sambil mengepos gambar lamb chop difacebooknya itu.
Satu, rajin plak update facebook.
Dua, mengeluh. Tak nak bersyukur. Tak nak berusaha untuk ubah diri sendiri.
Tiga, tak nak belajar dan takut mengambil risiko.
Nasihat aku.
–> Learn to take a GOOD risk.
Kesimpulan.
Aku nak dapat sales hari-hari macam sekarang ni pun masih tetap belajar setiap hari. Masih tegar mencari tips-tips affiliate yang boleh membantu aku untuk capai impian dapat sales setiap jam. Masih kekar belajar teknik promosi yang membolehkan aku tidur setiap hari dengan aman. Masih gagoh mencari produk-produk panas yang boleh dijual dengan rakusnya..
Kalau aku yang sentiasa sibuk mengejar budak-budak kat padang sekolah ini boleh lakukan..kalau aku yang selalu kena adakan kelas tambahan UPSR setiap petang, masih boleh juga luangkan masa sejam dua untuk buat promosi affiliate, kalau aku yang selalu kena paksa tidur awal dek bini tetapi masih tetap ada masa mengupdate blog setiap hari ini tanpa miss boleh lakukan dengan penuh licik..
..
…
KENAPA KORANG TAK BOLEH?
Tell me ONE good reason.
1,885 total views, 1 views today
nak mula memang susah. dah mula tapi tak dapat komisen pun susah. bila dah dapat, rasa macam sikit pulak. pun susah. memang banyak persediaan dari segi mindset bagi yang baru nak mula. gagohkan lah diri anda.
memang kena mulakan je…
jangan risau kegagalan.. aku pun takdelah setiap hari dapat sales tapi adalah bulan2 tu..
yang penting jangan mudah berputus asa..
Kalau kita sibuk mencari alasan sampai bila pun tak berjaya…JUST DO IT.
Barulah boleh makan lamb rib smoke tu.. 🙂
memang susah cari alasan untuk elakkan kalau en Titan boleh kenapa kita tidak bisa
betul tu bro.. kena mulakan baru boleh berjaya.. tak mula mana nak berjayanya
Kena mula belajar buat duit dengan affiliate dari sekarang… Kalau tak tahu kena belajar dengan cikgu Titan… Baca kitab Pin tu elok-elok dan hadamkan..
dah belajar, belajar sampai dapat..dah belajar kena la amalkan..ilmu tak diamalkan memang tak dapat le.guru pun kena la betui..eh..Selamat Hari Guru..:P
Kena berani nak mula, ketepikan bisikan-bisikan yang buat kita malas nak mula. Lagi lambat mula lagi lambat lah hasilnya.
Selamat Hari Guru En. Titan 🙂
Aku masih slow2 belajar buat duit dengan affiliate..
Mula dari sekarang! Saya ada rasa sikit menyesal kerana pernah tinggal blog sebelum.
Jika tidak mungkin dah merasa income setiap hari seperti bro titan dan rakan-rakan lain yang ada dalam top affiliate ashadee, klikjer dan lain-lain.
Apa pun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. 😉
Tunggu lama lama nanti melepas peluang
Ramai yang suka bertangguh kan? macam mana nak capai kejayaan kalau asyik nak bertangguh!
Gagal merancang, merancang untuk gagal, bak kata orang dulu dulu.
Sebab apa lagi kalau saya gak malas la.. Duit nak.. Haha.. Terima kasih sekolahkan saya.. Huhu
ak rasa nak kena buat 1 on 1 sesion la ngan lu huhu
Alasan aku.. bila aku terbaring je, mata mesti automatik tertutup.. adeh.. hahaha
Setuju sangat. Dalam apa jua perkara yang dilakukan, usaha itu sangat penting. Rezeki tak kan datang bergolek jika tak dicari.
Memang susah nak bermain affiliate. Tapi lagi susah tak dapat duit affiliate..
Tapi terasa sesak bila tgk en titan jek dapat duit affiliate.. 🙂
Tu lah, aku pun jeles tengok screenshot payment si Titan ni.
Buat apa pun kena rajin. Affiliate produk orang lain tapi kena buat dan jual umpama produk sendiri.Antara nak dengan tidak aje.
Mula-mula aku belajar pasal affiliate dari blog SaifulSham. Rasanya dalam tahun 2007 gitu. Dari situ la gigih cari blog-blog BM.. tapi masa tu senang nak ranked dlm google search sbb blog BM tak sebanyak sekarang. hehe apapun, bila tahu je pasal sesuatu yang baru, aku nasihatkan terus cuba buat. kalau ditangguh-tangguh, memang tak ke mana hasilnya.
tepat sekali bro!
No more excuses…
Alhamdulillah… slow2 dah mula buat affliate… boleh la sikit
semua boleh.. tapi bila dah ramai yang turut serta.. mungkin ada persaingan yang sihat..ataupun tak sihat… hehe
Untuk berbuat sesuatu, tidak ada tempoh masa.
suka dengan ayat kalau bukan sekarang bila lagi. Segalanya bermula dengan langkah pertama
terbaikk.. nak buat tak bleh bnyak alasan