Ya.
Aku tengah tidur tadi.
Lebih tepat, aku tertidur.
Tapi aku terbangun selepas terdengar suara anak aku menangis.
Ya.
Anak aku demam.
Mungkin terjangkit dari bini aku yang baru sahaja demam.
Lebih tepat, sakit kepala.
Bahasa mudah, pening kepala.
Bini aku sibuk mententeramkan anak aku.
..
…
Agar tidak terus menangis.
Bagi susu, dia tak nak.
Dipujuk-pujuk, tetap tak nak berhenti menangis.
Aku ambil anak aku, aku pegang dia, aku usap kepala dia.
Dia tak berhenti juga menangis.
Mungkin pelik tengok ada orang lelaki yang rambut cacak-cacak akibat baru lepas tidur cuba dan berusaha untuk menarik perhatian dia.
..
…
Tup, tup.
“Uweekkkk..uweeeekkkk!!”
Segala susu yang dia minum tadi agaknya, semua keluar.
Nah kau, susu panas.
Habis baju dan seluar aku.
Bau dia harum semacam.
Sebijik bau aku muntah. Cuma takdelah warna putih macam susu yang anak aku minum tadi. Mungkin cuma warna dan “ingredient” sahaja yang berbeza.
Tapi, bau muntah manusia.
Sama sahaja.
Cuma aku tak kesah kena muntah anak aku.
..
…
Sebab dia anak aku.
Sebab dia pewaris kebijaksanaan aku, sifat aku, nilai kemanusiaan aku, nilai kebaikan aku, DNA liar aku, kebolehan berfikir secara lebih sistematik dan lebih pintar berbanding manusia yang lain.
So, apa aku buat?
Aku angkat dia, bawa berjalan satu rumah.
Pusing keliling rumah.
Bawa pergi petik semua suis rumah yang dia suka main.
Lantas, aku ambil satu “extention” yang ada banyak plug boleh dicucuk.
Aku on semua suis.
..
…
Anak aku terus diam.
Otaknya ligat berfikir, bagaimana nak tutup semua suis guna sepuluh jari.
Sampai satu tahap, dia marah sebab aku asyik “ON”kan semula semua suis-suis merah yang dia cuba tutup.
Dia pandang aku.
Dia buat muka marah, muka murah dan muka marah.
Aku sengih, sebab berjaya mengakalnya dengan lebih bijak sana.
Alhamdulillah, lepas aku tepek “kool fever” yang baru sahaja aku beli dengan harga RM4.00 itu, anak aku dah boleh menyusu kembali dan boleh tidur.
Anak aku dah tak menangis.
Mission accomplish.
..
…
Son, you need to work fast and think harder.
You need to become better than me.
Because i’m a SMARTEST person and better human than others.
Sometimes, we seen ourselves, in our sons.
Its not about biology or DNA or relationships between father and son,
but its about our hope, our feelings and our expectation.
Hope to become better mankind and better person in future.
..
…
Once you’ve seen what’s possible, how can you do otherwise? – Deep web 2014.
Ps: Okeh, i need EIGHT shots of coffee now.
4,089 total views, 30 views today
Betul lah kata orang, orang lelaki ni bila dah bergelar bapak.. Kasih sayang nya lain macam pada anak….
Bahaya boss main suis letrik nih
Aah la.
bahaya.
Kena lebih berhati-hati lepas ni.
Bayi kalau demam panas memang akan meragam. Kurang panas badan dengan selalu basahkan rambut dan lap badan dengan kain basah. Kalau boleh tidak berbaju biar berangin.
Yap.
Itu la yang aku biasa buat.
Memang lap badan selalu.
Alhamdulillah. Kebah dah sikit.
mungkin bakal jadi org TNB anak ko ni..ehehee
kalau jadi bos TNB pun ok jugak tu.
haha
Adeh..xckup tido kalau anak dman..
Biasalah tu.
dah nama pun ada anak kecik kan.
Pergghhh.. 8 cawan kopi mnum terus.. gilerrrr
8 shots tu maknanya, kepekatan dia 8 kali ganda banding kopi biasa dalam satu cawan.
bukan lapan cawan kopi.
Time anak keck kecik dulu dah rasa semua tu. Permainan pelik pelik yang boleh buat dia diam.
Ya.
kalau bagi bola pun, dia siap baling balik dah sekarang.
dah malas kekadang kejar bola. haha..
kalau anak demam memang bersedialah tak cukup tidur.
Dah biasa dah tak cukup tidur.
Layankan aje.
Orang tua-tua kata, kalau demam ni biasanya sebab nak belajar skil baru 😀
Ya.
Tak tahu lagi skill apa yang baru tu.
macam macam ragam budak kecik ni. semua lain2 perangai
Ya.
nama pun budak-budak kecik kann
ragam asam garam anak bila dah berumahtangga boh
Yah..
kena la rasa garam sekarang lebih sikit kann..
tahniah dah boleh buat anak berhenti menangis,selalunya ayah yang paling pening kalau anak menangis…
Memang pening jugaklah memula.
tapi dah terer dah sikit-sikit. hehe
Dah makin pandai jaga anak. Ada harapan boleh tambah adik.
Ya.
Ada harapan besar.
biasalah tu..
anak aku pun kuat merengek..
biasa dia mimpi kalau tetiba melalak tu
Pehh..
dia mimpi apakah tu?
Ada bakat nak jadi engineer ni..
Haa..
kenapa engineer?
Pandai bro pujuk anak. Semoga anak bro cepat baik demamnya.
Hentam aje.
Takde banyak pengalaman sangat. Haha
teringat filem Ahmad Albab..
jaga anak mmg kena sabar..
pelaburan masa depan..
Ya.
Pelaburan masa depan yang cemerlang.
semoga anak bro cepat sembuh….
Dah ok dah.
Syukur.
Biasalah budak-bduak.
Banyak ragamnya.
heheh..aku minggu lepas kena sembur ngn muntah anak bongsu aku tuh kat rumah makcik aku. Tapi takde rasa nak marah pun kan. Aku rasa, kita ni memang ada sifat seorang bapa yang penyayang
aku memang penuh dengan kasih sayang.
hang aku tak tahu.
haha
anak yang demam mesti dibuat monitor sekerap yang mungkin..beware of temperature…pesan ayah kepada 3 orang anak
Ya.
Bab temperature tu..ngeri gak kekadang.
Kekadang panas gak badan budak tu.
Tapi galak main sampai tengah malam.
aku x kawin lagi, tp macam ada rasa takut dengar bunyi budak nangis, rasa bingit, hehehe
takpe.
nanti dah kahwin, tu la bunyi yang ko cukup suka dengar.
tak kiralah ko rasa menyampah atau tidak, tapi itulah lagu penyejuk hati ko sampai ko nak mati nanti.
nasib baik isi dlm bm…tgk tajuk org putih takut lak nak baca…semoga anak bro cpt sihat
dah sembuh dah.
haha..baca aje.
bahasa inggeris mudah-mudah aje.
jangan hang minum kopi time puasa pulak hehe
Takpe.
Dah boleh minum dah sekarang.
anak aku juga selalu demam.. tak tahu nak buat apa kalau dah malam2 tuh… susu pun tak nak..
Ada benda yang dia tak dapat la tuh.
Tu la dia.. anak saya baru je kena demam.. mujur lah x meragam sgt.. hari ni cuti jaga dia.. huhhhh kadang2 rasa macam saya ni ayah yg baik… hahahahaha
Ko memang ayah yang baik.
hahaha..kelakar..nnti da besar like father like son nih..