Tak.
Nama anak aku bukan Sazali.
Nama anak aku lain.
Tapi, zaman teknologi hari ini, banyak manusia yang telah menjadi seperti Sazali.
Ya.
Watak Sazali dalam cerita lakonan P.Ramlee.
Kasihan bagi mereka yang ada perkataan Sazali pada nama mereka.
Jadi buruk nama itu dibuatnya.
Dan akibatnya, hari ini semakin ramai orang kita yang suka akan perangai Sazali.
Menipu, minum arak, merompak, mencuri dan merogol.
Itu antara sifat Sazali yang ada dalam filem popular tersebut.
Jadi, ada dikalangan anak-anak korang atau saudara-sepupu korang atau jiran dan sahabat korang yang mempunyai perangai-perangai seperti itu?
Jika ada, berhati-hatilah dan sentiasa dekat dengan mereka.
Terutamanya, menipu.
Mula-mula, mereka akan belajar menipu dengan ahli keluarga mereka.
Orang yang paling senang kena tipu adalah ibu dan bapa.
Kemudian, dah seronok menipu, mereka akan tipu kawan-kawan mereka. Cikgu-cikgu mereka. Orang-orang yang lebih tua.
Dan lebih ngeri, mereka akan tipu orang perempuan.
SEBAB itu, ramai gadis-gadis zaman sekarang hancur ternoda dibuatnya sampai ada yang beranak-pinak tanpa kehadiran suami. Rumah-rumah pengasih penuh dengan gadis-gadis ini. Penjara pun tak kurang ramainya. Cukuplah orang laki dok kat penjara, jangan kasi penuh pula dengan orang perempuan.
Isunya, jangan ajar anak menipu.
Terutamanya mak bapak.
Bila kat rumah, jangan menipu.
Jangan kata kat anak,
“Kalau ko tak buat kerja sekolah, ayah pukul ko dengan batang paip”
Dan bila anak ko tak buat kerja sekolah, ko tak balun anak ko dengan batang paip.
SEE?
Ko menipu.
Bila anak ko ulang lagi perangai sama.
Ko tak balun juga anak ko.
DUA KALI DAH KO MENIPU dengan anak ko.
Kali ketiga plak, ko kata kalau dapat lulus semua mata pelajaran, ko janji nak bawa anak ko pergi Disneyland kat Babylon.
Sekali, anak ko boleh pulak lulus semua mata pelajaran. Siap tambah pakej, 90% subjek, semuanya dapat A penuh. Yang dapat B pun, palis-palis boleh dapat A. Yang dulunya selalu fail, semuanya lulus.
Terduduk ko sebab tak mampu nak pergi Disneyland.
Bila ko tak tunaikan janji ko itu, anak ko tahu ko dah MENIPU mereka untuk kali KETIGA.
See now?
YOU are done. Done enough.
Anak ko akan menipu dengan ko sampai bila-bila.
Sebab depa ikut perangai ko.
Sebab ko dah tunjuk contoh dan tauladan yang paling terbaik didunia nih.
Dari situ, dari sifat menipu tanpa batasan itu akan berjangkit ke perangai-perangai yang lain sekaligus akan menghasut dan mengajak kawan mereka untuk sama-sama menipu dan membuat kejahatan tanpa batasan.
Sebab depa tahu betapa MUDAHNYA menipu orang dewasa.
Kemenangan Cikgu Azizan bagi AMARAN kepada kita secara umumnya.
Cikgu-cikgu dah tak perlu nak didik anak murid. Cikgu hanya perlu mengajar sahaja.disekolah.
Apa nak jadi pada murid, pergi lantak mereka.
Murid tendang kawan, cikgu biarkan aje.
Murid mengadu ada murid lain curi pemadam kawan, cikgu buat dek aje sebab cikgu bukan detektif.
Murid nak wakil sekolah dalam sukan, cikgu takkan hantar dah murid ke tempat pertandingan. Suruh mak bapak tolong hantarkan atau naik uber sahaja. Lebih selamat.
Murid takde pensel. Tak payah bagi pensel. Biar diorang curi pensel kawan diorang.
Murid sakit dan muntah?
Cikgu biar aje. Ikut SOP, kita cuma perlu telefon mak bapak suruh datang tengok anak dah terbaring kat koridor sebab muntah. Cikgu tak leh tolong murid lebih dari itu. Nak tolong angkat pun tak boleh sebab kang angkat badan murid, tangan patah, kaki bengkak atau badan lebam sana-sini .
Tak pasal-pasal, mak bapak datang nak menyaman.
Bagi pandol ke sapu minyak angin ke, tak boleh. Sebab kalau ikut undang-undang memang TAK BOLEH bagi apa-apa kat murid. Kang letak minyak angin, tetiba pengsan. Tau-tau disahkan koma sebelah badan.
Kalau baik hati, kita telefon ambulan, suruh diorang datang. ITUPUN, kena minta mak bapak bagi izin. Kalau tak, tak leh panggil ambulan. Senang cerita, cikgu biarkan aje budak tu terbaring keseorangan dan masuk ke kelas dan mengajar macam biasa. Sebab murid-murid dalam kelas dah berpesta macam monyet makan cili habenero. Itu satu lagi bahana nak kena tempuh.
Huhu..
Banyak lagi kes.
Contohnya, kalau murid sakit perut sebab tak makan waktu pagi. Cikgu tak payah gatal tangan nak pergi belikan makanan untuk depa kat kantin. Pepandailah depa merangkak ke kantin beli sendiri. Kalau budak takde duit, pepandailah depa mengemis kat sesapa nanti. Janji, cikgu jangan gatal tangan nak menolong tanpa sebab.
Salah tolong, budak tu salah makan atau keracunan. Kena cirit birit, tak pasal kena tahan wad. Kena plak mak bapak jenis melenting tak tentu pasal, disamannya cikgu sebab tunjuk pandai disebabkan kemalasan mak bapak untuk sediakan sarapan untuk anak mereka pada waktu pagi.
So, cikgu-cikgu, ini amaran.
Buat baik tu biar berpada-pada. Kerja ikut SOP, pekeling, peraturan dan undang-undang.
Persoalannya sekarang..
Korang ada jumpa ke cikgu yang sekejam macam itu?
Tak ada.
Tak ada.
Tak ada.
Ya. Lempang anak orang itu salah.
Salah dari sudut undang-undang.
Tapi, kita fikir sejenak.
Kenapa anak ko kena lempang? Kena tampar?
Tapi sebab ko tak lempang anak ko, ko tak jaga dan ajar anak ko pasal adab dan akhlak, sebab itu anak ko terpaksa ditampar oleh orang lain.
Semuanya sebab ko tak beri perhatian pada anak ko sendiri.
Sebab ko ajar anak menipu.
Sebab ko ada buat anak ko rasa nak memberontak dan rasa kurang kasih sayang.
Sebab ko jadi satu role model yang tak bagus kepada anak ko walaupun ko anak ketua kampung atau anak doktor.
Semuanya sebab ko.
Siapa ko?
Ko tu adalah mak bapak.
Mak bapak kepada anak-anak yang bakal kena lempang.
..
…
Ingat.
Kalau anak ko dah kena dipulaukan oleh cikgu dan murid lain kat sekolah.
Sampai bila-bila anak ko takkan dipedulikan.
Ko nak anak ko dalam situasi macam itu?
Tak nak, kan?
Jadi, ajar diri ko tentang apa itu adab dan akhlak.
Kemudian, baru ko ajar anak ko baik-baik pasal adab dan akhlak.
Faham?
Ps: Anak kita, cerminan diri kita.
13,747 total views, 1 views today
betul, kadang nak mengajar anak kita tanpa sedar ajar dia menipu
Ya.
Itu yang selalunya berlaku dalam masyarakat facebook hari ini.
fuhhh insap
dugaan dan cabaran jadi mak bapak bukan senang woo
Semoga orang lain pun insap juga.
Ya.
Betul.
Sangat besar dugaan dan cabaran bila dah jadi mak bapak ni.
jilake btol mak bapak yg xtau tanggungjwb pd anak..harap2 mereka cepat sedar diri dan malu
Takdelah sampai jilake.
Tapi, nak depa sedar.
Kat dunia ni, tak seindah seperti apa yang disangka.
budak2 ni kena buat baik, tapi tak boleh kasi muka.
Camana nak kasi muka.
Muka kita ada satu aje.
Astaghfirullah, mohon dijauhkan.
Ya.
Mohon dijauhkan.
tajam menikam luahan hati seorang cikgu..
masa saya sekolah dulu..
guru-guru adalah ibubapa kedua.
mereka dihormati oleh pelajar atau ibubapa sendiri
Ya.
Dulu lain.
Sekarang pun dah lain.
Dari kecik sampai besar kita disuruh hormati guru. Barulah ilmu berkat.
Ya.
Hormatilah guru.
betul. saya setuju. ramai yang tak sedar tentang benda nie
Ya.
Harap lebih ramai yang sedar akan benda ni.
aku pun tak faham mak bapak sekarang ni mcm terlampau melindungi anak depa.sayang tu macam kena gigit nyamuk sikit pun marahkan nyamuk kemain lagi. apatah lagi kalau orang lain sentuh anak depa..adoi
Ya.
Sangat melampau terlambang yang cukup terbilang melampaunya.
cikgu sekarang bagai makan buah simalakama nak ajar dengan keras , nanti masuk jail dibiarkan anak sekolah semakin menjadi tabiat mereka, yang lebih susah lagi semua responsiblity seperti menjadi tugas cikgu di sekolah
Ya.
Kita buat apa yang kita mampu saja.
Selebihnya, serahkan pada Allah.
bila kita kembalikan kepadanya encik maka legalah semua rasa hati tenang
hormat guru .. baru ilmu berkat
Ya.
Hormatilah guru-guru anda.
saya dah plan nanti nak anak lelaki lebih ramai dari anak perempuan. sebab perempuan sekarang dah lain macam. saya expect mesti lebih susah nak jaga anak perempuan pada zaman akan datang.
Semoga plan hang tu akan berjaya.
Ya.
Nampaknya begitulah.
Kesian kat budak2 zaman sekarang. Dah la lembik. Mak ayah pun lembik jugak. Bila ada someone (cikgu-cikgu) nak mendidik anak-anak, tak bagi pulak…
kalau depa nak didik sendiri, itu sangat dialu-alukan.
Betul tu cikgu..
Jangan anak jadi cam anakku sazali..
untuk peringatan diriku juga..
lepas ni nak ajar anak pergi kebun sawit pulalah
Ya.
Rajin-rajinlah ajar anak pi kebun sawit.
aduihai sedihnya lagu ni, tolong la makbapak….kalo patah riuk tu lain le…aduila setakat rotan pun nak heboh
Ya.
Mereka memang suka nak heboh.
sila la hormat cikgu, selagi x menyalahi agama…turutkan la…pasti cikgu2 nak anakmu jadi baik
Yang cikgu melampau tu, ada. Tapi kes terpencil sahaja.
Yang cikgu baik dan bagus, ada depa datang sekolah dan puji cikgu?
Sebab tu, hormati pekerjaan setiap orang.
Didik anak sekarang dah tak sama dengan anak dulu..tapi kalau dikaji balik, mesti ada titik persamaan. DISIPLIN.
Ya.
Disiplin antara key faktor.
Budak-budak sekarang dah manje tak macam kita dulu-dulu. So mak bapa jadilah orang yang tunaikan janji mereka. Kalau tidak hasilnya nanti ‘lu pikirlah sendiri’
Mak bapak mereka pun “manja” semacam aje sekarang ni.
Tak tahu la kenapa.
mendidik anak memang kewajipan ibu bapa dari rumah lagi, bila dah jadi macam ni cikgu tiada kepuasan dalam mendidik anak-anak. Ya Allah moga anak2 kita semua menjadi insan berguna dan berjaya dunia akhirat
Ya.
Semoga anak-anak kita akan insaf dan menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat sana.
Anak ni masa kecik kite kena tegas. Sekali sekala kalau kena tangan tu mmg patut. Kalau dulu dekat sekolah anak buat hal, kemain takut nak report mak ayah. Takut kena tambah sepak terjang. Malangnya sekarang, semua tu dah berubah. Wwatak anak ku Sazali tu 90% pelan-pelan wujud dalam diri diorang. Takkan nak salahkan guru. Mak bapak lah cerminan mereka, didikan awal tu bermula dari rumah.
Ya.
Kena tegas.
Kalau tak, depa pijak kepala kita secara terang-terangan.
Zaman sekarang mak ayah protect anak melampau-lampau. Sampai dekat sekolah anak perangai macam samseng pun diorang kata still tu tokoh imam muda. Bila anak kurang bijak disalahkan pula guru katanya tak pandai mengajar. Heran.
Ya.
Kekadang sampai terdiam dibuatnya dan malas dah nak ambil tahu.
Sabaq ajelah jawabnya.
kalau semua cikgu ikut bulat2 SOP jwbnya hancur la masa depan generasi pelapis masyrakat…hmmm ibu bapa skang tanpa sedar terlampau manjakan anak2..mintak jauh la kita semua dari sifat negatif camni ..
Sebab tu ramai cikgu yang tak ikut bulat petak SOP.
harapnya cikgu tak ikut la
Setuju sangat dengan artikel ni.. Nak ajar anak kena jadi contoh kepada anak.
Contoh, kalau suruh anak jangan merokok tapi diri sendiri merokok memang tak menjadi la..
Kalau cakap ja tak guna, mesti disertakan dengan perbuatannya sekali
Ya.
Itu sangat betul sekali.
Cikgu pun sekarang dah tawar hati nak jaga betul2 anak org. Lantak pi.
Ya.
Tak hairan ramai yang dah tawar hati.
Terbaik der. Macam ni la. Kesian gak kan kalau tengok2 situasi macam ni, lebih2 lagi ibubapa jenis sensitif
Diorang sebenarnya terlampau sensitif.
Terutamanya orang perempuan. Yang lelaki plak, terlampau ego.
ada terbaca satu kajian mat salih, yang kanak-kanak ni akan start menipu seawal usia 4 tahun.
mak ayah yang terlibat dalam kajian ni rasa pelik, sebab katanya diorang tak pernah pun menipu depan anak-anak, apatah lagi ajar si anak ni menipu.
nak kata terpengaruh dengan kawan-kawan pun tak logik, sebab usia 4 tahun mana gi sekolah lagi. jumpa sepupu pun jarang-jarang, mungkin sekali dua dalam setahun time musim perayaan..takkan dah boleh terpengaruh.
so, kebanyakan masa memang si anak ni ada kat rumah jer bersama keluarga.
tapi bagi aku tak pelik rasanya..mungkin sebab mak ayah ni dah biasa menipu waktu mengandungkan si anak tadi. so, apa-apa yang berlaku waktu tu, mungkin telah diserap oleh bayi yang masih dalam kandungan ni dan dibawak pulak semasa proses membesar.
sebab kita pun dah selalu dengar daripada pakar kanak-kanak..supaya banyakkan memperdengar sesuatu yang baik kepada bayi dalam kandungan seperti bacaan ayat al-Quran contohnya (kalau anak mat salih mungkin dia bagi dengar alunan muzik yang slow-slow la kot).
bayangkan pulak kalau bayi tu asyik dengar mak ayah dia menipu, mencarut jer waktu dalam kandungan?
dan nak menipu ni tak perlu benda besar..bagi alasan tipu kat bos kenapa tak datang keje, menipu waktu tak nak jawab call orang, orang datang nak jumpa tapi suruh cakap takde kat rumah..
wallahua’lam..
ilmu parenting ni sangat mencabar lebih2 lagi dengan dunia sekarang yang mudah mendapat pengaruh sosial. ni duk pening anak sulung darjah 4 sibuk dengar lagu Korea. apapun doa banyak2 moga dimudahkan kita mendidik anak2 kita baik anak sendiri, anak didik, anak buah dan seangkatan dengannya. sebab kot macam mana pun esok lusa kita juga dipersoal ketika berada di alam sana. wallahualam.
ingatan untuk saya juga. terima kasih.PADU…dan semoga anak kita dijauhkan perangai begitu.apa2 pun berbalik juga pada ajaran kita
assalamualaikum.. nice sharing ! visit my blog @ https://www.ketamkecil.com/bagaiamana-senggugut-boleh-menyebabkan-kemandulan/ utk tips1 kesihatan.
jangan la ikut sop cikgu..sian anak saya terbiar nanti. mak bapak yang nak guru ikut sop tu sebenarnya tak sayang anak
Betul3.. setuju sgt dgn tajuk ni
Mencabarnya jadi ibu bapa sekarang.
keeps on writing . i enjoy reading your blog . i am waiting for ur next post..
Thanks for waiting.
Keep waiting always.
Muhasabah diri bila baca ni…risau… Moga I dapat didik anak anak dengan sebaik baiknya.
Ya.
Kita kena lakukan sebaiknya.
wah, dah lama saya tak tinggalkan jejak disini…selamat tahun baharu cikgu!
Ya.
Selamat tahun baru.
Besar sungguh cabaran ibubapa dan guru untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna bukan setakat hanya berjaya didalam pelajaran sahaja
Ya.
Memang sangat besar.
Baik pada ibubapa atau guru.
Betul tu..kadang-kadang tak faham dengan mak bapak skrg. terlalu manjakan anak. zaman kita dulu setakat kena cubit, kena ketuk kepala..relax jer..jadi jugak manusia sekarang ni…
Ya.
Memang kadang-kala tak faham dengan perangai mak bapak sekarang.
Moga anak-anak kita dijauhkan dari sifat-sifat tercela dan jadi insan berguna. Amin.
Ya.
Mudah-mudahan.
Amin.
zaman sekarang dah lain terus dah. dulu2 relek je kene rotan dengan cikgu. sebab tu ramai yang berjaya sekarang. tapi zaman sekarang cikgu pulak yang kene “rotan” ngan mak bapak. sedih2
Zaman sekarang, nak jumpa rotan pun susah.
Kedai pun dah tak banyak jual rotan.
Menipu ni antara dosa besar tau…tipu sikit nampak macam takde hal kan tapi sangat2 bahaya wo…
Marilah sama2 kita jauhkan sifat suka menipu ni..huhu
Ya.
Jauhilah sifat menipu.
Tak baik.
Allah marah.
Betul sangat. Anak2 sekarang memang dah lain dengan masa zaman kita kanak2 dulu. Kena belajar lebih tentang ilmu parenting & amalkan. Zaman sekarang lain dengan zaman dulu. Cara berbeza, suasana berbeza, ujian berbeza.
Dulu lain. Sekarang lain.
Mustahil sama.
Apa yang penting, kita tetap kena usaha.
Fuh! makan dalam jugak tarbiyah sentap ni, kadang – kadang ada juga ibu bapa yang mengajar anak menipu tanpa sedar , perkongsian yang sangat bagus!
Ya.
Selalunya begitu.
KIta aje yang tak sedaq.
Anak kita pun menjadi satu dugaan kepada kita..huhuhu
Ya.
Anak itu juga satu anugerah.
Jika kita abaikan, ia akan jadi satu dugaan berat yang bakal menanti.
Dah bulan 3 ni ha3 mana entri baru
Aku dah hupdate dah.
Gi baca.