Itu ironi dan kisahnya.
Malaysia menang. Indonesia kalah. 4-2 agregat. Safee jadi penjaring terbanyak. Khairul Fahmi layak diberikan anugerah penjaga gol terbaik untuk Piala Suzuki AFF 2010. Malaysia jadi Juara untuk Piala Suzuki AFF 2010. Pak Najib gembira. Kita dapat cuti umum hari jumaat ini. Tanggal 31 Disember jadi cuti umum mengenakan peristiwa harimau membaham garuda buat kali pertama dalam hutan biru yang bulat ini.
Pasti ramai yang gembira. Terutamanya anak-anak Malaysia yang duduk diserata benua. Baik Asia atau benua-benua yang lain. Pastinya ini hadiah terbaik untuk perkahwinan Nor Shahrul Fahmi yang baru berkahwin. Semua orang nampak bola sepak Malaysia ada hala tuju yang jelas. Pemain muda ada peluang untuk ke hadapan dan tidak mustahil ada yang berminat dengan pemain pertahanan dan penyerang Malaysia. Nama Malaysia bergumandang di Facebook dan Twitter. Berita esok, pasti gempak dan hangat. Pastinya surat khabar laris. Orang surat khabar juga gembira. FAM juga turut gembira. Aku gembira. Mak abah aku pun gembira.
Siapa yang tak gembira?
Indonesia. Kalah.
2,008 total views, 1 views today