Evolusi SBB 2017.

Haha.

Tajuk macam menarik.

Aku yakin ramai yang akan datang dan baca coretan aku kali ni.

Okeh.

Benda mudah aje.

Walaupun aku tak pergi semua siri-siriΒ Sepetang Bersama Blogger (SBB) anjuran Denaihati Network ni, tapi aku ada datang TIGA kali.

Itu kalau aku tak silap.

Kalau aku silap, mungkin aku kena belajar semula matematik tambahan.

SBB 2013

Aku datang dengan jersi selangor dan seluar trek.

Ramai yang “tangkap” aku. Sebab susah benar nak jumpa aku. Yelah, dah bertahun online, masa itulah baru dapat berpeluk jumpa, bertegur sapa, bersua muka dan mengutuk beramai-ramai. Kalau tak, dok kutuk kat blog atau status facebook memasing sahaja.

Waktu itu, SBB masih muda. Tak banyak penganjur sangat. Tapi, still happening bagi aku sebab bukan mudah nak kumpul ramai blogger kat satu tempat tanpa dibayar. Kita yang datang ni kena bayar. Dan bayarannya sangat murah. Setakat SBB tak pernah lagi caj event diorang lebih dari RM50 melainkan SBB yang aku tak pergi.

Simple aje kesudahannya.

Event cantek. Susunan acara ok. Hadiah cabutan bertuah aje aku tak bertuah.

Sesi ngeteh, terpaksa tolak.

Sebab esoknya kena pegi sekolah awal pagi.

SBB 2015

Event SBB untuk tahun ini agak berbeza.

Depa buat “outdoor”.

Memandangkan aku tak ada masalah dari segi stamina dan sentiasa fit, aktiviti ni dah jadi macam makanan ruji aku. Tak penat langsung. Tapi biasalah kalau mengeluh dalam hati. Haha..

Hapepun, still ok dan happy sebab dapat jumpa budak-budak baru. Dapat kenal beberapa blogger yang tak pernah jumpa masa kat online tetapi selalu dok chatting kat facebook memalam sampai ke pagi buta.

So far, antara aktiviti yang happening walaupun cuaca agak panas.

Dan lebih ngeri, dalam sesi grouping kena buat artikel on de dot. Suruh main “SEO” lagi masa tu. Susah weh nak “apply” SEO dan nak pastikan artikel group kiteorang masuk 1st search engine. Bukan mustahil, cuma strategi tak cukup ampuh.

Seperti yang aku duga, bahagian SEO tu kami kalah dengan cemerlang.

Dan aku terpaksa tolak ajakan untuk mengeteh sebab bini aku baru lepas bersalin. Tak b0leh aku tinggal anak lelama macam tu. Nak juga bau badan bayi yang baru sebulan dua hari-hari. Sebab dah naik setahun, bau bayi tu takde dah. Sebab lepas setahun, kita tak panggil bayi atau baby dah.

Kita panggil budak kecik.

Overall, semua cantek, pengurusan ok, jalan cerita pun not bad, makan sedap, air sampai kembung nak minum dan ending pun menghiburkan.

SBB 2015

Penaja rasmi SBB 2015

Sepetang Bersama Blogger 2015

Sepetang Bersama Blogger 2015

SBB 2016

Okeh.

Yang ni pun okeh.

Tapi sebab meja aku letak betul-betul kat depan. Buat aku rasa tak best. Sebab banyak betul orang datang ambil gambar. Kejap ambil gambar panel, kejap swafoto tak bertempat, kejap kameraman adjust bontot nak ambil gambar. Aku yang kat belakang diorang ni, dok menghadap bontot orang aje.

Terus hilang selera aku.

Haha..

Tapi part panel aje menyelamatkan keadaan ketika itu. Ada Aqif, ada abam Hasrul Hassan dan lelain. Diorang ni la superman masa itu walaupun suara diorang kekadang kuat, kekadang tenggelam. Aku tak tahu kalau orang kat belakang aku dengaq ke tidak apa yang diorang cakapkan sebab bagi aku yang selalu pasang radio kuat-kuat dalam kereta, bagi aku suara yang keluar dari “mikropon” diorang tak berapa kuat. Aku yang kat depan sekali ni pun kena fokus betul-betul gegendang telinga aku untuk dengar apa yang diorang cakap.

Kalau tidak, aku akan kata ini SBB paling worst.

But, secara relatifnya tetap satu event yang ok.

Sebab aku tahu, bukan senang nak urus event yang menguruskan manusia yang punya kehendak dan keperluan yang berbeza.

SBB 2017

Okeh.

Sebab benda belum jadi, takleh komplen apa-apa lagi.

Aku selalu ikut dan pergi program Sepetang Bersama Blogger sebab ini program untuk blogger. Khas untuk diorang bukan geng IM dan juga bukan geng Instagram, geng Twitter atau ke hape yang lain.

Khas untuk blogger.

Untuk meraikan blogger dan usaha blogger yang lain.

Dengaqnya ada “award” untuk blogger lagi. Satu lagi usaha untuk menarik lebih ramai blogger untuk hadir ke event ini dan juga memeriahkan lagi buku program diorang ke satu tahap yang lebih cemerlang.

Tapi, ada satu masalah.

Aku dah daftar untuk hadir.

Siap daftar untuk bini sekali.

Siapa belum daftar, leh daftar kat sini –> Daftar SBB 2017

Masalahnya, pada tarikh yang sama, ada pertandingan badminton antara guru sempena Hari Guru peringkat daerah. Kat sekolah aku, cuma ada DUA orang aje yang betul-betul perform dan pandai main badminton. Maksudnya, amatur yang dekat dengan profesional. Dan salah seorang daripadanya adalah aku.

Ikut hati pihak sekolah, nak hantaq kami berdua untuk wakil sekolah.

Dan aku tak bagi lagi kata dua.

Kawan aku pun juga tak bagi kata tiga.

So, belum tentu lagi aku tentukan dapat pegi atau tidak ke SBB 2017 walaupun memang aku nak pergi sebab tahun 2017 adalah tahun yang paling aku suka. Jangan tanya kenapa kerana sebab-sebabnya adalah terlalu sentimental dan penuh dengan ciri-ciri hipster.

So, kalau ada yang nak jumpa aku, berdoalah aku tak pergi main badminton hari itu.

Dan kalau aku pergi nanti, rajin-rajinlah tegur aku sebab aku ni seorang yang sangat pemalu.

Hoho..

Okehlah.

Aku nak pi jenjalan dengan anak aku naik moto.

Dia dah dok tarik kain pelekat aku dari tadi.

Nasib tak tanggal.

2,253 total views, 20 views today

60 Responses

  1. Pendekar
    Pendekar April 22, 2017 at 11:06 am | | Reply

    hang tak datang aku majuk oi!
    .
    serius!
    .
    Rindu kat hang beb! Bawak baby sekali!

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 12:43 pm | | Reply

      Depa bagi ke bawa baby?

  2. zool
    zool April 22, 2017 at 3:35 pm | | Reply

    Aku tak penah lagi gi SBB ..
    belum lagi nak menjelmakan diri kot

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 12:50 pm | | Reply

      Pegi la kalau ada masa.

      Bukan selalu pun.

  3. Safiudin Nordin
    Safiudin Nordin April 22, 2017 at 5:03 pm | | Reply

    macam menarik program dan aktiviti2 nie

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 12:52 pm | | Reply

      Program memang menarik.

      Cuma tinggal nak pergi atau tidak aje.

  4. olaoli
    olaoli April 23, 2017 at 2:53 am | | Reply

    takpe cikgu mintak le tournament badminton tu ditangguhkan sebab cikgu nak kena pegi SBB…aku rase mesti penganjur tu tangguhkan sampai cikgu ada hehehe…

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:07 pm | | Reply

      Ingat leh mintak tangguh suka hati ke?

      Haha..

  5. wan syahida
    wan syahida April 23, 2017 at 5:18 am | | Reply

    wow menarik tq for sharing

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:08 pm | | Reply

      Ya.

      Memang menarik.

  6. reezluv
    reezluv April 23, 2017 at 6:57 am | | Reply

    aku datang kejap je kot..itupun tengok le kalau ada seat kosong lagi..ahaha..

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:09 pm | | Reply

      Boleh plak datang terus.

      Ikut suka ko aje kan.

  7. anuar
    anuar April 23, 2017 at 8:17 am | | Reply

    Cikgu Titan kena datang.. wajib..
    Sebab ramai nak jumpa cikgu Titan..
    Saya tak dtg takper.. sebab tak ada pun nak cari saya..

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:12 pm | | Reply

      Macam tu plak.

      Tak aci betul alasan tu.

  8. Hero Borneo
    Hero Borneo April 23, 2017 at 10:27 am | | Reply

    hahaha..cukup menarik

    kalau dapat pergi setiap tahun tersangat la best

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:15 pm | | Reply

      Ya.

      Tapi tak semua tahun aku pegi.

      Tengok panel jugak.

  9. nikkhazami
    nikkhazami April 23, 2017 at 1:27 pm | | Reply

    kalau dpt pegi dari tahun pertama mesti seronok

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:16 pm | | Reply

      Tahun pertama pun aku tak pergi.

  10. Amran
    Amran April 23, 2017 at 1:51 pm | | Reply

    Wow.. Ko memang blogger tegar. Aku tak dapat pegi tahun ni..

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:18 pm | | Reply

      Tak tegar.

      Sebab bukan setiap tahun aku pegi.

  11. sabree hussin
    sabree hussin April 23, 2017 at 3:28 pm | | Reply

    Terbaik r… dapat la berkumpul sama-sama bernetworking sesama blogger

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:22 pm | | Reply

      Ya.

      Itu semestinya.

      Jika aku datang.

  12. adinsa
    adinsa April 23, 2017 at 11:02 pm | | Reply

    pergi…tak pergi…pergi…tak pergi….mmmhhhh

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:25 pm | | Reply

      Pergi je kalau ada masa.

      Tak pegi.

      Tak rugi dan tak untung.

      Itu je.

  13. eCommerce Malaysia
    eCommerce Malaysia April 24, 2017 at 12:36 am | | Reply

    aku ada cakap kat bini yg aku teringin nak pi, tp di sebabkan jarak tu yg jadi masalah, malas la aku nak pi pastu selesai jer terus ke pi pandu balik jauh jauh, hehe

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:26 pm | | Reply

      Pegi sesi petang aje.

      Kalau sampai malam, memang sakit nak drive memalam tu.

  14. raihanah
    raihanah April 24, 2017 at 2:19 am | | Reply

    saya masih pk2 lagi nak pegi ke dop

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:27 pm | | Reply

      Pegi je.

      Leh promote barang shaklee tu.

      1. raihanah
        raihanah April 25, 2017 at 12:59 am | | Reply

        ye ke.. hmm kena pegi la camni.

  15. Dedaun Comel
    Dedaun Comel April 24, 2017 at 4:00 am | | Reply

    Tak pernah pergi lagi.. tapi mungkin kali ni saya akan pergi..

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:28 pm | | Reply

      Ya.

      Sila pergi dengan penuh semangat.

  16. riangria
    riangria April 24, 2017 at 10:19 am | | Reply

    kena daftar juga sbb 2017 ni..

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:29 pm | | Reply

      Sila daftar dengan segera.

  17. Jie Susanos
    Jie Susanos April 24, 2017 at 1:01 pm | | Reply

    mnarik dpt jmpa blogger2 dlm sbb ni.. tapi aku jer xmnarik sbb xpergi..huhu

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:31 pm | | Reply

      Hang pi la kali ni.

  18. akubiomed
    akubiomed April 24, 2017 at 1:27 pm | | Reply

    Nak pujuk Cendol banting lagi kali ini? πŸ™‚

    1. titan
      titan April 24, 2017 at 1:32 pm | | Reply

      Pujuk cendol banting?

      Tak faham beb. Cite panjang sket.

  19. siti hazreen
    siti hazreen April 25, 2017 at 4:07 am | | Reply

    wah, ni mesti orang harapan menang badminton nih, all the best mr. titan πŸ˜‰

    1. titan
      titan April 26, 2017 at 8:22 am | | Reply

      Ya.

      Tak tahu lagi pergi mana satu kali ni.

  20. onlajer
    onlajer April 25, 2017 at 4:12 am | | Reply

    Memang serius macam nak pergi , tapi tahun ini dah ada program yang telah lama dirancang

    1. titan
      titan April 26, 2017 at 8:23 am | | Reply

      Aiseh..

      Sila cancel program tersebut.

  21. Noriza Abdul Rahman
    Noriza Abdul Rahman April 25, 2017 at 7:25 am | | Reply

    Ada saja hal yang tak mengizinkan untuk pi SBB ni, insyaAllah siapa tau taun depa kita boleh ketemu, kan?

    1. titan
      titan April 26, 2017 at 8:19 am | | Reply

      Ya.

      Siapa tahu kan?

  22. itsolutions
    itsolutions April 25, 2017 at 10:42 am | | Reply

    wah cam menarik je program ni…

    1. titan
      titan April 26, 2017 at 8:20 am | | Reply

      Ya.

      Memang menarik.

  23. Wanz Shazwan
    Wanz Shazwan April 25, 2017 at 4:25 pm | | Reply

    Hemm saya bukan blogger tegar selepas terkuburnya jomtonton dot net huhu
    La ni baru la terkial2 balik

    1. titan
      titan April 26, 2017 at 8:18 am | | Reply

      Tak apa.

      Ambil masa untuk mula semula.

  24. Adam
    Adam April 25, 2017 at 4:41 pm | | Reply

    Dah banyak kali tapi tak pernah dapat join. Huk huk.

    1. titan
      titan April 26, 2017 at 8:21 am | | Reply

      Cubalah datang kali ini.

      Mana tahu, dapat jual banyak mesin air hang tu.

  25. yanmie
    yanmie April 26, 2017 at 4:01 pm | | Reply

    Lama tak kesini. Ohhh dah ada baby rupanya. Congrats titan πŸ˜‰

    1. titan
      titan April 27, 2017 at 11:52 am | | Reply

      Ya.

      Dah ada baby dah kak.

  26. Uncle Zuan
    Uncle Zuan April 27, 2017 at 2:48 am | | Reply

    sama la, aku pergi 2013, 2015 dan 2016. 2017 ni tak tau lagi hehe

    1. titan
      titan April 27, 2017 at 11:55 am | | Reply

      Pegi je la.

      Hang kan rajin orangnya.

  27. sharmien
    sharmien April 28, 2017 at 4:29 pm | | Reply

    few time tau event ni. kalau cikgu tak share siyes tak tau.huhu

  28. Ronaldmohoni
    Ronaldmohoni April 28, 2017 at 4:51 pm | | Reply

    Saya memang tak pergi. SBB 2018 kot baru nak pergi.

    1. titan
      titan April 30, 2017 at 6:52 am | | Reply

      Takpe.

      Ada masa nanti, pegi la eh.

  29. Nur Razali
    Nur Razali May 2, 2017 at 6:17 am | | Reply

    Macam menarik je program SBB nih. Blogger baru boleh join sekali kan..ayat yang last tue tergelak baca nasib tak tertanggal ye kain tue 😁

    1. titan
      titan May 3, 2017 at 5:03 pm | | Reply

      Ya.

      Nasib baik tak tertanggal.

  30. Asyraf Asri
    Asyraf Asri May 12, 2017 at 2:18 am | | Reply

    Seriusly nak sangat pegi. Tapi bila dah tukar kerja kat tempat baru ni walaupun sabtu ahad off.

    Sibuk dia , stress dia macam lagi berat dari kerja Airlines. Sabor jelah ..

    Apapun siapa yang pergi tu. Rezeki korang lah Tuhan dah tentukan ..

  31. Mrejoy
    Mrejoy May 24, 2017 at 7:50 am | | Reply

    dari tahun ke tahun nak join SBB ni. tapi masih belum berkesempatan. katanya tahun ini tahun terakhir, nampak gayanya memang tak berpeluang nak join la kan. ishhh.

Leave a Reply to Amran Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content Protected Using Content Protector Plugin By: Make money.