Huh.
Berbekalkan beberapa melodi indah bertemakan ketuhanan, aku gagahkan juga untuk menulis pada malam Ramadan kali ini.
1. Sudah lama aku tak menulis. Ini kali kedua aku berjaya menulis untuk tahun 2021. Tak ada pembuka bicara yang manis dan tak ada kata-kata penutup sedih dengan harapan masih diberikan nafas yang segar untuk terus meraih pahala dan mencari sinar-sinar kebaikan disebalik “Void Year” yang masih bersambung.
2. Tahun ini, aku masih terus bermain Pokemon Go. Ada masa lepas kerja, pergi bertarung di Gym-gym terdekat dengan rumah dan tangkap beberapa ekor pokemon sebelum pulang.
3. Masih juga terus bermain Summoner Wars untuk tahun ke-7. Hanya untuk buang masa dan melegakan hati. Juga untuk mengkaburkan orang atasan yang menunjukkan aku tengah “sibuk”.
Sejujurnya, aku memang sangat sibuk sejak dah kena kerja ni.
4. Of course, bila dah kerja. Kerja hakiki ni dia lain macam mainannya. Benda SOP dah jadi satu tali gantung dan menjadi surat pekeliling untuk buat sesuatu kerja. Nak buat program ke hape ke, semua kena rujuk SOP. Tak tahu ini satu petanda yang baik atau tidak.
5. Budak-budak? SOP memang ke laut. Penguatkuasaan? Ada ok dan ada yang perlu diperbaiki.
Dah bermacam sekolah kena tutup. Sekolah masa aku belajar kat subang pun dah kena tutup sebab covid. EMPAT orang kalau ikut kes terkini.
Ya. Sekolah-sekolah lama aku belajar, aku masih ambil perkembangan semasa. Ramai cikgu yang ajar aku dulu, dah bersara. Bila datang semula, memang guru besaq aje la yang aku kenal. Cikgu perempuan yang muda lagi comel, terpaksa berkenalan semula.
6. Benda SOP ni. Dia boleh jadi serius. Dia juga boleh jadi kelakar. Ada masa rasa macam dia bagus. Ada rasa macam dia main-main dengan kita. Entahlah. Tak boleh nak alah biasa, tegal dan biasa. Tak boleh pandang sebelah mata dan tak boleh kita nak goyang kaki. Ada benda kena tegur, kita tegur. Ada benda tak patut viral, tak perlu viral.
7. Darurat sebenar.
Tak perlu muncul lagi. Tapi, jika itu yang sepatutnya berlaku. It should be.
8. Aku nampak sikit ending “Abah”.
Since banyak khabar angin dikalangan kami. So, boleh agak abah punya “Endgame”. Korang bersabar ajelah. Tunggu masa yang sesuai. Abah dah rancang. Tinggal jadi je. Ada part, aku suka abah punya “move”. Ada kala, aku tak leh baca “jalan” yang abah pilih. Ada masanya, memang kita boleh nampak “trace” yang abah cuba tinggalkan.
9. Dunia hari ini. Bergantung pada kita. Bukan kerajaan. Bukan wilayah. Bukan negeri. Bukan PPD. Bukan MKN. Bukan Obama. Bukan Freemason. Bukan parti. Bukan badan. Bukan NGO. Bukan group wasap dan juga bukan geng basikal.
It’s always about one person.
We move. All will move. Time will flow. People will follow.
10. Ironinya, bukan semua begitu. Kita takut. Sebab kita ada beban tersendiri. Kita ada “benda” yang membelenggu kita. Benda yang kita cinta, benda yang kita hargai, benda yang akan menyusahkan kita, benda yang itu dan benda yang ini.
11. Takut itu perlu.
12. Hanya takut pada yang haq. Bukan manusia. Bukan juga bini.
13. Beras tetap kita beli.
Bukan sebab aku lelaki. Sebab itu tanggungjawab. Sebab itu janji.
Sebab itu akad aku masa aku nak dia.
–> Oh course, tak semua perempuan faham.
14. Sejak aku kahwin, aku yang beli beras. Bukan bini. Ada kala aku yang masak walaupun majoritinya memang bini aku yang masak. Itu semua sebab aku suruh dia masak. Dia buat sebab patuh pada arahan aku.
15. Walaupun dia penat, hargai bini. Tak perlu beli emas dan permata. Cukup kita selalu ada dengan dia.
Itu dah cukup.
Sangat cukup.
Kekadang, aku pelik.
Musim gawat PKP dan covid ni, ramai juga yang cerai berai dan cari pasal.
Tak cukup kalut dah ke, kita?
2,334 total views, 3 views today
baca artikel ni pun dah kalut nak balik awal ni bro, jem orang nak pi bazaar .
salam kenal tuan blogger
salam kenal.
kalut is normal.
Dunia perlu perubahan.
bukan satu sudut sahaja.
semua sudut perlu berubah
Ya.
Itu yang kita mesti hadapi.
Covid dengan segala macam perkara berkait dengannya memang membuatkan hidup huru hara. Mahu tidak mahu, kena hadap juga.
Ya.
Tetap kita kena hadap.
Suka atau tidak.
Dari game, sekolah, sop covid bawak ke politik sampailah kenkisah lakibini.
Alhamdulillah. Sama2 masih bernafas.
Sihat selalu kawan.
Ko pun.
Semoga sehat selalu.
Nikah belum?
wujud lagi ke bro game pokemon ni, aku x pernah main, pernah baca ja pasal viral dulu
Wujud lagi.
Sebab tu aku masih main.
Assalamualaikum ! Akhirnya artikel terkini hehehe.Puas dapat baca.
Waalaikumsalam.
Teruskan membaca.
Stay home, stay safe, tenang2 aje, itu pun ade juga yang susah nak faham ye
Ya.
Memang ramai yang susah nak faham sebenarnya.
kan, hargailah pasangan, banyak sangat kes yang berlaku sejak pkp. paling penting kita sendiri yang kena jaga diri sendiri, bukannya blame orang lain yang tak dapat bagi apa yang kita nak
Ya.
Orang kita, selagi tak blame kat orang lain.
Depa memang takkan puas.
Perghhh layan lagi pokemon ye… Hahaha…
Masih layan.
Jiwa penangkap pokemon itu masih utuh>