Ya.
Walaupun nampak macam cerita dongeng untuk tahun 2015 ini, tapi aku rasa ini cerita dongeng yang lebih baik berbanding cerita-cerita viral sampah di facebook.
WHY?
Sebab sampah adalah perkara yang menjijikan.
Dan juga merupakan satu isu yang sangat hebat didebatkan sehingga boleh jadi satu perbalahan dan pergaduhan untuk satu jangka masa yang panjang.
Sebab itu, ada simpulan bahasa “sampah masyarakat”.
Maksudnya, memang orang itu akan dipandang sebagai sampah dalam masyarakat facebook.
Itu yang berlaku sekarang.
Okeh.
Mari kita berlaku jujur.
Korang suka sampah?
..
…
100% korang tak suka.
Termasuk aku.
Tapi, korang dan aku kena faham, bahawa kita suka buat sampah. Sama ada kita suka atau tidak, kita akan membuang sampah setiap hari.
Sampai satu tahap, timbunan sampah itu jadi satu perkara yang SUKAR untuk dikawal walaupun telah banyak program dan kempen agar menjaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata, buang sampah di tong sampah yang betul, “recycle” sampah yang boleh digunakan semula dan sebagainya.
Pendek kata, sukar untuk dibendung.
Kenapa?
Sebab kita tidak ada kesedaran dan tidak ada inisiatif yang cukup tinggi untuk melakukannya dengan baik.
Tapi..
Fikir satu perkara.
Kenapa ramai orang yang ada kesedaran ini bersungguh-sungguh untuk sedarkan kita dan ingatkan kita agar buang sampah dengan cara yang betul?
–> Untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Maksudnya, bukan kebaikan untuk kita sahaja tetapi untuk masa depan anak-anak dan cucu-cicit kita yang bakal menerajui dunia ini nanti.
Tak mustahil, satu hari nanti akan wujud satu dimensi macam dalam cerita “TomorrowLand”.
Siapa tahu, kan?
Malah, mungkin sudah ada pihak yang sedang giat untuk melaksanakannya.
So, HOW?
Bagaimana kita hendak lakukannya?
Ada banyak perkara seperti..
- membuang sampah di tong sampah yang betul
- menggiatkan lagi kempen kesedaran tentang membuang sampah pada masyarakat facebook.
- mendengar dan belajar tentang isu ini dalam kelas Pendidikan Kesihatan sejak darjah 1 lagi..
- memperbanyakkan tapak pelupusan sanitari, dan loji rawatan termal serta diselenggara dengan lebih bijak
- menampak baik sistem pelupusan sampah dengan lebih hijau dan bersistematik
- meneruskan kempen 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle dengan lebih rakus.
- juga tidak membuang sampah dari dalam kerea, membuang puntung rokok ditempat yang betul dan tidak meludah gula-gula getah dibawah meja sekolah..
- tidak memperlekeh orang yang cuba memperjuangkan hak untuk membuang sampah ditempat yang betul.
Termasuklah..
menyokong dan menggiatkan lagi kempen “Waste to Energy” (WTE) agar dapat dilaksanakan dengan lebih meluas diseluruh negara dan membina WtE Gasification Power Plant di negara kita secepat mungkin.
Buat masa sekarang juga, terdapat 3 tempat yang dicadangkan untuk membina WtE Gasification Power Plant.
- Taman Beringin, Kuala Lumpur.
- Bukit Payung, Johor.
- Sungai Udang, Melaka.
Kebaikan Program Waste to Energy
- Berfungsi untuk mengurangkan pencemaran bau di kawasan sekitar tapak pelupusan.
- Selain dapat mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sehinggan 85%, sekaligus dapat memanjangkan lagi hayat tapak pelupusan serta dapat menjimatkan penggunaan tanah.
- Proses penguraian sampah dapat dipercepatkan lagi dengan proses rawatan.
- Air larut resap dapat dikurangkan meresap ke dalam tanah.
- Tiada perlepasan gas metana, yang juga peyumbang kepada pemanasan global. Walaupun begitu Loji WTE tetap melepaskan gas Dioxin dan furan. Namum gas ini hanya boleh menjejaskan kesihatan sekiranya seseorang itu terdedah bagi tempoh yang lama atas kepekatan yang tinggi.
- Menyumbang sebagai salah satu program yang membekalkan tenaga untuk satu jangka masa yang panjang disamping sumber-sumber asli yang lain.
- dan sebagainya.
So, sampah atau sisa pepejal yang korang kata jijik itu, sebahagian besarnya boleh digunakan semula untuk menjana tenaga. Tak kiralah sebagai tenaga elektrik atau tenaga apa sekalipun, sedikit sebanyak ia akan memberikan kebaikan kepada kita untuk jangka masa yang panjang dan membina satu persekitaran yang lebih sihat untuk masa depan yang lebih warna pelangi.
The important thing is..
..
…
Adakah kita mempunyai kesedaran untuk melakukan ini semua dengan hati yang terbuka?
Adakah kita mampu dan sanggup menghadapi cabaran getir untuk menyahut dugaan dan rintangan ini walaupun dikecam dan diperlekeh oleh ramai orang yang tidak mahukan perubahan?
–>
Ada.
Don’t worry.
People like us is EXIST.
16,391 total views, 2 views today
Kalau semua rakyat Malaysia sangat prihatin dengan ‘sampah’ ni maka sangat aman la negara kita dari sampah sarap
yup betul tu..sekanrang orng nak campak sampah dari tingkap kereta cukup senang.
meskipun sampah tidak disukai ramai maka jangan jadikan perangai kita sama macam sampah
Harap-harap orang kita akan lebih prihatin selepas ini.
teringat mengenai ada 1 tempat di jepun tu, waste product production dia menghampiri 0%…pergh,.terbaik
Memang terbaik.
Orang jepun bila buat sesuatu kerja, diorang memang super teliti.
Terima kasih bro atas kempen diagnosis minda – masyarakat dan sampah.
Semoga usaha murni bro akan diambil perhatian oleh sampah2 dalam facebook tue… 🙂
p/s: Makin kaya kaya kaya pasni port kitar semula dekat rumah nie…muar – sg udang 1 1/2 jek…bagus rupanya bisnes sampah nie… 😀
Tu sama dgn sampah masyarakat ke? 😉
ada yang jadi jutawan buat benda ni.
nak tak nak aje sebenarnya.
tengok niat kita aje.
kena ada kesedaran dari ibu bapa.. ajar aak2 jangan buang sapah merata2 juga..
betul tu..didikan awal kanak2 perlu diterapkan.
Ya.
Kesedaran itu sebenarnya bermula dari rumah.
Dari kita-kita aje sebenarnya.
tu la, semuanya bermula dari rumah.ibu bapa yang kena didik anak-anak dan tunjukkan contoh yang betul
kalau la ada program Waste to Money..ramai orang hantar sampah, boleh claim duit..sampah tu plak akan dibuat untuk jana energy..memang ramailah berebut nak hantar sampah, so secara tak langsung, bersih jadinya
kalau ada program tu, memang jadi kegilaan la kejap.
lepas tu, dia suam balik lepas dapat siikit aje.
hehe..
Aku harap satu hari nanti, orang kita akan maju dan lebih gigih bab kebersihan dan pandai asing sampah ikut kategori. Banyak tenaga dapat dijimatkan bila boleh kitar semula sampah ni.
Itulah itu.
Ramai orang masih tak sedaq sebenarnya nih.
cerita tomorowland macam tu ke..?? semua orang tak suka sampah dan semua orang malas nak buang sampah..
akibat orang bumi yang tak ambil enteng pasal hal persekitaran dan pencemaran, orang zaman tu terpaksa wat “tomorrowland”.
sama2 jaga okey..
aku paling tak suka orang buang sampah dari dalam kereta…mmg gua sakit hati sangat2….
tu la.
terpaksa keluar skill driff yang lama terpendam semata-mata nak elak sampah yang orang buang dari kete.
Ada orang yang tidak sokong kilang sampah yang menghasilkan tenaga ini. Kata mereka kilang ni keluarkan asap yang mencemar alam sekitar. Memang kelakar alasan mereka.
Anggap asap yang keluar sikit itu mencemar alam tapi bau busuk dan kawasan pembuangan sampah yang tidak kena tempat itu tdak pula dianggap mencemar alam.
Diorang selesa dengan persekitaran begitu, nak buat macam mana.
terpaksa la bersabar aje.
Harap mereka berubah.
tak cukup dengan sampah sarap.. sampah masyarakat pun semakin membiak. Kedua kedua sebenarnya boleh di kitar semula di jadikan sesuatu yang bermanafaat cuma perlu usaha & sokongan dari rakyat malaysia
tu masalahnya.
sampah terus membiak tanpa kesah jenisnya.
Kilang ini perlu ada bagi sebuah negara maju. Malaysia mahu menjadi negara maju 2020, jadi kilang ini perlu ada. Pelupusan sampah cara tradisional ia itu melonggok di satu-satu kawasan sudah ketinggalan zaman.
cara tradisional tu dah kurang berkesan.
tempat kecil ok, tapi bila dah babit negara, itu satu perkara yang serius dan peru lebih penekanan.
Ramai orang tidak punya kesedaran yang tinggi tentang hal ini. Diri sendiri nak kelihatan bersih, sempurna, tapi sekeliling tidak diendahnya.
itu la masalahnya.
penat dah nak adjust benda ni sebenarnya.
yeah. usaha macam ni yang kita nak.
ko ni memang one punch man la. aku tak tengok tengok lagi benda alah tu
pi la tengok kalau ada masa.
aku tak paksa.
setuju.. dia memang one punch man.. saitama dah ajar dia jaga sampah.. kalau tak jadi cam tempat dia banyak raksasa
Harap lebih banyak loji Waste to Energy ini dengan Good Management Practice supaya diuruskan dengan baik mengikut SOP dan Protokol.
Ya.
harap ada management yang cukup bagus untuk kawal benda nih.
cakap pasal sampah, teringat zaman study dahulu kat Jerman.
Kena marah dengan jiran sebab tak asingkan sampah.
mentaliti negara maju camtu..
kirim salam kat jiran tu ye.
bagus dia.
THanks for sharing~ =)
dah kena ajar tabiat asingkan sampah ni kepada anak-anak kita…
ya.
dah wajib kena ajar.
agar anak kita lebih bertanggungjawab.
senangnya negara malaysia punya ide seperti itu. lingkungan jadi bersih
subjek ini komplikated..semua masyarakat kena ada kesedaran sblm jadi sampah masyarakat kan
Ya.
Sangat komplikated.
Tapi sangat mudah nak faham.
betul apa yang kau taip ni..
sampah kena buang..
Saitama pun penah cakap ngan aku dia tak suka sampah tapi banyak sangat raksasa yang buat sampah tu yang dia geram tu..
Ya.
Lama tak jumpa Saitama.
Dulu, selalu pi kalahkan raksasa kat jepun dengan dia.
Dari kecil kena ajar buat benda kitar semula ni. Hi hi.
Ya.
Kena didik dari awal.
baru senang dikemudian tahun.
Walaupun sampah tu jijik, tapi kegunaan dia besar juga kepada manusia..
Ya.
Sangat besar.
Cukup besaq.
Org yg bekerja kutip sampah, sapu sampah itu mulia. Kerana mereka persekitaran kita bersih. Maka, mari kita respek mereka. Klu lalu sebelah bg salam or morning. Senyum. Jgn plak tutp hidung. Tahan sikit bau tu. Yg buat samapah bkn org lain. kita-kita jugak. kan kan… #LakarHidupSnediri
Ya.
Respek orang seperti mereka.
sedangkan taik pun boleh dijadikan baja… boleh dijadikan gas memasak… kalau ada program from waste to money mungkin berkesan, tapi ianya mungkin bermusim
Haa..
itu pun ramai yang tak tahu.
baguslah sekurang2nya ada fungsinya sampah ni sebab setiap masa mesti ada sampah
Ya.
Sampah pun ada fungsinya tersendiri.
aritu ciktom pergi utmkl tu sekarang tgh rancak buat research utk develop new technology utk convert waste to energy…
hari2 sampah ada kan, memang elok sangat dibuat sesuatu berbanding hanya dibuang begitu sahaja
Ya.
Masalahnya, ramai yang tak nampak kelebihannya tu.
Memang tengah rancak.
Dari 2-3 tahun lepas lagi.
Dulu masa duduk di German sangat kagum dengan budaya mereka yang akan kutip sampah walaupun ditepi jalan. Semua barang nak recycle. Botol mineral pun kalau bawak pergi shopping mall dan bagi kat kaunter pasti dapat pulangan 25sen duit sana bersamaan RM 1.25. Sebab tu agaknya susah nak jumpa botol atau tin bersepah-sepah. Sebelum buang sampah setiap rumah wajib asingkan sampah mengikut kategori. Fuh.. Bila balik malaysia memang terikut cara mereka. Semoga suatu hari nanti rakyat kita juga begitu =)
Jerman memang best.
Dah lama tak pi jerman.
Last, mimpi tahun lepas.
Harap tahun ni boleh sambung mimpi tu.
Sejak dari sekolah rendah kita bagi pendidikan yang menekan kan sikap sebegini… lihat sajalah macam rakyat jepun dengan nilai yang tinggi…
Kat sekolah, memang cikgu cakap selalu.
Tapi kalau kat rumah, takde wat benda yang sama dan diri sendiri tak ada kesedaran bab bersih ni..memang macam ni la negara kita 50 tahun akan datang.
Dulu memang suka buang sampah macam tu jer.. tapi bila dah ada anak ni, kena tunjukkan contoh yang baik.. Kan tak pasal-pasal pergi rumah orang selamber jer dia buang sampah depan rumah.. Malu mak bapak nantinya..haha..tapi bagus juga macam ni.. saya pun leh jadi berdisiplin bab kebersihan ni..haha
itu nama nya kitar semula bahan sampah
🙂
Orang kata, jangan bagi suami kontek ex-gf dia…
Sebab “sampah” boleh di recycle.
hehe