Hari ini aku cuti.
Semalam pun aku cuti.
Hari Isnin lepas pun aku cuti.
Begitu juga hari Ahad dan Sabtu yang lepas.
Tapi petang Jumaat tu pun aku dah rasa macam aku tengah bercuti.
Rupa-rupanya, memang seronok bila bercuti nih.
Beban dan penat bekerja tu terasa tertanggal sekejap. Terasa macam gunung-gunung dan banjaran yang terdapat di dunia ni ringan semacam sahaja.
Dan disebabkan yang sama juga..
perangai lama aku datang semula.
–> Berjaga malam.
Bila dah berjaga malam, sah-sah la aku akan tidur semula selepas subuh.
Dan bila bangun semula, sah-sah la lepas pukul 12 tengah hari.
Waktu nasi lemak aku dah terlepas sejak hari Sabtu yang lepas. Mengidam habis dah nak makan nasi lemak. La ni pun dah pukul 12 tengah malam, aku tak pasti aku sempat makan nasi lemak atau tidak esok kang.
Walaupun dah plan sejak hari Jumaat, tapi ni dah nak masuk hari Rabu masih tak menjadi-jadi plan aku nih.
–> Memanjang gagal.
Plan nak pi servis kereta Saga aku itu pun terbengkalai habis.
Pendek kata, aktiviti burung hantu tu perlu dikekang sebelum cuti sekolah ni habis.
Kalau tidak, memang merah aku punya “punch card” kang.
Tak pasal-pasal menghadap bos besaq pulak.
Haha..
TAPI, kalau aku tak buat aktiviti burung hantu ni, memang banyaklah blog-blog aku akan terbengkalai, makin bermaharaja la orang-orang yang penuh dengan hasad dengki akan cuba menghack dan menceroboh hosting dan menjahanamkan segala penat jerih yang aku lakukan selama ini.
Sampai ada jatuh sikit income bulan lepas sebab aku agak mengabaikan sedikit kerja-kerja sampingan aku kerana memberi LEBIH tumpuan pada kerja hakiki aku itu. Selalunya, aku bahagi masa 50-50 dengan penuh keadilan keranan orang yang bijak membahagikan masanya dengan adil, kita akan jadi orang yang lebih beriman, lebih hensem, lebih berdaya saing, lebih banyak orang yang akan sayang dan disukai oleh burung-burung dan serangga-serangga diluar sana.
Jadi, esok dan lusa dah kena tidur awal.
Agar, badan aku dapat kembali berfungsi semula seperti biasa.
Memang badan aku ada “alarm” yang aku dah train sejak kecil.
Asal waktu subuh aje, automatik akan bangun.
Kalau aku tak bangun, memang aku akan bangun dalam kul 7 atau kul 8. Masa tu, memang orang akan kata dah tahap subuh gajah. So, memang aku alert benda-benda gini. Dan selalunya jarang terlajak melainkan perkara-perkara yang tak dapat aku kongsikan disini.
Haha..
Tapi, kalau tidur awal, aku akan bangun lebih awal dari biasa.
Dengan izin Allah yang maha mengetahui dan maha penyayang.
Kesimpulan.
Jika plan A tak menjadi, kita mesti selalu ada plan B.
Jika Plan B pun gagal, jangan risau, kita masih ada Plan C hingga Plan Z.
Kalau gagal juga, pun tak apa.
Kita masih ada Plan AB, Plan AC, AX dan sebagainya.
Dunia ni walaupun realitinya nampak berat sebelah, tapi keadilan tetap ada dimana-mana.
Keadilan itu salah satu bukti keindahan akhlak manusia.
..
…
Hargainya setiap masa.
5,017 total views, 1 views today
Good luck bro…
ada orang yang jeles la tue…
Err..
siapa yang jeles sangat tu?
Asalkan ada niat dan ada tindakkan, insya Allah menjadi.. 🙂
Ya.
Itu yang sebaik-baiknya.
USaha itu tangga kejayaan.
Kalau macam tu gayanya, ni mesti pulun habis-habisan ni. Tulis sampai 3-5 entry lepas tu schedule. betul kan? Haha..
Haha..
buat aje la habis-habisan.
Jadi Batman itu biasa tetapi sakit hati kalau ada masalah teknikal atau kena hack.
Sekali-sekala tak apa.
Dah tak leh dah jadi batman macam dulu-dulu dahh..
Salam Faizal…dalam cuti-cuti ni cer dapatkan Novel perhitungan karya Arman Jazee…lain dari yang lain..heheh
wahh..
jauh berjalan yek encik penulis buku.
hehehe…punyalah banyak bro punye plan. saya ingatkan plan cuma 2-3 je. nanti bro ajar ye mcam mana nak susun bebanyak plan tu sebab saya ni kalau buat ape je jarang pasang second plan..bila tak berjaya terus ternganga nak cari idea
Plan kena banyak.
Tak kiralah plan tu jadi ke tak.
Body alarm, memang best kan. Tak yah nak kasi jam memekik di pagi hari.
perkataan lebih tepat, body clock.
kalau dah train sejak kecik, memang membantu sepanjang hayat.
Maknanya kena buat plan AB la lepas ni, dah plan A-Z gagal…
huhu
Terima kasih cikgu
Haha..sebab tu kan kena buat banyak plan…
rasanya orang lelaki suka juga tidur lewat, kalau dah berkahwin memang membebel isteri nanti