Ya.
Seperti biasa, kita dah masuk ke bulan Ramadan untuk tahun ini.
Lebih tepat, kita kena berpuasa untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajiban dalam rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadan.
Alhamdulillah, setakat hari ini aku masih berpuasa penuh dengan hensemnya.
Alhamdulillah, anak aku, masih sehat seperti biasa. Masih kuat menyusu, menangis dengan kuatnya, merengek mintak susu setiap masa, memberak tak kira waktu dan tidur dengan jayanya.
Ya.
Aku rasa, korang semua sudah tahu nama anak aku bukan?
Jika belum, sila baca artikel kat blog lagenda aku yang lama tak update tu. Saje je update blog tu agar tak nampak sangat terusang dan terasing sangat. Haha..
Alhamdulillah juga, rezeki tulis advertorial tetap masuk sana-sini. Untuk tulis advertorial khas untuk buffet Ramadan atau pergi ke kedai, restoren, hotel, undangan buka puasa di resort, pusat peranginan dan sebagainya aku terpaksa tolak lagi tahun ini atas sebab-sebab yang tidak dapat aku nyatakan disini.
Bukan apa, kalau aku pergi..mahu tak terasa bini aku tu.
Aku dok sedap-sedap melantak sana-sini, bini kat rumah bersusah payah menyusukan anak kami.
Memang makan hati luar dalam tepi kiri-kanan la jawabnya, kan?
So, atas alasan itu, aku tolak semua jemputan itu dengan penuh kasih sayang. Mungkin kena tunggu budak kecil tu jadi budak besaq sikit. Tunggu dia dah leh makang nasi dan kambing bakaq, baru sedap nak membaham sama-sama nanti, kan?
Haa..
Income affiliate, tetap masuk seperti biasa.
makan pun seperti biasa.
Lahap dan penuh tawaduk dengan penuh tertib.
Haha..
..
…
Okeh.
Mata da lalok..
Waktu untuk caj tenaga..
2,124 total views, 7 views today
Saya dah tertinggal ni. Tahniah atas kehadiran ahli baru dalam family…memang patut selalu berada disisi puan isteri utk bagi moral support. First 3 months mmg agak mencabar.. 🙂
Salam Ramadhan…
untunglaa wife dapat suami macam bro ni…ini orang kata ingat bini kat rumah..hehe
Kesian kat bini adalah ciri suami yang mithali bahkan bapa yang amat penyayang haha
Hahaha..suami dan ayah yang baik nampaknya disitu..saya jer yang belum terima jemputan berbuka puasa lagi..haha
Utamakan keluarga dulu, penting tu bro. Benda lain, biarlah orang nak cakap apa.
Tahun ini tentu paling best sebab sambut bertiga.
buat masa ni takpe kut teman isteri dulu..kipidap!
samalah kita.. aku pun raya bertiga tahun ni
Baby boy memang kuat menyusu cikgu. Haus aje kan..
Takpe dia dah minum, menangis, sure tidur lena punya.
Blog ni dah ada segmen kebapaan, bagus!
Bagus tu en Titan. Dulu-dulu Mek ila pun sama. Kami husband and wife tolak untuk berbuka di luar sebab tahu betapa susahnya nak berbuka sambil menjaga anak. Kalau nak berbuka di luar pun cukuplah sekali seorang, baru fair and square!!
Bro Titan suami mithali..wajib dicontohi…
selamat berpuasa bro. kipidap…. 🙂
seperti biasa setiap insan mengharapkan yangterbaik ramadan kali ini .. selamat berpuasa
Bagus Encik Titan utamakan isteri daripada perut sendiri. hehe
haha leka plak aku tengok bateri tu
Aku pun mempunyai harapan yang sama 😀
Bila ada anak kecik ni, suami isteri memang kena faham-memahami dan bertolak ansur. Apatah lagi jika isteri bekerja demi mengukuhkan ekonomi keluarga.
salam ramadhan al mubarak mr titan
Salam Ramadhan juga buat en.Titan sekeluarga..raya tahun ni bertiga la kan…
Tahniah lah puasa penuh setakat ini, itu pun sebab ada orang pantau kan…heh..heh..
Selamat berpuasa.Bulan ni kena lebih mengadap web baju.
tahun ni raya dengan junior.
bestnya raya bertiga tahun nieh ..
moga bahagia hingga akhir hayat dan sentiasa di murahkan rezeki
ya ramadhan..suka pula degar lagu ramadhan alahai..selamat berpuasa ya