Tik..tik..tikk..
Hujan sedang rintik-rintik diluar tingkap.
Menyapa aku yang sedang dalam belenggu kemalasan dan kecelaruan identiti.
Agaknya, sampai bila keanehan ini akan terus berlaku?
..
…
Okeh.
Sebenarnya dalam 2,3 hari ini memang aku sibuk.
Aku tahu, itu memang alasan.
Tapi, aku tak ada alasan lain lagi yang boleh aku gunakan.
Kalau tak sibuk, aku malas.
Aku lebih gemar melayan kartun-kartun anime dari Jepun atau melayan manga korea yang banyak memberi aku imaginasi yang lebih liar dan lebih akademik berbanding membaca surat khabar tempatan dan juga status-status facebook yang lebih HYPE berbanding majalah hiburan dipasaran.
Ya. Facebook sudah jadi surat khabar peribadi bagi setiap manusia di Malaysia yang melanggan talian internet tak kiralah sama ada melalui streamyx, broadband atau melalui telefon pintar masing-masing.
Senang cakap.
Kiblat manusia moden zaman kini sudah banyak yang berubah.
Mereka lebih banyak menghadap facebook berbanding tikar sembahyang. Mereka lebih PERCAYA pada fatwa dan khabar angin di facebook tanpa mencari sumber yang sahih. Fitnah bermaharajalela dan majnun tanpa tapisan dan mengakibat banyak hati-hati yang terbakar.
Tak perlu nak nipu dan tak mengaku.
Sikit-sikit, tengok facebook. Tak sampai 5 minit, layan whassap.
Lepas tu, baca lagi status orang itu, status orang ini..
Kalau buat kerja tu, boleh tahan lagi. Tapi sibuk dok melayan hiburan peha dan dada gebu atau melayan status-status fitnah yang boleh bikin jiwa manusia bergelora dan menderita.
Itu sebabnya, facebook sudah jadi “tab” yang cukup jarang dibuka dalam google chrome aku ini.
Tab-tab Maybank, Paypal, CIMB, Gmail dan Yahoo Mail sahaja yang menjadi penghuni setia tab-tab dalam browser aku itu. Bunyi-bunyi notifikasi itu yang mengejutkan aku bangun dari tidur akibat kepenatan mengejar kanak-kanak ribena dipadang sekolah setiap hari.
Apapun, terima kasih kepada pihak Ashadee yang tidak jemu-jemu mentransfer sedikit amaun ke akaun Maybank aku pada setiap bulan. Paling buruk satu kali sebulan. Paling banyak, dua kali sebulan.
Oklah tu, walaupun tak berapa banyak. Tapi dekat 3 tahun juga mereka jarang sekali “MISS” membuat bayaran komisen Ashadee pada setiap bulan. Penuh tawaduk dan amanah.
Itu penangan teknik SEO beserta teknik-teknik maut lain yang aku tulis dalam kitab PINK itu.
Sudah menghampiri 5 ribu pembaca kitab PINK itu.
Terima kasih kerana membaca dan masih membacanya setiap bulan.
Semoga, korang juga akan terima hasil yang lumayan pada setiap bulan.
Sekian.
Nak pi makan nasi goreng kimchi sat.
Dari pagi tadi tak makan apa-apa lagi.
4,273 total views, 1 views today
smoga kemalasan bro titan sdah hilang..
nasi borang kimchi nih Korean Punya makanan kan?
mana dapat? lu goreng sendiri Ke?
Tak aci la gaji dua tiga kali sebulan
Nak resipi nasi goreng kimchi kalau ada.
Ashadee ni memang baik orangnya. Dia memang rajin bagi duit kat orang.
kencang…
hahahhaa..
dan jugak tab pesbuk ku jarang hinggap pada chrome..
wassap amik yg penting2..
sejadah solat lg penting
dah beriban blogger baca kitab pink. semoga jad blogger hebat!
kalau sibuk, panggil maikel la cikgu hehehe
dah lama sangat aku nak merasa KIMCHIE, tetapi x tau mana nak beli kimchie tuh
facebook?
hari tu 1 billion manusia layan facebook dalam 1 hari
fuh…
kemalasan layan facebook ye.. aku pun rasa nak kurangkan tapi ada benda penting cam facebook page tu yang bagi sikit duit tu…
ok boleh la belanja gua cendol special
Tahun ni sangkut komisen ashadee. Tahun lepas dapat juga senyum. Kena masuk kelas ni…
Walaupun merenung jendela hujan tapi komisen masuk..
Huhuhu..
Masyuk ni duit ngopi waktu2 hujan..
Huhu..jeles weh.. sibuk pun dapat gak komisen tu..haha
Kalau malas pun dapat duit, apatah lagi bila rajin..
zaman fitnah memfitnah ni dah nabi cakap umatnya akan hadapi di akhir zaman…
kurangkan fb, kalau boleh jangan buh apps fb kat smartphone
Kenal sorang yang suka stalk facebook profile orang. Banyak sangat masa kot. Hehe
Layan benda benda yang bermanfaat sahaja. Keluar lah request sejuta kali pun aku tak layan, apatah lagi dok ajak main game..