Haha.
Habis je cuti raya ni, terus naik artikel macam ni.
Tak adalah.
Dah alang-alang masih SEGAR lagi dalam ingatan ni, aku update teruslah. Alhamdulillah, duit dari Innity pun dah masuk. Sales dari Jobdirumah pun dah kembali rancak semula selepas seminggu lebih merundum akibat ramai sangat yang GIGIH berhari raya. Sales dari program affiliate tempatan dan luar negara pun dah masuk kembali.
Komisen ke 50 dari Ashadee.com
Mungkin, memang dah trend orang kita sejak 4-5 tahun nie..
Lepas raya aje, orang ada duit LEBIH yang tak tahu nak buat hape.
Diorang tak tahu nak huluq duit lebih tu kat mana, diorang pun beli lah produk atau beli ebook yang aku dok promosikan.
Mudah-mudahan, apa yang diorang beli itu, dapat memberikan BANYAK manfaat dan ilmu pengetahuan baru kepada mereka semua. Yang tak berapa faham, sila email dan tanya pada owner tu. Agar diorang boleh terangkan pada korang sampai korang faham dan korang juga boleh amalkan sampai korang DAPAT apa yang korag hendak.
Usaha itu LIF kejayaan.
Betul tak?
Jadi, usaha sungguh-sungguh.
Dapatkan sebanyak mana duit yang korang mahu.
Sedekah banyak-banyak.
Solat 5 waktu, biar diawal waktu.
Amalkan benda-benda sunnah.
Rajin-rajin solat dhuha.
Dan tak lupa juga, bagi gak sekupang dua duit raya kat anak aku tuh.
Biar kasi genap RM1 juta.
Haha..
..
…
“aaaWaahhh..ehh..wawa..ehh ehh?” tanya anak sulung aku.
“Ehh ehh..waaa…waaaaaaaaaaaaaa…we eh eh ehhh..hehe..” ajak aku. Ringkas.
“Waa…waaaa!!” balas anak aku lagi dengan penuh gembira.
..
…
Translation..
“Abah..duit banyak-banyak ni nak buat apa?”
“Kita gi makan sate. Nak?”
“Nak! Nak!”
7,573 total views, 1 views today
Tahniah…. Boleh lah buat Opean House 10 kali… Hehehe..
Banyaknya komisen, tahniah-tahniah..
Yup, sedekah bia banyak, setuju 🙂
makan sate ko.. nanti nak belajo buat sate la
ho..ho..duit banyak untuk masa depan diri dan keluarga..
Banyaknya duit raya tahun ni cikgu kumpulkan yea..tahun pertama pula tu beraya sebagai bapa..pastinya terlebih kegembiraan tu kan?
biasanya hbis raya ni pitis byk habis..
Boleh lah saya datang beraya. hehehehe..
Tahniah cikgu.. Semoga rezeki terus datang dengan lebih banyak lagi supaya cikgu boleh belanja saya makan sate hihi…
Bila cikgu nak bukak open house ni? Nak makan sate! 😛
Banyak komisen tu. Lepas tu raya kena kerja keras cover balik duit.
Banyaknya tips yang best-best. Awat tak pie makan cendol durian? hehehe
tahniah semoga apa yang kita perolehi semtiasa berkat dan digunakan dengan baik.
boleh buat open house besar-besaran denga duit online yang dapat ni…hahaha….
Lepas raya, orang ada duit LEBIH yang tak tahu nak buat apa,
memang panas ayat ni, kena contohi juga macam mana nak cari duit lebih.
dah ke-50 ye..tahniah!
Boleh bagi duit raya banyak2 la titan.
Erk dah boleh makan sate ke hhe
Bro ni sate ape ni bentuk dia bersegi aje? Kena sate rusa pun sedap juga ni..:-)
Pakciikkk kayoooo… .
Tahniah tuan. Sate apa tu? bersegi-segi pastu besar plak saiznya.
Terbaik dapat duit geli2 boleh buat makang sate
Ada tips-tips yang sememangnya sangat mengesankan..hehe
Titan buatlah contest, duit banyak tu. Sedekahlah sikit kat pembaca setia ni. 🙂
amboi bahgia anakanda dapat bapak kayo … haha
Banyak gak komisen ni dapat dari ashadee.. labulabi hanya pernah dapat komisen dari klikjer.. ashadee tak dapat lagi..
Wow..alhmdulilah…rezeki…masyuk…vbg lah tip
alhamdulillah..saya baru nak start..huhu.
ade dialog bahasa budak kecik lagi…sonok sembang ngan diorang even kdang-kadang kita tak clear pun ape die cakap…
Huhu..jeles wehhhh…