Okeh.
Dah sampai kat sekolah.
Parking kereta, pegi masuk bilik stor sukan.
Ambil kon, skital, tilam gimnastik, peti lombol dan hape-hape yang patut.
Untuk persediaan kelas PJ waktu kedua nanti.
Then, gi ke pejabat.
Tapi macam jauh. Kena naik tangga lagi, kena jalan kaki lagi.
Jadi, aku gunakan hikmat pergerakan sejenak yang aku belajar dari Son Goku pada tahun lepas.
..
…
Shuushhh..
Dah sampai kat depan pintu pejabat.
Terus lompat masuk dan ambil kad dan punch.
7.13 pagi.
Kalau lewat 3 minit lagi, kad aku akan dapat warna merah.
Benda ngeri bagi penjawat awam seluruh Malaysia.
Dah punch, terus keluar pejabat.
Kena pergi perhimpunan pagi. Dok cari budak yang bakal wakil ping pong.
Pegi koridor depan pejabat.
Lompat terus ke bawah. Tak larat nak guna tangga. Ini cara lebih efisien dan cepat.
“Waktu rehat nanti, jumpa cikgu.”
“Okeh, cikgu!”
Jawab Danish dan Habib.
Dua orang budak tahun 5 harapan sekolah yang pandai main ping pong. Dan diorang juga budak olahraga dan beberapa sukan yang lain. Orang yang sama. Nasib jenis all-rounder. Budak tahun 6, hampir semua kaki bangku bab main ping pong. Yang diorang tahu, main bola sepak aje. Tapi bila suruh main bola, pass bola kat kawan pun masih fail. Macam mana la korang nak wakil sekolah macam ni haa?
Ok.
Semua budak masuk dewan.
Ada bacaan yasin. Setiap Khamis, sekolah aku akan baca Surah Yasin ramai-ramai. Kiranya macam tahlil jugaklah.
Dalam setengah jam, majlis selesai.
Terus pegi padang.
Tunggu budak tahun 5 Jupiter sampai.
Hmm..
10 minit depa lewat.
Aku dah tercongok macam orang perempuan hilang tayar.
Marah.
Tapi, kena senyum. Taku nanti kena saman kalau ada budak report kat media.
Habis kelas PJ.
Kemas kejap bilik PJ, sapu sampah sikit, buang segala rumput yang masuk tanpa izin kat bilik guru. Angkat tilam gimnastik masuk dalam stor sukan.
Oh ya.
Stor sukan adalah untuk simpan barang sukan.
Bilk PJ adalah untuk simpan barang PJ dan PK.
Dua bilik khas yang berbeza. Stor sukan, semua barang yang dibeli guna duit koko dan sukan. Tapi semua barang kat bilik PJ, khas untuk mata pelajaran PJ dan PK dan ada peruntukan khas dapat setiap tahun. Tapi kekadang ada gak barang terpaksa campur aduk. Sebab ada benda yang boleh digunakan untuk program sukan, program KOKO dan program PJ dan PK.
Tapi, tak semua orang faham.
Dah 8 buah sekolah aku pegi, majoriti GPK dan Guru Besar tak tahu tentang benda ni.
Jenuh aku kekadang bila nak explain perbezaan nih. Yang depa tahu, pastikan barang ada, keselamatan murid terjaga. Padang tak boleh ada paku, tak boleh ada gajah, tak boleh ada gergaji, tak boleh ada cangkul, tak boleh ada teh lipton.
Tapi, itulah itu. Kalau hati tak sekuat Fullmetal, memang dah lama aku hilang sabaq.
Habis kelas PJ.
Masuk kelah muzik tahun 5 Pluto.
Tekan piano. Suruh budak nyanyi sikit ikut not. Salin not muzik sikit. Ulang semula nyanyi sampai sedap telinga aku dengar. Tak sedap, ulang semula sampai sedap.
Ya.
Aku boleh main piano.
Sila percaya.
Okeh. Masa dah habis.
Kemudian, pegi kelas BM tahun 4 Pluto.
Ajar pasal kata nama khas. Yang bagus budak tahun sekolah ni, beza kelas diorang dengan kelas Jupiter dengan kelas Pluto ni, tak jauh sangat. Budak Jupiter ni, regular dapat 80 markah ke atas. Budak Pluto ni, regular dapat 70 markah ke atas. Tapi beza dengan budak tahun 2, tahun 3 dan tahun 5. Level diorang langit dengan bumi. Kalau faham tu, maknanya diorang faham. Kalau yang tak faham tu, memang sampai ke sudah tak faham.
So, sebagai guru yang hensem. Kita kena bijak ajar diorang ikut level. Dah boleh naik level seterusnya, baru kita naik level. Tak boleh henjut dengan soalan aras tinggi yang setinggi langit ke tujuh.
Tapi itulah, kekadang tak semua orang hendak nak faham.
Hape yang depa tahu, anak diorang lulus, satu sekolah dapat lulus 100%, gred purata rendah, ramai dapat A dan sebagainya. Sampai satu tahap, biar takde kelas PJ pun tak apa.
Huh..banyak la cantek sangat.
Habis kelas dengan diorang.
Dapat whassap dengan GPK.
Suruh pegi meeting untuk ragbi, rentas desa dan takraw untuk peringkat MSSD. Maksudnya, ragbi hari Isnin, rentas desa hari isnin dan takraw hari Selasa. Kena pegi meeting lepas habis sekolah. Tapi, hari Selasa tu, aku ada meeting rentas desa peringkat sekolah.
Dah jadi haru biru dibuatnya jadual aku minggu depan.
Habis dah kelas semua.
Pegi panggil budak-budak yang beli baju sukan. Panggil sorang-sorang untuk test baju dan juga seluar.
Dari satu kelas ke satu kelas.
Dekat setengah jam dok sibuk layan perangai budak-budak tak cukup susu nih, dapat mesej dari ketua Panitia BM. Suruh buat laporan yang PPD nak. Kena hantar hari ini jugak.
Terus ambil laptop.
Taip apa yang patut, cari gambar, siap dalam setengah jam. Hantar kat Poji, kerani sekolah aku. Suruh buat dua copy. Satu letak dalam fail induk, satu fail panitia. Yang original, hantar ke PPD.
Pastu..
Patah balik semula ke dewan. Kemas baju-baju yang dok bersepah tu. Ikat guni baju-baju tu. SImpan molek-molek kat tepi dewan. Sebab minggu depan nak panggil budak lagi.
Dah siap.
Kemas beg nak balik rumah.
Waktu untuk punch kad semula.
Sekali dapat mesej dari GPK KOKO..
Ada mesyuarat sukan pukul 2 petang.
Aku tengok jam.
Pukul 1.55 petang.
“Sabar la wahai hati, lu kena kuat.”
..
…
Okeh.
Pegi meeting dengan hati yang berbelah darab dan bahagi.
Lepas sejam berlalu, meeting habis dengan cemerlang.
Terus guna hikmat sejenak Son Goku.
Terus duduk dalam kereta. Start enjin kereta. Masuk gear, tekan minyak. Terus gerak nak balik rumah.
Sampai depan pintu pagar.
Tunggu pulak pakcik guard bukak pintu sekolah pulak sambil dok tengok apa pasal whassap ni galak masuk mesej berela-ela tanpa henti.
Terperasan ada mesej dari Setiausaha KOKO.
“Bro, tolong aku alih baju sukan ko nih sekarang. Ahad ni nak guna dewan..”
..
…
Aku terdiam.
Aku pandang pakcik guard.
Suruh dia tutup balik pagar.
Tutup handset.
Aku guna semula hikmat sejenak Son Goku kali terakhir untuk hari ini. Maksimum, tiga kali aje boleh pakai sehari. Kalau tak, malam nanti takde tenaga nak main dengan anak.
Dengan kereta aku terus muncul depan dewan.
Keluar dari kereta, campak semua guni baju dalam kereta.
Terus pecut balik rumah.
..
…
Sampai rumah.
Solat kejap.
Terus ambil bantal.
Bukak kipas, bukak tv channel 707. Layan baca email, tengok komisen, baca PM kat facebook.
Persediaan untuk tidur.
Tiba-tiba..
Dapat mesej dari kawan, ajak main badminton malam ni.
Terus menaip.
“Sori bro, malam ni tak dapat. Gua nak tdo.”
..
…
Kesimpulan.
- Arahan orang atas, kena ikut. Jangan ingkar.
- Sebagai manusia, kita wajib ada hati sekeras batu, besi dan titanium.
- Tapi, kadang-kala batu juga boleh cair.
- Oleh itu, buat kerja dan tolong orang, biar berpada-pada.
- Aku kena tido.
- Tolong orang, jangan mintak balasan dan harapkan sesuatu.
- Cuba untuk ikhlas.
- Jika tak boleh ikhlas, pura-puralah untuk ikhlas.
Ps: Mentega Tangan – Mati Hidup Kembali.
13,489 total views, 35 views today
jika semuanya dibuat dengan ikhlas, insha allah Allah permudahkan dan rezeki pun berkat, penat baca entri ni, terkejar2 sana sini 😉
Kesian awak.
PEnat ye main kejar-kejar.
Perhh. Sibuk sungguh cikgu titan ni ye. Kesimpulan tu mmg sokong 100%. Tambah satu lagi, kawan yg ajak main badminton tu harap faham yg ko penat nk tidur, takut nanti merajuk kikiki
Biar dia merajuk.
baru padan muka dia.
Inilah realiti kehidupan sebenar seorang guru….syabas bro kerana dapat manage dengan hati yang penuh ikhlas. InshaALLAH segala pengorbanan ini terbalas bukan hanya di dunia tapi di akhirat…ameen
p/s: Kuasa kena bukak 3 kali jek heh..son goten boleh faham ayah punya sibuk…sambil2 tggu dpn grill pintu rumah bleh naik keter tolak kaki warna kuning tue..cuma org rumah jek aa kesian sket…kalo en goku dah penat takut2 kurang rancak senaman malam nanti.. 😛
ya.
realiti yang ramai dipandang sebelah mata.
cikgu nngajar subjek apa ek? mmg jadi cikgu hati kena kental
BM, Muzik, RBT, Pendidikan Khas, Pendidikan Jasmani.
Tu yang biasa dapat.
tu dia, ni mesti dah tersasar jauh dari subjek asal dulu kan
Tak la.
Tu memang subjek core.
Yang lain tu, kira minor.
Memang belajar muzik masa kat maktab dulu.
owh cikgu rupanya… pandai cikgu main piano. ada buat kelas?
buat kelas kat sekolah aje.
kat rumah takde piano.
faham faham saye pun cekgu
Ada juga rupanya cikgu.
TErima kasih kerana faham.
MMG KENA FULLMETAL LA GINI..
BALIK RUMAH PUN KENA G BALIK..
Ya.
Dah selalu sangat kena macam tuh.
Aku tak perasan… Edward Elric ni hati dia pun metal jugak ke? Aku ingatkan bahagian limb je
Metafora je tajuk weh.
Bukan hati dia metal.
Tangan kanan dengan kaki kiri aje.
Last episode, dia dapat tangan kanan dia balik. Tinggal kaki je masih metal.
Aku follow jugak anime ni. And ada jugak follow yang versi movie pulak. Pening sikit, tapi best citer ni. Pandai orang jepun buat citer kartun.
Diorang pun pandai.
Kita pun tak kurang jugak.
Beza kita, kita lebih malas aje.
Fuhh banyak sabar cikgu kita ni 🙂 Terbaik cikgu . . Respect cikgu Titan..
Jadi cikgu, kena sabar.
Tak sabar, jadi netizen.
Ya terbaik cikgu titan.
Seperti mati hidup kembaliiii… macam best jer lagu tu huhu…
Yap.
Lagu diorang memang best.
Bertahun aku layan lagu ni.
Pergh…sibuknya..tapi produktif cikgu ni… 🙂
Ya, sibuk.
Bab produktif, tengok pada niat dia.
In-shaa Allah, jika baik, baiklah hasilnya.
bro titan…kisah kau ni aku rasa boleh jadi pedoman kat aku gak lah..sabar dengan karenah dan kehendak ‘mereka-mereka itu’..aku ni kengkadang panas hati pandai melawan juga..ikut selagi mampu dan berada dalam cabang tugas kita..teruskan bro cerita kau, aku minta membaca kisah-kisah begini
Biasalah tu kalau melawan.
baru namanya manusia.
Memang kental melaksanakan tugasan.
Biasa-biasa aje.
Arahan mesti dipatuhi.
panjang jugak cerpen cikgu sukan ni
Ya.
Bukan selalu menulih cerpen nih.
dulu rasa kerja cikgu macam senang je, sebab nampak macam senang, tapi bila dah besar ni dan ada ramai kawan cekgu, baru tau pahit maung nya huhu
Ya.
Ramai orang tak suka rasa pahit ni.
Diorang suka yang manis-manis aje.
Power lah cikgu! Maintain senyum tu yang respek! Tugasan guru-guru mak bapak budak takkan faham. Hati harus kental…
Ya.
Semoga mereka akan faham selepas ini.
aku rasa ko kena buat novel la..kompem laris beb…hahaha
Dah pernah tulis.
Tapi tak pernahnya siap.
Semuanya siap separuh-separuh.
Mengah jugak nak habiskan cerita ini. Tapi saya respect kat semua insan yang bergelar cikgu. Sebab mereka yang memberi cahaya kepada anak2. Cuma ada segelintir cikgu yang bermasalah itu tidak sepatutnya di jadikan sandaran kepada ibu bapa untuk mengutuk semua cikgu di dunia. Dulu masa sekolah rendah, guru sukan saya hensem. En Titan bagaimana? Haha
Ya.
Saya memang hensem.
Ada sambungan ke cerita ni
Takde.
Ni kira penamat dah untuk siri brainwash.
bertabahlah wahai cikgu PJ..kena banyak bersabar tu..
banyak mencabar minda kan..
Ya.
Sedang tabah.
Dan terus mencabar dunia netizen yang tak nak kalah.
apa yang dia suruh kita buat jer.. jangan merungut..
Ya.
Jangan merungut.
Buat kerja selagi dalam ruang kerja kita.
Memang patut tido awal pun malam. Siang berjujuran peluh membanting tulang
Ya.
Tapi kekadang, terpaksa gak tido lewat.
saya sangat setujuu
kesiannnnya awakkk kena bertabahlahhh mesti ada hikmahnyaa
Ya.
Kesian kat saya.
susah juga ye..jadi cikgu
banyak kerja dan tanggugjawab yang perlu dilaksanakan
Ya.
Banyak.
Itu benda biasa.
wahh banyak jugak tanggungjawabnya, moga terus tabah ye
Ya.
Memang banyak juga sebenarnya.
…Mr. Titan,now i know a blogger-teacher you are. What a routine as a teacher nowadays come together with responsibilities on shoulders.
anyway…all i can say
“To the world you may be just a teacher! But for your students you are like a HERO!
Yah.
I’m just Cikgu PJ aje.
Diari sehari ni..dari pagi sampai ke waktu tidur. Sian anak tak sempat nak main kejar kejar ngan ayah
Ya.
Kesian kat anak dua tiga menjak ni.
Cuti sekolah boleh lah qada main dengan anak kan cikgu?
Baca pun terasa penatnya. Adoyai
Maaf sebab ko penat.
Aku tak sengaja.
banyak gak hikmat son goku yg cikgu ada..hehe janji boleh kurangkan penat kan
Ya.
Cerita sikit je.
Cerita lebih, nanti kata aku riak dan takabur pulak.
Sekarang pun memang musim sukan kan
Ya.
Musim sukan.
Bukan musim salji.
Assalamualaikum cikgu, sabar banyak2 ye…
in sha Allah berkat rezeki dan pekerjaan tu..amin:)
Ya.
Sentiasa besar setiap hari.
Patutlah dah jarang update blog.. rupanya tengah sibuk sgt sekarang ni..
Ya.
Memang sangat sibuk.
Dapat yang I dpt belajar dengan En. Ahmad Faizal. Walaupun kehidupan sibuk, tetapi masih meruangkan masa utk tulis blog, ini bukan sesuatu yang senang utk dicapai. Semangat ini amat dihargai.
Ya.
Semangat itu penting.
Ohhh patutlah awak dah lama x singgah blog Kita.. sibuk rupanya…
Ya.
Saya sibuk orangnya.
Penat jugak baca sampai habis.
Ingatkan ada cerita pasal Fullmetal Heart
Tajuk je.
Saje bagi gempak sikit.
Satu lagi , yang lagu tu , macam lagi best kalo letak dekat bahagian atas post.
So , tekan play dulu , pastu , boleh layan lagu sambil membaca 🙂
Aku memang suka letak last-last.
Malas letak awal-awal.
part tengok komisyen tu..bestnya kalau dapat jadi macam titan.hehe
Jangan jadi macam aku.
Jadilah diri sendiri.
wah! terer main piano ek> ok aku percaya hahaha
Terima kasih kerana mempercayai saya.
Sebabkan post ni, baru-baru ni terlayan anime fullmetal ni juga. Patut ramai puji best rupanya! Okay nak puji bro titan juga sebab tahan lasak dan gigih jadi cikgu.
Terima kasih.
Aku memang hensem.
Gigih nya tugasan seorang Cikgu
Memang kental … fullmetal heart best!
Jadi cikgu, macam ni la.
Kena kental dan hensem selalu.
agak-agaklah jika tak ada whatsapp.. tak adalah sibuk camni sekali kan.. cekal sunggu cikgu titan sorang ni..
Sama je.
Dulu, kena call selalu.
La ni, wassap selalu la.
Haha bab gajah dekat padang tu nak tersembur kopi gelak.
Eh saya dulu stress kenapa waktu pj anak masa 2 minggu pertama sekolah tu seminggu sekali je. Apakah kerajaan nak hasilkan robot ke apa ni?
Minggu ke 3 dah 2x seminggu so ok.
Buat baik berpada-pada tu betul. Tapi tulah hati tak sampai kan.
Paham.
Biasalah tu.
Minggu pertama kekadang jadual kelas masih tengah ubahsuai.
Kalau cikgu tak cukup ke, atau cikgu baru masuk ke, jadual akan berubah.
Jadual ni..dalam 3-5 kali akan bertukar setiap tahun.
So, itu normal.
Aku baca sambil membuat hikmat bayangan gerakan pantazzz son goku…. Hahahaaaa…
Ohh..
belajaq juga dengan Son Goku eh?
Susah kan?
ni cikgu tengah bizi ni, lamanya tak update
Dah hupdate dah.
Silalah baca dengan popkon yek.
Kalau cikgu perempuan alamat melepek teruslah. Itu kalau sayalah. huhu.
Biasalah tu kalau cikgu perempuan.
Cikgu laki depa kuat sikit.
Sila mainkan saya muzik mendayu-dayu untuk ulik tidor.. haha.. mujurlah encik titan lelaki.. ada ilmu lompat koridor pulak tu.. tak penat sangat hari-hari hadap tugas di sekolah…haha
Biasa aje bab lompat koridor.
Bukan susah pun. Ko pun leh buat.
Tekun je membaca blog ni.. Apa pun semoga bertahan je yee..
macam nak belajar ilmu sejenak tuu.. ahahhaa