Ya.
Dah macam-macam perkara jadi lebih mudah.
Dulu, ramai orang tak boleh terbang. Kini, dah ada orang gatal cipta kapal terbang. Dan di Malaysia, dah ada MAS Airlines. Dan lebih menarik sekarang AirAsia pula memberikan lebih kemudahan yang lebih hebat untuk membantu lebih ramai orang boleh terbang.
Dan kini, sebut sahaja online..semua orang dapat fikir satu perkara.
–> Pantas.
Maksudnya, menjimatkan masa dan memudahkan ramai orang untuk melakukan sesuatu perkara.
Termasuklah bab zakat.
Kini, SEMUA orang boleh bayar zakat dengan lebih MUDAH.
Dan lebih pantas.
Internet sudah menjadi hampir kepada satu keperluan kepada manusia zaman kini. Jadi, pihak berwajib merasakan bahawa kemudahan membayar zakat secara online dapat membantu lebih ramai umat Islam khususnya di Malaysia ini untuk menunaikan kewajiban masing-masing dalam rukun Islam yang satu ini.
Mana tidaknya, aku yakin masih ramai lagi yang GAGAL untuk membayar zakat. Tak kiralah zakat fitrah atau zakat pendapatan. Apatah lagi zakat perniagaan. Dan sebagainya.
Kenapa ramai orang tidak bayar zakat?
Kita kurang ilmu.
Kita tidak ambil “port” pasal ilmu zakat. Kita tidak mahu ambil tahu tentang zakat. Kita sangka bahawa zakat akan mengurangkan harta kita. Kita takut duit dalam bank semakin berkurang.
Itulah masalahnya.
Kita tidak tahu apa kelebihan membayar zakat.
Jika ramai yang tahu, nescaya penuh pusat zakat dan baitulmal setiap bulan kerana ramai yang membayar zakat.
..
…
Masalahnya sekarang, ramai yang tidak tahu.
Tahukah korang apa kelebihan membayar zakat?
1. Mendapat rahmat daripada Allah. Dengan melakukan ibadah zakat, in-sha Allah harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang. Ini yang tidak ramai orang tahu. Lagipun, bukan mahal pun bayar zakat ni.
Tukaq “smartpon” tetiap bulan boleh plak, kan?
Bayar bil unifi setiap bulan, mampu plak kan?
2. Mengeratkan ukhwah dan kasih sayang – Mereka yang kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Mereka yang kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yang dilalui oleh saudara seislam tersebut.
Dengan harapan, mereka yang tidak berapa mampu ini, dapat bangkit dan menjadi orang yang lebih hebat pada suatu hari nanti dan boleh memberi lebih banyak senyuman kepada orang lain yang lebih memerlukan.
3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi – Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi bagi semua yang membayar zakat.
4. Membersihkan hati dan harta daripada perkara yang merosakkan – Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi bantuan kepada mereka yang LEBIH berhak mendapatkannya.
Oleh itu, JANGAN ada sikap tamak, bakhil dan sombong kat hati korang.
Allah tak suka.
Sebelum itu, siapa PPZ-MAIWP?
Aku tahu, ramai yang tak tahu, kan?
PPZ-MAIWP merupakan agensi yang telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Agensi ini merupakan salah satu agensi yang GIAT mengagihan zakat atau menyediakan program-program agihan zakat kepada LAPAN asnaf yang layak akan menerima zakat adalah di bawah tanggungjawab/selian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dan paling penting pihak yang memohon ianya perlu memenuhi syarat utama iaitu :
- Islam
- Warganegara Malaysia,
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan rendah.
28 Skim Bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tahukah korang bahawa sebenarnya ada 28 jenis skim bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Antara sebahagian 28 skim bantuan yang ditawarkan ialah :
- Bantuan Kewangan Bulanan (RM200 -500 sebulan),
- Bantuan Am Ipt (RM500-5,000 setahun),
- Bantuan Am Persekolahan (RM420-1,200 setahun),
- Bantuan Persediaan Asrama Penuh (RM500),
- Bantuan Persediaan Ipt (RM1,000), (Yang ni memang best, mesti ramai yang tak tahu boleh APPLY kan?)
- Bantuan Perkahwinan (RM1,000-1,500),
- Bantuan Perubatan & Dialisis, Bantuan Perniagaan, Bantuan Hutang, Bantuan Perumahan
Rujuk selebihnya disini –> Maklumat penuh dan senarai agihan 28 bantuan Baitulmal MAIWP
Siapa yang layak dapat?
–> 8 Asnaf.
Rujuk sini untuk penerangan lanjut –> 8 Ansaf dan kadar zakat yang ditetapkan oleh setiap asnaf
Panjang sangat, tak larat aku nak “copy” semua kat sini. Korang baca kat sana.
Orang kita tidak ada ilmu.
Jadi, belajarlah dan rajin membaca agar bertambah ilmu setiap saat.
..
…
“Takkan itupun aku nak kena ajar, beb?”
Dan akibat membaca, bapak aku siap beritahu aku bahawa aku boleh “APPLY” bantuan perkahwinan melalui skim yang ditawarkan. Oleh sebab aku berasal dari Selangor, jadi aku dapat bantuan dari Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.
Apa yang aku buat?
Mudah saja.
Aku isi borang dan hantar. Lepas kahwin, baru dapat duit tuh. Siap masuk dalam sms lagi untuk beritahu bahawa duit bantuan dah masuk.
Oklah tu, bolehlah “cover” mana-mana yang patut, kan?
Masalahnya, orang kita tak tahu dan malas membaca.
Oleh sebab bapak aku memang rajin membaca dan dia rajin “beritahu” aku benda-benda BAIK macam ini, jadi aku sendiri dapat kebaikannya. Oleh itu, jika mari bantu sama-sama sebarkan benda yang baik macam ini. Sama-sama kita bayar zakat dan sama-sama kita sebarkan kelebihan pusat zakat serta kelebihan yang kita boleh dari zakat ini semua.
Tak rugi berkongsi benda baik.
Allah suka orang yang suka berkongsi.
Sedangkan, kita hidup didunia ini pun berkongsi bumi dan oksigen yang sama.
Apa masalah kita sampai sombong sangat tak nak berkongsi kebaikan yang ada ini bersama?
..
…
So..
Be thankful and help each other.
2,074 total views, 8 views today
ada bantuan rupanya kat Selangor..oho..Perak tak pasti plak.ahaah
Aku rasa macam semua negeri ada.
Cuba pegi check.
Nampak sangat lama benar tak masuk site zakat ko ni kan? Haha
Terbaik laa bro info nie!
Zakat membawa berkat – tagline2 yg biasa didengari dicorong2 radio buruk kawan nie…
Cuma sedey sket kawan bro,
– Sampai terpaksa maiwp buat kempen hp, ipad bagai nak bagi kita insan yang lemah nie CELIK pasal zakat kan… 🙁
Cuma bersyukur kawan ada blogger tersohor ni kempen zakat cara santai tapi bleh lekat kat minda punya! Tahniah bro!
sebab ramai yang tak ambil tahu dan tak nak ambil tahu.
sedih, tapi inilah perjuangan yang kita kena lakukan bersama.
zakat menyucikan harta… dan merupakan rukun islam yang ke 3.. tanggungjawab kita sebagai umat islam..
Yap.
Rukun ni ramai yang lupa.
Rukun lain pun sama.
Sabaq ajela jawabnya.
maju dah sekarang..semua online..tapi ini jugak menyebabkan org makin malas macam aku..
malas tapi bayar, takpe.
jangan tak bayar. hehe
utk student pula,sebenanrnya memang ada bantuan utk meringankan beban semasa study.cuma terpulang pada student tu je rajin tak rajin utk memohon. ni tak,kebanyakannya merungut pasal kos hidup di uni makin tinggi.
biasa saya bayar hujung tahun, alhamdulillah semalam dah bayar
tahniah sebab berjaya bayar dengan jayanya.
Kalau lihat senarai panjang bantuan yang diagihkan kepada asnaf yang layak banyak.
memang ramai yang layak.
dan ramai juga yang tak tahu diorang layak.
Tiap bulan amalkan bayar zakat pendapatan. Memang bayar online ja. dan tiap2 bulan juag pihak zakat hantar resit.
sanagt bagus entry ni. Rasanay nak tulis juga dalam blog sendiri sebab belum ramai orang tak ambil tahu tentang ni
itu yang sebaiknya.
moga dapat diteruskan ye.
Memang saya pun buat potongan zakat bulanan kt PPZ selangor..suami dengan PPZ MAIWP, zakat ni nak bersihkan harta
ohh..
bagus la kalau begitu.
tahniah sebab konsisten.
manusia ni mudah lupa..kene selalu peringat
itu la masalahnya.
semua orang suka jadi pelupa nih sebenarnya.
wah mudah skang zakat bayar secara online je…siap ada hadiah utk menang plk tu..tp ingt niat byr zakat bkn nak dpt hadiah..hehehe
YA.
dunia sekarang jadi lebih mudah dengan bantuan teknologi.
biasalah tu beb.
dah nama pun promosi.
Zaman serba canggih, dah takde alasan nak kata payah nak bayar zakat. Harta dan hidup kita pun makin berkat.
Ya.
lebih berkat itu lebih afdal.