Yap.
Nampaknya, dah beberapa hari kita berpuasa.
Secara rasminya, kita semua yang beragama Islam sedang menjalankan salah satu rukun Islam yang kita akan ulanginya pada setiap tahun.
Aku juga terbabit secara total.
Alhamdulillah, aku berjaya dengan cemerlang untuk terus berpuasa setakat hari ini.
Ada banyak hari lagi yang perlu aku tempuh agar aku dapat harunginya bulan ini dengan penuh gemilang dan tawaduk.
Secara jujurnya, aku agak sukar tidur sejak aku bercuti DUA minggu ini. Sebab banyak benda yang aku nak kena “cover” memandangkan siri-siri sibuk akan menanti selepas habis bulan puasa dan bulan Raya nanti. Masa itu, aku akan sibuk dengan budak-budak UPSR dan peperiksaan akhir tahun. Kemudian, akan sibuk dengan sukan sekolah. Dan dalam masa yang sama aku akan mula memilih skuad balapan dan padang untuk bekalan tahun hadapan. Aku tak mahu lagi penyertaan sekolah aku hanya sekadar mencukupkan kuota. Aku mahu lebih dari LIMA pingat emas yang sekolah aku dapat capai pada tahun hadapan walaupun hakikatnya budak-budak sekolah aku tak sampai pun 300 muridnya.
Jadi, memang agak “struggle” sikit la.
..
…
Nope.
Struggle gila banyak.
Nak siapkan kitab PINK versi 2.0 yang tinggal sekangkang kera tu pun tertangguh-tangguh.
Dan aku akan TERPAKSA kesian pada bakal-bakal atlet sekolah sebab akan mengharungi latihan “neraka” yang akan membuatkan mereka mungkin menyesal jadi atlet sekolah.
Ya.
Sesi latihan aku agak gila sikit.
Kalau tak berminat, tak apa.
Aku lebih pentingkan kualiti berbanding kuantiti.
Biar dapat 3-4 orang aje atlet bagus. Tapi semua boleh menang emas.
Itu lebih baik.
Belanja pun kurang.
Minyak kereta pun jimat. Nak hantar atlet pun cuma pakai satu kereta sahaja. Dah jimat guru untuk bawa budak keluar. Maklumlah, cikgu sekolah aku dah makin kurang sekarang ni. GPK HEM dah pindah sebab naik pangkat. Ketua Panitia Bahasa Inggeris pun naik pangkat jadi GPK Koko ke sekolah lain. Setiausaha Koko pun naik pangkat jadi GPK Koko jugak. Dah hilang DUA otai besaq kat sekolah baru aku nih. Dan GPK Koko aku merangkap bos direct aku plak, naik pangkat jadi GPK HEM. So, aku dapat bos baru lepas naik sekolah nanti sebab dengaqnya GPK Koko baru dah daftar diri dalam cuti nih.
Lebih bala, dalam tempoh 3 bulan ni, ada 3-4 orang cikgu perempuan akan melahirkan anak. Dua dah lepas, tinggal lagi dua orang guru aje lagi. So, senang cite..4 orang cikgu akan “bercuti” secara sah selama 3-4 bulan nih menyebabkan cikgu-cikgu sekolah aku yang dah sikit ini akan menjadi LEBIH sedikit.
Lebih seronok lagi, tahun 2 dan tahun 3 terpaksa dijadikan SATU kelas sahaja.
Jadi, aku akan mengajar dalam 35-45 orang murid untuk satu kelas.
“45 orang dalam satu kelas?”
Ya.
Itu hakikatnya sekarang.
Sekolah aku dah masuk tahap SKG.
SKG – Sekolah Kurang Guru.
Haha..
Ini semua PERLU dilakukan KHAS untuk mengatasi masalah kekurangan guru aliran perdana.
Harapnya, ada cikgu baru masuk ke sekolah aku agar beban ini akan berkurang.
Kalau tidak, memang senyum ajelah aku sepanjang tahun ini.
Haha..
Banyak kerja tu beb.
Tanggungjawab bersepah-sepah merata-rata.
Harap bahu kiri dan bahu kanan masih kuat mengharungi cabaran dumble-dumble kehidupan.
..
…
Untuk rakan-rakan seperjuangan diseluruh sekolah di Malaysia..
Guys, can we FLY together?
For something meaningful and bring more beautiful colour to our school world?
2,288 total views, 9 views today
I believe i can fly, ouh ~
Cabaran jadi cikgu.. berharap ada posting baru lah tu nanti kan? haha
Begitulah harapannya.
Dan harapnya yang laki-laki.
3 orang cikgu laki aliran perdana.
Tak sabar menunggu Kitab Pink versi 2.0.
Ya.
Aku pun tak sabar nak tunggu siap.
cepat sikit siapkan kita pink tu… 😀
Tengah cepat la ni beb.
haha..
power..tu sebab leh jadi SBP baq hang..ehehe
Haha.
penat weh keje.
tak larat aku kekadang.
sekolah anak pun kekurangan guru..bila guru bertukar pindah naik pangkat… dibiarkan kosong saja..nak tunggu pengganti memang lama laa. tak ramai murid ke satu kelas…sini satu kelas ada 42 orang.
Ok la tu.Kat sini majoriti dalam 18-28 orang aje satu kelas. paling banyak, kelas tahun 5, 28 orang.
Harap ada cikgu baru posting secepat mungkin.
Budak sekarang, bukan macam budak dulu-dulu.
Beza.
Diorang hidup dalam “timeline” yang berbeza.
Jenuh nak mengajar satu kelas sampai 45 orang nmurid tu
harap sabaq la noh
Ya.
Kena kuat usaha lagi jawabnya. HOho
Adeh..kiri kanan tgjawab..
Hrap team bola thun ni mkin hbat..
Team bola sakit sikit.
Defend, keeper dah ada. Tapi striker..memang takde calon yang bagus.
Semua kaki memang jenis tak leh sumbat gol sangat.
45 orang satu kelas tu memang ramai. Harap ada posting baru.
Byk sekolah yang tak cukup cikgu. Kecian cikgu yg ada kena cover byk benda. Fuhh…
Ya.
Harap ada posting baru secepat mungkin.
Sekolah anak aku pula macam dah terlebih anak murid hehehe
haa..
kasi pindah kat sini sikit.
Nama sahaja hari cuti, cikgu tidak pernah cuti sebenarnya…
Cuti tetap cuti.
kerja tetap kena kerja.
haha.
Huhu.. Tak sabar rasanya nak tunggu V2 keluar.. Tak sabarnya…
tu lah.
aku pun tak sabar nak tunggu siap nih.
jangan terbnag jauh sangat bro..tak sempat gua nak kejar
itu hakikat kije gomen, membakar diri untuk menerangi hidup orang lain, pasti pengorbanan mu akan dibalas walau apa jua pandangan public terhadap gomen