Ya.
Aku lihat sejak 1-2 tahun kebelakangan ini, dah jadi semacam satu TREND orang kita giat menulis buku dan jual. Kalau lihat kat buku-buku Alaf21, buku kat Book Cafe, buku-buku FIXI dan memacam lagi, banyak penulis buku baru yang timbul macam tumbuhnya jerawat apabila kulit muka terlalu banyak minyak dan tidak dibasuh.
Terlalu banyak.
Sampai satu tahap, aku sendiri tak tahu mana satu nak beli dan nak baca.
Bergantung kepada sipnosis ringkas sahaja tidak mencukupi untuk aku membeli buku tersebut.
Jadi, selalunya aku akan “search” dan baca revew dari mereka-mereka yang dah baca termasuklah baca “spoiler” yang dibocorkan mereka dari muka surat pertama sampailah ke habis. Sampai satu tahap, dah tak perlu beli sebab semuanya dah diceritakan.
Memang sakit jiwa la kekadang.
Tapi itulah yang menariknya bagi orang yang suka membaca ni. Dia ada macam-macam “peel” dan tabiat yang sukar untuk difahami.
Oleh itu, sebagai seorang pembaca tegar sejak aku kenal huruf A hingga Z, aku ingin mencadangkan kepada sesiapa yang berminat nak tulis buku tu, korang kena bijak dan pandai. Sebab biasanya penulis ni ada DUA jenis.
- Jenis yang tahu kehendak pembaca
- Jenis yang tulis ikut suka hati diorang.
Dua-dua jenis penulis ni, ada baik dan buruknya. Tapi biasanya yang “HIT” dan popular adalah jenis yang pertama. Ramai penulis adalah jenis macam ini. Dia buat kajian, dia tengok trend dan dia cari bahan untuk buku barunya itu. Sebab itu, kekadang korang boleh agak dia punya “ending” dan korang boleh tahu jalan ceritanya walaupun baru baca bab 1 atau bab 2. Kekadang, sebijik seperti yang korang fikirkan. Haha..nampak sangat ada yang “copycat” kat mana-mana.
Sebab aku memang dah jumpa orang jenis “copycat” nih.
Merata.
Kekadang, ayat sebijik sama pun sama. Idea sebijik dari bab 1 hingga ke bab 35. Takde ubah. Sekadar ubah nama hero, nama heroin, tukar nama tempat, tukar bahasa dan tukar sana sini sikit.
Nahh..jadilah karya agung dan top seller.
Siapa?
Malas nak cakap.
Korang cari sendiri.
Dan jenis yang tulis ikut suka hati ni, ada juga ramai yang tulis. Tapi tak popular sangat dan tak ramai pengikut.
TAPI, bila diorang dapat tulis sampai meletup dan sales puluh atau ratus ribu naskah terjual, itu kita panggil penulis buku yang “legend”.
Dan cukup jarang kita dapat jumpa orang yang dapat tulis macam ini.
Ada, tetapi tidak ramai.
So, faham dah kan?’
Berbalik kepada genre atau niche buku yang LARIS dijual.
Ada banyak genre atau jenis buku atau “NICHE” yang boleh korang tulis.
- Bisnes
- Motivasi
- Agama
TIGA jenis genre buku ni, memang akan ada pengikutnya masing-masing. Dan aku antara salah seorang pengikut genre ini. Lebih-lebih lagi kalau penulisnya adalah antara penulis feveret.
Tapi aku nak tambah SATU lagi genre baru yang menjadi minat ramai terutamanya budak-budak zaman sekarang ni. Senang kata, generasi Y dan X nih.
–> Travel.
Sebab buku jenis ni dia gabungan antara buku tentang fakta dan novel.
Penulis akan bercerita tentang pengalaman beliau, siap dengan gambar, dengan “guide” dan memacam lagi. Ini menjadikan buku itu tampak lebih hebat, lebih bernafas baru dan lebih TREND berbanding penulis lama yang susah nak ikut dengan trend budak-budak zaman sekarang ni.
So, aku rasa, kalau korang nak beli dan baca buku, selain dari 3 genre utama yang mempunyai banyak pembacanya adalah baca buku genre “Travel” nih.
Ada banyak ilmu yang boleh kita belajar dan boleh kita selami.
Sebab..
Pengalaman orang lain, takkan sama dengan pengalaman kita.
Tapi, pengalaman mereka mungkin sangat BERGUNA untuk menjadikan masa depan kita jadi lebih cemerlang, unik, lebih senyuman dan lebih banyak warna pelangi.
Dan..
ofkos, penulis juga akan dapat “benefit” dalam masa yang sama.
Dapat tambah ilmu, tambah pahala dan juga tambah banyak DUIT. Haha..
Buku Catatan Mat Luthfi berjaya terjual 200 ribu naskah. Sekarang, buku kedua beliau dah keluar.
Tak tahu pulak berapa banyak ribu kali ini akan terjual?
Siapa nak beli Kombo Mat Luthfi, boleh beli sekarang secara online –> Beli Kombo Mat Luthfi
RM50 aje.
Murah gila habis.
..
…
Agak-agak, satu naskah berapa ringgit dia dapat royalti eh?
3,895 total views, 53 views today
Kalo buku style macam nie jual style ebook rasa2nya laku ker bro?
Duit masuk poket sendiri.. 😀
tak laku sangat.
2-3 bulan pertama aje biasanya.
lepas tu, hilang ditelan zaman.
melainkan dok hari-hari promosi.
Itupun, kalau promosi bagus dan ramai agen atau orang lain tolong promosi.
Even “pakar copywriting” malaysia atau scammer tersohor pun tak leh jual lebih 5 ribu ebook dengan lebih dari harga RM20 dalam setahun.
kalau dapat pun, mesti main modal besar. Itupun, kalau dapat.
Buku lain.
Viral dia berbeza.
Saya bukan pengemar membaca novel tetapi perhatikan ada beberapa perubahan kepada gaya penulis muda dan moden. Tajuk buku kalau baca pun nampak ganas. Contoh ada buku ini bertajuk Terima Kasih Si Babi Hutan (ISBN:978-967-0723-29-7) oleh Ismail Ariffin @ Lepat
Buku tu pun dah terjul lebih dari 100,000 naskah kan bro Akubiomed. Tajuk lain macam aje..
kalau satu naskah dapat royalti RM1 pun dah kira lumayan jugak tu 😀
Yap.
Dah cukup lumayan.
Tapi biasanya antara RM1 ke RM3.
Kalau dapat RM4 atau RM5, tu memang dah gila lumayan habis.
lumayan juga kalau laris
semoga laris.
mana ada orang jual buku tak nak bukunya laris dijual?
Buku Mat Lutfi tu cam best je
best jugak la.
tapi ada part gak yang aku blurr tak faham.
haha
Tulis buku ni memang lumayan… Buat kerja sekali, kemudian makan duit royalti seumur hidup… Tapi kena tulis buku yang best… Baru ramai orang berminat nak baca..
tapi kena promosi dan usaha sampai ramai yang nak baca.
promosi kena berterusan.
kalau tak, tak sampai setahun, syarikat dah malas nak cetak lagi dah.
Saya bercadang nak menulis ebook.
Semoga tercapai di tahun 2016.
banyak royalti yang mat lufti nih dapat.. memang masyuk la… huhu
Mat Lutfi ada aura tersendiri… buku karya beliau tu adalah penzahiran aura-auranya…
bagi aku, cara pemikirannya yang melangkaui rahsia-rahsia kehidupan dapat diperjelaskan secara mudah untuk difahami masyarakat sekarang…
Ya.
Dia lain sikit.
Ada aura tersendiri.
So, kena jadi macam beliau kalau nak jual buku la. hehe
kalau satu buku dia dapat RM1.
darab dengan 200,000 naskah terjual.
Dia dapat RM200,000 la.
Tapi, syarikat yang terbit dan jual buku tu yang lagi masyuk.
Hehe..
Memang banyak masyuk tu Cikgu….
profit rendah kalau jual buku fizikal, penjual dengan pengedar yang makan besar, penulis makan bilis je.
ya.
biasalah tu.
haha
Wah mat lutfi pun dah kuar buku ke? baru tau huhuhu
Ape cerita dalam buku dia ya? Dulu fames dengan vlog kan?
momen matluthfi tu je aku takde lagi..adeh..kena beli la nampaknya..maleh ar gua beli kombo.ahhaa
haha..
harga murah aje. bukan mahal sangat pun.
terbaik bos.. haha.. aku pun nak tulis buku dan jual jugalah.
klu aku tulis buku pasal aku ada orang nak beli tak?
kalau ko tulis, aku beli kot.
wah..xtaw lak mat luthfi nie ade buku..kene cari nie..sebelom nie tgk die buat video2 kelakar je kt youtube..
ada.
dah 2 buku dah dia ada.
gi la beli.
kalau ada jenama dan tulis buku senang la nak jual..
contohnya kisah saya yang berbini dua jadi jutawan..
he..he..he..
haha.
ok. tajuk buku menarik.
boleh jual tu.
Dulu dulu pernah bercita cita nak jadi penulis, tetapi harapan tidak kesampaian haha
masih ada masa.
cuba ja.
Kalau pegi kedai buku je pening tak tau nak beli buku mana.. huhu.. Sehari duk dalam kedai buku pon takpo
haha.
ok. ini memang kaki dan tangan buku.
Encik Titan nak menceburi bidang penulsan buku pulak ke??hehe.. Aku memang tak minat baca buku novel² ni..surat khabar pn baca online je ni kn pulak buku..hehehe Tapi kalau ujang ke gila-gila ke sure beli..
2016 aku nak baca buku sampai habis..:-) ..Sekarang ada belim tapi baca 10 m/s pertama jer..pastu hanyuutttt..doakan aku bro semua..
Ya.
Sila jangan hanyut lagi.
untung sebenarnya orang yang pandai menulis ni
Ya.
Memang ada banyak untung.
Ada ong.
mat lutfi memang dah femes amos dahh. memang ramai pembeli setia.
bukan sebab dia hensem ke?
hehe
aku ni bukan dari kalangan yang suka membaca buku…dulu minat tetapi entahlah sekarang minat tu dah hilang kot…ada buku kawan aku tulis ni suruh review pun aku tak abis baca lagi..hahaha
pegi la baca sebelum tido weh.
buku abam faizal yg paling best
jambu ape ntah nama
dah beli n dah baca
buku mat lutfi nampak macam best je. santai gitu.
dah lama tak beli buku mahupun novel ni.
Kalau beli buku, beli yang boleh tengok isinya, bukan yang berbalut. Yang berbalut tu kadang-kadang sama isi dan kupasannya dengan buku lain. Seperti ditulis penulis yang sama. Betul seperti kata Tuan Titan…copycat
hbt yh dpt karang buku2 ni..
ingat senang ke nak buat..tahniah..
den beli buku pun ado yang tak baca laie …
Nak beli buku pun kena pilih yang best baru cepat habis baca kalau tak memang beli dan penuhkan rak buku ja la
Aku tak beli lagi buku mat luthifi yang kedua ni. Hari tu bajet nak g launching. Tapi mood tengah berduka.. so lepak rumah je.
saye memang peminat buku tegar, tapi tengok pada penulisan kalo bosan memang tak larat nak habiskan, tapi kalo asyik memang tak makan tak minum pun boleh
paling saye suke is andrea hirata-tetralogi laskar pelangi
inila buku paling legend penah saya bace, penulisan yang jujur, gaya bahasa yang sangat best, metafora yang simple tapi lucu dan sangat rapat dengan kehidupan orang melayu dalam…
so far tak jumpe lagi buku yang boleh beat level buku andrea hirata di hati sayala…hihi…
dr azizan cakap buku ni adalah sebagai bisnes kad yang power.