Ya.
Aku dah ambil DUA kali CRK.
CRK merujuk kepada Cuti Rehat Khas.
Bagi penjawat awam, CRK ni merupakan salah satu cuti istimewa yang boleh digunapakai untuk waktu-waktu kecemasan dan juga untuk benda-benda penting yang berlaku dalam hidup kita.
Contoh.
- Nak kahwin.
- Nak pergi konvo bini-bini.
- Nak pergi temu janji dengan doktor
- Hal-hal kematian keluarga terdekat.
- hantar bini atau keluarga terdekat pi airport.
Dan sebagainya yang difikirkan sesuai dan dipersetujui oleh ketua jabatan masing-masing selagi tak mengganggu tugas hakiki.
Kalau menganggu, ketua jabatan ada hak untuk menolak permohonan CRK tersebut.
Cuti Rehat Khas bukan hak kita.
Pendek kata, ada banyaklah lagi kena ambil tahu. Korang boleh google dan teliti betul-betul umumnya untuk cikgu-cikgu yang masih tak berapa nak faham tentang Cuti Rehat Khas ni.
Setahun, depa bagi kita TUJUH hari sahaja.
Apa akan jadi bila kita tak habiskan cuti itu dalam setahun?
Depa akan kumpul dan akan bagi bonus masa pencen nanti. Maksimum, 150 hari boleh kumpul kalau tidak silap aku. Ada formula dia bagaimana bonus atau ward tu akan dibayar selepas kita pencen nanti. So, nak dijadikan cerita, minggu lepas aku ambil CRK. Untuk anak buat rawatan susulan ke hospital dan juga untuk berehat sikit.
Maklumlah, aku memang tak cukup rehat.
Ok, jadi aku bawa anak pi hospital.
Balik kang, leh terus rehat.
Menunggu dalam 15 minit, terus pi jumpa doktor.
Doktor laki tu check dalam setengah jam, jumpa plak doktor gegirl pulak dalam setengah jam. Kemudian, terus pi cari kedai mamak dan lunch.
Bini lapar.
Lepas tu, terus memecut balik ke rumah.
Sampai rumah..
“Bang, nanti panggil orang untuk tukaq bateri kereta. Susahlah tak leh gerak takde kereta nih..”
..
…
Yang susah nak bergerak tu aku.
Sebab sepanjang seminggu ni, kereta aku yang kena tibai dek bini sebab kereta dia rosak.
Aku?
Terpaksalah merempit ke sana-sini dengan motor lagenda lejen aku tuh.
Ambil anak dari rumah pengasuh pun, kena naik motor.
Suka plak anak aku naik motor petang-petang sambil pakai helmet kuning donald duck dia tuh.
Haha..
Okeh.
Lepas bini aku gi kerja.
Aku call orang Bateriku.com
Dalam setengah jam lagi kot diorang baru sampai.
Gi basuh pinggan. Gi jemur baju. Gi basuh baju 2nd round.
Tengah dok sibuk bancuh kopi petang-petang yang cukup seksi nih, dengaq pulak hon dari van Bateriku.com.
Terus gi depan dan layan kejap brader tu.
Dalam setengah jam, masalah bateri kereta setel. Servis brader dari Bateriku.com tu memang terbaik. Dalam setengah jam, siap check dan tukaq apa yang patut.
Memang king kong habis bateri tu.
Tukar baru.
RM195 hangus.
Duit dalam dompet, lima puluh lima hinggit je.
Kemudian, terus kemas ruang tamu sebab anak aku dok sepah main bedak. Habis putih karpet. Kalau bukak kipas, terasa berada kat korea plak bila ada salji-salji halus putih yang berterbangan.
Tepuk-tepuk karpet, jemur kat luaq.
Dah takde ruang nak jemur baju.
Baju plak dah siap basuh.
Campak semua baju dalam bakul, terus masuk dalam kereta dan merempit ke dobi.
Masuk 9 biji syiling emas 50 sen dalam mesin kering baju tu, terus merempit ke pasaraya MYDIN yang berdekatan untuk shopping barang dapur. Terbang kat sini je dah hampir lima ringgit.
Kicap manis cap udang, sos maggi, jajan anak, aiskrim bini, tisu dapur paling murah, beli ayam goreng spicy drummet kegemaran tekak dan barang-barang dapur yang lain yang bini anggap penting.
Total hangus RM50.
Baki dalam wallet, dah takde.
Baki dalam poket, ada 50 sen baki dari dobi tu.
..
…
Patah balik gi dobi.
Dah siap kering semua baju.
Campak semua dalam kereta,,
“Tingg..tinggg!”
Masuk whassap dari bini.
“Abang..tolong ambil Firas. Lambat sikit la hari ini balik..”
“Ok.”
Ringkas sahaja.
Terus ke rumah pengasuh dalam 15 minit dan bawa balik anak bertuah tu.
Sampai rumah, solat kejap.
Anak ajak main plak. Okeh, bergusti la kejap kat ruang tamu yang masih takde karpet lagi tuh.
..
…
15 minit kemudian, bukak tv. Pasang channel 666, ada kartun Danger Mouse.
Okeh.
Anak terkawal sekejap.
Terus lipat baju yang masih panas tu.
Belum sempat baju terakhir anak berjaya dilipas dengan kemasan yang diluluskan oleh pihak bini, anak tarik tangan.
Rupa-rupanya, ada kunci motor ditangan kanannya.
Ajak naik motor.
Tengok jam.
“Ohh..dah pukul 6 petang rupanya.”
Terus bukak pintu, pasang kasut anak, pakai selipar yang macam nak putus dan terus suruh anak start motor.
Ya.
Dia pandai start aje.
Tapi tak leh bawa motor sebab kaki masih pendek.
..
…
And the life and laugh go on with flying colours..
Sampai dah kat rumah setelah cukup TIGA pusingan satu taman, aku sampai rumah.
Kereta bini dah sampai.
Masuk rumah, bagi anak kat bini.
Aku ambil bantal, bukak channel 703 dan baring depan tv.
Then, bini datang memanja baring kat sebelah..
“Abang, sabtu ni gi sekolah tak? Nak cari bajulah..”
“Hmm..”
“Bang..boleh tak nih?” tanya bini tercinta lagi.
..
…
“Ok.”
Cuti Rehat Khas aku memang SANGAT aneh.
Huhu.
I kenot brain dis.
I nid a kap of kopi and sam makaron.
1,254 total views, 11 views today
baca habis..
seronok juga life macam tu.
layan anak .
layan bini..
best.
Ya.
Memang seronok life macam ni.
Untuk cikgu je ke ada Cuti Rehat Khas ni? 7 hari banyak la tu. Kalau CK, Rawatan Diri, Rawatan Anak. tak de slip mmg kena tolak cuti rehat.
Dan best banyak cerita ni..keep it up cikgu! hehehe
Cikgu memang ada.
Penjawat awam lain, aku kurang pasti sebab ni je kerja kerajaan yang aku tahu.
Tapi cuti cikgu memang banyak. CRK ni special sikit. Ada cuti rehat yang lain lagi. Nak cerita semua, tak cukup perkataan nanti.
hahaha ada cuti tp x rasa macam cuti, aku pun kadang rasa mcm tu, sorang suka berjalan sorang lagi suka cuti baring dan tido. I kenot brain dis
Ya.
Many people kenot brain dis.
Aku yang kerja shfit pulak. Cuti 4 bulan sekali je dapat merasa hari sabtu dengan ahad. Lelain semua cuti hari orang bekerja. Orang kerja, aku cuti. Cuti bukan cuti sesaja. Dah siap checklist nak kena buat apa dekat rumah. Detail job dari cik puan bini yang kena setel.
Begitulah lumrah orang yang dah hidup berkelamin ni. Nak buat macam hidup membujang memang tak boleh dah. Sekali sekala tu takpe.
haha. I kenot brain dis
Peh.
Ni lagi gila.
Kerja shif lagi tu.
Power jugak servis dari bateriku.com tu ye. Rasa macam ramai pulak kawan-kawan blogger yang pakai servis diorang tu
Bagi aku power sebab servis cepat.
Seronok pulak baca kisah CRK ni.
Memang rehat taoi dengan cara tersendiri…Hehehe
Ya.
Cara yang tersendiri.
Haha cuti ni memang betul-betul khas. Guna la sebaik mungkin selagi bercuti.. hahai
Ya.
Gunakan sebaiknya.
Oh belum pernah try lagi guna servis bateri ku. Biasa pangil mekanik yang dah biasa atau beli bateri tukar sendiri
Biasa aku wat tu gak.
Tapi ni johor beb. Bukan Banting maa..
Haha.
Ingatka cuti CRK boleh lepak² je kat umah. Rupanya banyak keje yang kena diuruskan ye ..
Firas pun dah besar
Ya.
Dah besar dah.
Bila dah ada adik nanti bolehlah dia berkawan
Kalau cikgu dia tak ada cuti rehat macam penjawat awam yang lain kan…
Ada cuti rehat.
Tapi panjang nak cite kat sini.
Hoho.
apa sekali pun pkerjaan itu…mesti luangkan masa juga dengan anak2 ni…sebb tu salah satu tanggungjawab juga.
Ya.
Itu sudah semestinya kita harus lakukan selamanya.
Bila Bos baru masuk, rules pun tukar, kami semua wajib ambil mandatory leave 5 hari, bedal jelah labu
Ya.
Bedal je.
Siapa lagu?
kena ambil cuti juga tu..
Ambil bila perlu sahaja.
Tak perlu, simpan aje.
Dalam pada CRK, mcm2 benda gak bro boleh buat tu..tu yg rare tu
Tak rare mana sangat tu.
Ada yang lagi rare dari tu.
Hahahahahaha..
Boleh tahan la dia punya cerita seharian.. sibuk memanjang.. anak-anak memang suka naik motor.. tak dinafikan.. tapi kadang-kadang tension gak.. sampai kat rumah tak nak turun motor.. tak puas skodeng alam lagi.. stress bapak kejap…haha
Biasalah tu kalau bapak yang stress.
Kalau cuti memang tak nama cuti pun. Masa tu lah nak habiskan masa dengan anak-anak, nak buat kerja rumah.
Tup tup esok dah kena kerja balik. Cepat betul masa berlalu.
Ya.
Masa memang tak pernah lambat.
Untunglah ada cuti CRK dahlah cuti pun banyak..
Silap tu.
Yang banyak cuti tu cuti budak.
hahahaha~ kopi dengan makaron tu win !! hilang penat dan istilah cannot brain tu..
Ya.
I still kenot brain dis.
Hari tu adik aku pun cuti macam kau, anak masuk wad kena influenza.
Ya.
Kekadang kena la ambil cuti.
Anak beb.
dah ambil cuti banyak ramadhan ini tak bisa ambil cuti lagi saya tuan
Tak apa.
Guna cuti tahun depan.
terasa penat pula membaca kisah cuti rehat ni.
husband pun cikgu, memang paham dah CRK ni. bukan boleh ambik sukati. pulak tu setahun 7 hari je.
Sabor je la cikgu ya, bila CRK macam2 lak kena settle, memang dipergunakan betul2 tu CRK
Ya.
Sabar itu memang pasti.
Haha.
CRK. okay baru tahu ni ..
Terima kasih kerana ambil tahu.
Masih bujang, tapi dapat bayangkan dah bila ada keluarga nanti. Moga lepas nie jaga hubungan dengan family lagi erat dan rapat. Hehe thanks bro
Semoga cepat berkeluarga.
cuti rehat sangat kan
bila kerja memang sibuk
Saya rasa sangat enjoy bila baca kisah ni, ala-ala adventure gitu,haha. Tabik springla. Hehe. Saya doakan melimpah ruah rezeki selalu untuk titan sekeluarga 🙂
Terima kasih.
Ya.
Hidup kita kena enjoy selalu gitu.