Ya. Semua orang sukakan duit. Semua orang sukakan wang kertas dan juga emas. Begitu juga aku dan juga blogger-blogger lain. Semua orang sukakannya. Cuma cara kita suka pada duit itu mungkin berbeza bagi setiap orang. Itu tidak dinafikan. Cuma aku hairan, ramai pula orang yang begitu bersungguh mengatakan mereka tidak suka duit.
Bagi aku, duit boleh bantu kita dalam banyak perkara. Malah, tidak dinafikan juga bahawa duit juga boleh beri kita malapetaka. Bukan aku kata kita tidak perlu duit atau kita harus punya banyak duit, tapi bergantung pada keperluan kita. Dalam dunia sekarang, tanpa duit, kita tidak boleh makan. Siapa kata? ADa orang kata, dia bercucuk tanam, tangkap ikan di sungai, masih boleh hidup sejahtera. Ya. Tapi dia dalam dunia dia. Jika dia berpindah ke bandar, ke kawasan yang memerlukan duit untuk pelbagai perkara, aku yakin cukup sukar untuk dia hidup. Pendek kata, duit penting bagi zaman sekarang. Itu kita kena akui. Hakikat pahit.
Cuma aku benci bila ada ramai kawan aku kata tak cukup duit. Tapi aku selalu nampak dia bercuti ke sana sini, dating dengan awek di kedai yang mahal-mahal, melancong ke luar negara dan tak kurang juga bajunya berjenama. Bila dah sesak, pandai pula pinjam duit kat kawan-kawan. Ke mana semua duit gajinya? Kawan macam ni, memang aku bagi penyepak aje. Dah besar, tapi malas nak guna otak untuk berfikir. Bukan tak pernah nasihat, tapi dia tak makan nasihat-perli orang lain padanya. Huh..
5,899 total views, 1 views today
sib baik aku kenal ko online jer.. kalau tak mau kena penyepak.. hehehe 😀
ada duit tapi taknak menunjuk nunjuk
Duit…duit..di mana kau duit…..Tidak ada duit kepala boleh pening. Nak bawa anak ke KFC sekali-sekala susah jugak. Bagaimana jika anak kata ” Abah nak gi KFC”. Aduhhhh….kasian jugak mereka selalu meminta-minta.
sepak je kalo yang degil tu………….
hehe… padan muka… kan dah kena marah ngan encik Titan? takde duit, pepandailah cari ye dak?
Duit di zaman sekarang memang penting.
Nak beli apa yang kita suka if have money, go on.
Dunia ke arah 2020 now on, DUIT segalanya.
Tapi kalau dapat simpan emas, ALHAMDULILLAH. 🙂
Selalunya makcik2 bawak beg besaq ni tak semestinya banyak duit tau..lagak je beg besar (beg brand mahal tapi tak de gred ) dalam beg penuh sampah dan makanan..hehehe. Kadang-kadang nak cari kunci pun susah..( hehehe..jangan sepak saya ye )
hehe. biar papa asal bergaya
betul tu zaman sekarang perlukan duit untuk hidup huhu…
Duit betul betul penting tetapi duit betul sahaja yang penting kalau duit palsu penting untuk orang masuk jail.. hhee
duit bukanlah segala-galanya tapi hampir segala-galanya memerlukan duit, jadi memang kena suka dekat duit.
duit …. duit …. dari dulu sampai sekarang kenapa duit yg selalu jadi pikiran
money is not everything but everything needs moneyy. tak gituu?
Siapa yang x suka duit ni? Macam pelik je. Mungkin yang kata x da duit, tapi shopping , bercuti sakan tu saja je x nak menunjuk2.Tapi bila x da duit boleh pula pinjam sana-sini.Ada masalah pengurusan kewangan ni. Seeloknya kena perbaiki sebelum jadi lebih parah. Apapun kita bersyukur nikmat yang Allah bagi, sebab Allah kata kalau kita bersyukur , Allah akan tambahkan lagi nikmat dan rezeki untuk kita . Marilah berbelanja secara berhemah dan ukur baju di badan sendiri. Panjang pula membebel. PEACE ^_^.