Ya.
Masih dok bercerita pasal bola.
Keputusan penuh untuk sukan bola sepak peringkat zon Pasir Gudang nih.
Sekolah aku tewas SEMUA perlawanan.
..
…
Haha..
Nak marah budak pun dah tak boleh.
Sebab sifat kesian aku level tinggi sangat semalam.
Sebab masa nak training pun ambil masa dua minggu. Dan dalam tempoh itu, bukannya setiap hari ada latihan. Bila hujan aje, latihan kena cancel. Bila latihan pulak, ada budak tahun 6 ada kelas tambahan. Bila ada latihan, sentiasa tak cukup pemain. Ada pemain datang, ada pemain tak berapa nak datang.
Tapi, aku tak nafikan diorang bersungguh juga masa latihan.
Cuma yang aku cukup pasti, mereka kurang pengalaman.
Friendly game pun cuma DUA kali.
Satu dengan pasukan sekolah jiran. Kalah 1-2.
Satu dengan pasukan cikgu sekolah. Kalah 20-9.
Jadi, itu tak boleh dijadikan sandaran yang cukup kuat untuk menempoh pasukan-pasukan yang lebih dahsyat, lebih berdaya saing, lebih gigih latihannya sejak awal tahun dan ada sekolah yang dah latih 2-3 tahun lebih awal. Maksudnya, dari segi pembangunan pasukan bola sepak mereka, mereka dah latih pasukan diorang sejak budak-budak tu darjah 3 lagi.
Aku yang baru masuk tahun ni, memang susah sikit la nak beat mereka-mereka yang dah “ditrain” dengan penuh kasih sayang sejak bertahun lamanya.
Latihan 2 minggu, ofkos tak boleh nak kalahkan latihan 2-3 tahun.
Lagipun, budak-budak aku bukann budak genius dan pantas bertindak balas seperti aku.
Nak jumpa budak genius macam aku, mungkin 1 dalam sejuta.
Seperti mana korang jumpa Messi dan Ronaldo.
Seperti mana korang jumpa Diego Maradona dan Gabriel Batistuta.
Seperti mana korang jumpa Eric Cantona dan Roberto Carlos.
Semuanya datang dari era yang berbeza.
Sama juga hukum janjangnya dengan budak-budak aku.
Zaman diorang yang penuh dengan budak-budak kaki bangku yang cetek skill dan pengalaman yang cukup hijau, agak menyukarkan bagi aku untuk pastikan diorang serap apa yang aku ajar.
Ecehh..
Bunyi macam nak bagi alasan.
Tapi itulah hasil “post-moterm” ringkas aku selepas TIGA kekalahan semalam.
Pasukan Langsat, kami kalah 0-1.
Pasukan Duku, kami kalah 0-1.
Pasukan Durian, kami kalah 0-2.
Walhal, permainan pertama nampak seimbang. Tapi sebab “luck” pasukan Langsat lebih kuat, depa dapat satu penalti dan penyerang mereka tidak mensia-siakan peluang tersebut. Β Malah, dalam perlawanan kedua, pasukan aku lebih menguasai padang dari mula sehingga habis. Tapi lagi 10 saat terakhir, kecuaian pemain pertahanan membuatkan pasukan aku bolos dengan bola mudah yang dianggapnya akan “out”. Perlawanan terakhir, ingatkan nak cuba menang besaq, tapi akhirnya hasil “counter attack” yang cukup berkesan dari pasukan Durian yang cukup tajam dari sudut skill, pengalaman dan kebijaksanaan mengawal padang, membuatkan pasukan aku memang kalah sejak awal.
Huh..
Benarlah kata orang-orang tua yang pernah kena penyakit garam lebih dalam darah.
Bola tu kekadang bulat, kekadang dia tak jadi bulat dah..
Oklah.
Lusa aku ada lawan bowling dengan cikgu sekolah aku sempena hari guru tahun ini.
Hari sabtu pulak, aku akan jadi wakil sekolah aku untuk lawan sukan “Petanque” sempena hari guru peringkat daerah.
Jadi, agak sibuklah.
Entah bila nak training bowlling, entah bila nak training petanque.
Minggu depannya pulak, nak sambut hari guru plak.
Ini pun, nasib baik buat dalaman. Tak jemput orang luaq sangat. Mak pak budak pun tak datang.
Sekadar meraikan dalam sekolah aje dengan budak-budak.
Sekadar mengingat semula apakah tema hari guru tahun 2016 ini..
Sekadar meraikan bahawa pihak sekolah dan guru dah boleh rotan budak semula tahun ini..
Tak tahulah sebanyak mana aku dapat hadiah tahun ini.
..
…
Masih kekal popularkah seperti tahun-tahun lepas?
Masih jadi “Guru paling kemas” kah lagi pada tahun ini?
2,970 total views, 24 views today
guru paling popular mesti guru disiplin? eh, ke salah: :p
P/S: kalah menang belakang hal. yg penting pengalaman budak2 tuu lg bermakna. kalah hri ni, xbermakna kalah esok. ye dak?
Takper cikgu… Hero hindustan memang macam tu… Mula-mula kalah dulu… Lepas ni kena latih anak buah dengan lebih gigih lagi… Supaya boleh balas dendam balik lepas ni… Ok.. Cayok-cayok…
hero hindustan memang camgitu.
haha..
Tak apa. dapat pengalaman kat budak-budak sekolah.
alahai kesian kat budak2. takpelah setiap kegagalan adalah langkah kepada kejayaan
Ya.
Gagal itu benda biasa.
Kejayaan itu, adalah makanan pelik.
Haha..nasib la tiga2 lawan kalah..
Haha..
terima aje dengan hati terbuka.
guru paling blur kot..camne agaknya time ko ngajar..ahahaa
Haha..
jangan fikir.
aku pun tak tahu nak jelaskan.
Sekarang nie bola ade memacam bentuk.. segitiga, segi empat dan lain2.. eh???
Ada.
banyak.
Hang je yang tak jumpa lagi.
Belum ada rezeki lagi tu.. Bulan ni memang banyak hari sambutannya…nasib semua hari tak diberi cuti je.
Ya.
Memang banyak cuti bulan ni.
Tak sabar tunggu cuti.
takpe adat bermain ada kalah menang…
wow cikgu paling kemas tue..hehehe
Tak tahu dapat pertahankan lagi ke tidak tahun ini.
Tak apa. tahun depan cuba lagi. Hebat tu dapat cikgu paling kemas.
Ya.
Memang hebat cikgu tu.
Guru Paling Kemas?
Patut Kacak Tu Heheh
Guru paling kacak depa bagi orang lain.
Waa..
payah ni guru paling kemas eh..kemas sungguh
Saya memang kemas orangnya.
biasalah, ada bahagaian yang dah benjol dalam sebiji bola π
itu bola yang berevolusi.
owh bola bujur pun ada kan
Ada.
Itu kita panggil bola ragbi.
nama pasukan macam nama jalan-jalan kat Taman Kota Masai je bro…
ke memang mengajo kat area sana?huhu
Haha..
nama pasukan tu aku reka.
nama pasukan betul, nama sekolah diorang la.
patutlah artikelnya kemas betul. heeee
Aku memang kemas la.
bukan mudah yang dapat kejayaan..frame time adalah pengukur selain adanya banyak lagi unsur-unsur penambahbaikan
Ya.
Bukan mudah.
Tetap kena usaha selalu.
Selamat hari guru cikgu titan
Ya.
Selamat hari guru kepada semua guru di bumi.
Insya-Allah boleh usaha lagi. Kalah menang adat perlawanan. Yang penting apa motivasi yang diperolehi dari setiap perlawanan.
Ya.
harap budak-budak tu lebih berjaya disekolah menengah nanti ye.
yg penting bg fit dulu budak2..bio 90 minit diorg berlari jer…45 minit awal defend jer..haha
Diorang main 10 minit aje untuk 1st half. 2nd half..dah pancit. Passing hancur.
Itu pun dah pancit beb.
Latihan tak sampai 2 minggu. Memang tak power la fit diorang.
Paling koman, 6 bulan maa..
all the best la tuk award this year hehe
hang tak bagi depa tengok cerita ola bola ni! kalau tengok konfirm menang
Haha..
aku nak wat latihan camtu, compem mak bapak diorang meroyan beb.
Malas aku.
Selamat hari guru Encik Titan!
Bebudak bola kat sini mulutnya ya Allah, takut dengar. Kenapa eh jadi camtu? Baru main peringkat daerah macamkan dah jadi superstar.
Biasalah tu.
semua budak bajet dia superstar.
Selamat Hari Guru…
pagi pemain amatur yang tak cukup training kalah tu memang benda biasa..team aku pernah kalah smpai 7 kali berturut dalam satu liga amatur..bola nie selain dari bulat, ia juga perlu latihan dari pemainnya…hahahaha
Regards,
-Strider-
Haha..
sebab tu aku kata, bola tak semestinya bulat.
Wah guru paling kemas ya untuk tahun lepas, hebat tu sebab cikgu PJ yang menang
hehe
Haha..
Mungkin la jugak.
selamat atas prestasinya…. guru memang harus memukau π
Perghhhh.. Guru paling kemas tu… Mesti kat sekolah tak lipat kaki seluar kan.. Haha
ahaaha Guru paling kemas itu terbaik….
Kita memang harus bener-bener bisa sabar dengan apa yang menimpa kita, dan yang penting harus yakin bahwa takdir yang telah ditentukan adalah yang terbaik bagi kita
menang kalah tu biasa π
kacak sungguh guru paling kemas nih…
kalah menang dalam permainana itu hal biasa lah …yg penting mereka dapat pelajaran dari olahraga ini
Menang dan kalah hal yang wajar, yang penting menjunjung tinggi sportifitas.
2017 nie pasukan mesti dah steady sket..pre season pon ada friendly…cikgu pula dah dapat pendedahan luar…mesti bleh boom punya 2017 – Here we come!
moga terus sukses ye pada tahun baru nih