Fuh.
Sedar tak sedar, kita dah seminggu berpuasa.
Syukur.
Setakat hari ini, aku masih gagal untuk tidak berpuasa setiap hari.
Walaupun usia semakin senja, tetapi benarlah bak kata orang tua-tua dulu, bulan Ramadhan ni, kita dianugerahkan tenaga yang kita tidak tahu datangnya dari mana.
Aku dah beberapa hari “stay-up” untuk kemaskini kerja-kerja online aku yang terbengkala bertahun lamanya.
Mengupdate ratusan blog yang menjadi tanggungjawab aku itu menjadi satu beban berat kepada aku. Nak karang ratusan artikel dan update sana-sini untuk memastikan blog-blog aku terus boleh bersaing dengan jutaan blog baru setiap hari bukanlah satu kerja yang menyenangkan.
Tapi, aku tak patut mengeluh.
Ada pakcik tua umur nak masuk 93 tahun masih boleh menggalas tugas untuk meneraju negara dan cuba membetulkan apa yang dia silap dahulu..
aku pasti bukan saingannya.
Namun, tidak mustahil untuk aku mengatasinya.
Ya.
Tahun 2018 ini adalah tahun yang sangat penuh dengan sejarah baru.
Tun Mahathir buat come back.
PM baru. Ex PM yang baru.
Kabinet baru.
Menteri Pendidikan yang baru. Bos baru. Suasana yang lebih baru.
Gaji baru.
Gaji baru bulan tujuh nanti. Kemudian tak sampai beberapa bulan, dapat lagi gaji baru.
Tak campur lagi anak baru.
Isteri baru?
..
…
Itu kena bincang slow-slow sikit.
Haha.
Tapi, tahun ni, dia dapat baju raya baru walaupun tetiap tahun memang dapat baju raya baru.
Cuma beg Birkin baru, itu tak tahu bila BARU dapat.
Tak pasal-pasal, rumah aku ni kena serbu.
Hapepun, semoga Malaysia “BARU” ini akan terus mencipta sejarah.
Itu aje.
Ringkas aje nak cerita hari ini.
Sebab aku baru bangun tidur…
dan baru mula nak siap-siap makan sahur.
..
…
Ofkos, sejak dah ada bini ni.
Aku “BARU” berhenti untuk tidak memasak untuk diri sendiri.
Berbanding waktu muda-muda dulu.
3,641 total views, 3 views today
Untung sekarang ada orang masakkan ye. Hahaha
Ya.
Memang untung.
Harap selamanya sampai aku mati.
Haha.
Aminnn…Moga untung terus menerus sampai mati..Amiin
Harapnya begitulah.
Aku mati dulu takpe.
Wah seronok la dapat bos baru.
Banyak ringan sikit la kan.
Mudahan..
Tapi kan design beg tue macam mak-mak la..
Huhu
Biasalah tu.
Memang beg tu untuk geng emak-emak aje.
“aku masih gagal untuk tidak berpuasa setiap hari.”
Ambil masa juga aku nak handle apa maksudnya.
Tak apa.
Sila ambil masa untuk faham.
Best la bila ada orang masakkan
Ya.
Memang best sangat.
selamat berpuasa bro. semoga tahun 2018 boleh jadi jutawan. amin..
Ya.
Selamat berpuasa.
Semoga semua boleh jadi jutawan.
Tahun 2018, semuanya serba baru. Jadi tidak bolehlah diri kita berada di takuk yang lama lagi.
Ya.
Semua kena usaha lebih dari biasa.
Seperti yang sepatutnya.
Sama la kita bro, dapat menteri baru.
Yah.
Menteri baru.
Harapnya, dapat terima idea orang lama dan orang baru.
nak jugak tu bini baru..hahaa
Impian tu tak pernah padam.
Haha.
malaysia baru, semangat baru
Ya.
Harap semuanya serba-serbi baru.
Dengan azam yang baru.
Tu yg buat diri in terkedu ..m 93 tahun masih mahu kerja lagi .. Kita pula sibuk dengan alasan … Alasan utk bini baru pun belum karang …. Oopps .. 🙂
Ya.
Jangan sibuk bagi alasan saja.
Selamat berpuasa bro sekeluarga, saya pun tenggelam timbul jugak sekarang haha
Takpe.
Jangan tenggelam terus.
tahun 2018 saya memulakan semula hidup yang baru..
bukan bermaksud hidup mati semula
Semoga berjaya memulakan semula hidup yang baru.
Kehidupan rumahtangga yang baik-baik sahaja. Tahniah.
Ya.
Harap semua rumah tangga baik-baik sahaja.
Takde yang patah tangganya.
Tahniah dah ada yg tolong masakkan 😉 update blog memang menjadi cabaran apa lagi yg punya ratusan blog. Bagi blog yg punya niche mungkin mudah mungkin juga susah untuk mendapatkan idea sesuai dgn niche blog mereka.
Ya.
Memang satu cabaran yang menyusahkan.
Saya setuju.
Jom kita sama2 tekadkan azam baru.
Ya.
Harapnya begitulah hendaknya.
Malaysia Baharu. Terasa sangat macam ‘reborn’.
Ps. Istri rajin masuk dapur masak. Ore Klate royak tu tandanya sayey ko cik abe. Betuoh sungguh. 😄
Memang bini sayang kat abe betuoh sore nih.
Haha
selamat berpuasa..tak lama lagi dah nak raya..hihi…untunglah ada org masakkan..anak pun dah 2 org eh..hihi
Ya.
Gua memang untung beb.
Dan gua sangat bersyukur.
Hang bila nak tambah anak?