Okeh.
Ini baru namanya padan muka!
Seriusnya, aku sendiri tak menjangka aku akan menghadapi masalah ini.
Masalah kotak submit comment hilang selepas update WordPress 4.2.1
Walaupun ada kalanya aku terfikir nampak macam REMEH, tapi bila dah kena kat batang rusuk sendiri, barulah tahu bahawa masih banyak lagi yang perlu dipelajari walaupun usia tua semakin menerpa.
Seriusnya, aku tahu juga serba sedikit bab-bab php coding nih.
Cuma, kekadang..bila dah masuk kes sampai “kotak submit komen” pun boleh hilang, memang tergeliat gak jari ni nak mencari kat celah mana nak betulkan.
Bila tanya brader Eizil, dia kacau sikit je kat bahagian “function”, dah boleh betulkan masalah aku tuh.
Walhal, aku dok 3-4 jam mencari punca masalah. Kat plugin kah, update wordpress terbaru punya angkara kah, atau bagaimana Bahagian file “function” itu, aku dah try adjust. Tapi tak jadi. Dah berapa kali aku overide bahagian tu dengan file asal. Termasuk gak file “comment” dan “comments”. Semua file yang ada nama “komen” aku terjah sebab secara kasarnya, kita akan terfikir masalah komen mesti ada penyelesaian di tempat yang ada nama komen.
Dan paling best, bahagian file style pun aku masuk, bahagian sana-sini aku masuk.
BIla aku dah give up, mata dah mengantuk tahap gaban, entah mana aku tersalah tekan, tertekan lagi butang update..terus aku tak boleh dah login akaun wordpress dalam blog ini. Walaupun status masih “login” tapi, aku tak leh masuk. Cuma leh masuk dari bahagian akaun aku melalui FTP aje.
Alhamdulillah.
Buat masa ini..
Setel sudah. Kira-kiranya macam dah selesai.
Terima kasih kepada Eizil yang hensem.
Tak sia-sia aku mintak tolong pada beliau.
Jadi, aku nak promote kat korang semua. Kalau ada masalah coding php ka, masalah blog tetiba jadi putih ka, jadi pink ka atau jadi gaban sekali pun, boleh cuba-cuba tanya pada beliau. Malah, aku sendiri menggunakan hosting beliau untuk “run” blog Earncent aku itu. Dah tak ada masalah dah kat blog itu dan blog ini juga nampaknya tak ada masalah sudah.
Apapun..
Selagi file-file penting tak dipadam, akaun dan kita masih boleh selamat. Malah, jika dah hilang pun kalau pihak hosting boleh “KOREK” balik file yang hilang itu, kita masih selamat. Tapi kalau sampai satu tahap, bila dah tak boleh nak dapat apa yang kita nak, bersiap sedialah ajelah ye menerima segala musibah dengan lebih bijaksana.
Tak ada kaitan dengan budak-budak TE
Kisah masalah teknikal blog aku ini tak ada kaitan dengan budak-budak TE yang bermasalah itu.
Tak baik korang bila kaitkan diorang dengan masalah blog aku. Diorang pun bukannya semua tahu bab-bab coding nih. Jadi, tak baik menuduh tanpa bukti. Dah jadi satu kerja nanti nak minta maaf kat diorang.
Apapun..
Mari kita makang dulu.
Aku dah lapar gila sejak semalam.
Dok menghadap benda ni. Hari ini pulak, satu hari kat sekolah. Dengan kokumnyalah, dengan masalah budak tak bawa baju sukan waktu PJlah..dengan masalah budak merajuk tak dapat gi PJ sebab hujanlah dan memacam masalah kanak-kanak ribena lagi. Sampai nak makan tengah hari pun, tak sempat-sempat.
“Kenapa abang tak makan nih. Grr..gi makan cepat!”
..
…
Tu dia.
SMS dari bini tersayang.
Ps: Bolehlah. Sedap sikit la banding ayam goreng KFC tuh.
11,928 total views, 1 views today
aku perati je.. hahhaha
Hang perhati menda weh?
gitu rupanya..ahaha..
Ya.
Begitulah ceritanya yang sebenar.
Haha.. Dah lama tak jumps saudara Eizil.. Yer la.. Yer la.. Tak nak tuduh sapa2 lagi pas ni..
Silalah jenguk-jenguk ke blog beliau selalu ye.
Dulu2 lagi teruk… Kalau fail hilang, kadang2 tak dapat back up semua artikel.
Dulu memang SEDIH banyak sikit la.
haha..
Oleh kerana dah lu seru tlg komen..gua singgah komen..
Masuk komen guna hpbijak.
kagum betul dengan telefonbijak hang.
pinjam sat.
untung ada kawan power php ni bro..
Ya.
Itu namanya sahabat internet yang sejati lagi hensem laksana bulan purnama.
Brader eizil mmg cool & senang berurusan..
Ya.
Beliau memang hensem orangnya.
Dah taip komen sekali tak jumpa butang submit komen. Hah gasak. 🙂
haha.
gasak gak la semalam dibuatnya.
Aku perati je mana nak klik Submit dari semalam.
Haha..
apsal tak tolong cari sekali?
tak puas hati sebab entri tak ada “entri pancing ikan” haaa..
syukur masalah selesai yelah orang kacak hadap yeah !
Kalau tak boleh repair, mungkin kena jual blog ni..hehehe
pening bila blog bermasalah. kali terakhir blog saya ada masalah November 2014..jangan lah ada lagi. Malas nak hadap..he he..
btw, saya juga pernah mendapatkan khidmat tuan eizil. senang berhubung dan cepat je beliau buat. 😀
Brother Eizil memang pro. Eh Mek ila pun tak update lagi ke WordPress yang baru nih.
hahaha nasib baik isteri grrr suruh makan..sekurang-kurangnya kenyang juga perut kan..
Wah… theme dah bertukar… cun~ cun~ ☺
gambar budak tak cakap 2 tahun tu memang tak boleh belah.
Kasihan…cobaaan…
patut pun gua nak tumpang backlink komen haritu tengok putih kosong ja..haha teknikal rupanya
samela kite lapar lo ni, tengok ayam deme telan air liur kawe huhu…
Minta-minta tak terjadi kepada kita. Blog kena godam sebelum ni pun belum hilang trauma lagi…
mmg sempoi bila kena padan muka dengan diri sendiri..hihihi
oh kalau jadi blank page kami akan terus contact bro eizil
Ya.
Sila hubungi dengan segera ye.
Serah aje pada yang pakar sekejap aje dia sattlekan..Nasib baik aku transfer hosting ke hosting lain takda masalah. Hanya belajar kat youtube aje.. Kalau tidak mati kutu juga dibuatnya..Apa-apa pun jangan lupa buat back-up belakang betul2…
Ya.
Beri sahaja masalah itu pada mereka yang tahu cara nak selesaikan.
memang masalah IT tak ada keraguan lagi EIZIL
Ya.
Siapa ada masalah tu, boleh la cuba tanya Eizil nanti.
Ala ingat saya sorang aje. Blog biz lagi satu nak menaip kat editor satu huruf tak keluar. Taip tajuk aje terus masuk draf. Dia punye stress tu sampai berdenyut kepala. Ni pun sebab update wordpress apa tu lah. Pengsan.
Takpe kalau pengsan dirumah.
Jangan pesan dalam kereta myvi.
Bab budak merajuk tak boleh pj ni memang tak boleh blah haha. Anak saya dia punya happy besok ada pj tu tak boleh nak cakap. Siap pesan jangan salah keluarkan uniform ye mama. Apa main galah panjang ke bebudak ni happy ngat?
Nak wat camana, budak-budak ni memang selalu merajuk.
Menci i tau..
Oh gitu masalahnya….hehehhe…memang terbaik lah encik Eizil yer….sy berencana nak menggunakan jasa encik eizul tu juga nak pindah ke wp ni….asik tunda-tunda je ni….
Haa..
Sila buat secepat mungkin.
Nanti asyik lupa aje.
Entry ni buat takut nak update WP. Bimbang sesuatu terjadi. Memang kena dapatkan bantuan dari yang lebih arif nampaknya.
Biasakan buat backup dulu, baru update.
kalau tak, kena la mencari si eizil ni kalau ada apa-apa masalah.
sifu eizil, memang mantop. MJ selalu gak kacau dia kalau ada masalah hehehe
Ya.
Kalau ada apa-apa masalah pasal wordpress atau coding php, bolehlah tanya beliau.
padan lah dgn muka.. haha
Fuh nasib baik kotak komen aku masih ada lagi
Ya.
Sila jaga kotak komen blog hang.
Oooo ini lah masalah nya yea.
Mujur dah ok selamat kan.
Kena ambil tahu gak nie. Nanti kalau kena batang hidung sendiri. taklah padan muka kan.
Hihi
bro eizil memang terer lah bab-bab ni..kalau mintak tolong dia kompem cepat je setel…
ada masalah.. tanya pihak hosting jer..hehe malas betul aku
Sehingga hari ni, masih lagi tak update WP Mek ila. Takut hilang apa-apa, huhuhu