Benar. Bila aku dapat tahu berita tu, aku tersenyum. Akhirnya, hari itu tiba juga dan hari itu berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah aku ucapkan pada beliau dan aku lihat dia tersenyum gembira. Memang dah lama aku tak lihat senyuman begitu. Dah lama dia inginkan hari itu sejak dulu lagi dan akhirnya dia gembira setelah bertahun menunggunya.
Kehilangan ayahnya membuatkan dia perlu kuat dan teguh. Cuma kadang-kadang aku tahu dia menangis dalam diam, sedih dalam ketawa. Bukan aku tak perasan. Cuma aku tak mahu dia tahu aku tahu keadaan sebenarnya. Biarlah aku kelihatan jahat dalam hatinya dan aku yakin apa yang dia lakukan sekarang adalah perkara yang tepat dan sewajarnya dia berhak untuk bahagia. Ya, aku punya silap, dia juga terkandas. Tapi itu kisah lalu, kisah baru, pasti lebih haru dan jitu. Aku yakin, kesudahanya pasti hadir dalam rindu.
Walaupun abangnya tidak seperti yang dia harapkan tapi aku tetap tahu dia sayangkan abangnya. Cuma bila sesuatu yang tidak dia ingini berlaku, berlaku juga padanya dan bila sesuatu terjadi antara kita, aku reda. Itu tanda yang dia bukan milik aku.
Ibunya seorang yang kuat. Aku yakin ibunya pasti seorang yang hebat. Bukan aku memuji, tapi jauh dihati aku, aku pasti ibunya seorang yang bijak dan sentiasa sayangkan anak-anaknya. Kegembiraan ibunya pasti kegembiraan dirinya. Cuma jika aku berpeluang berjumpa dengan ibunya, aku cuma mahu pohon kemaafan. Ibunya mungkin tahu tentang aku, tapi ibunya juga tahu akan keresahan dan kesedihan kami. Sejarah dah berlalu, hari pun dah masuk tahun baru, aku juga sudah ada sesuatu yang berharga dalam diriku. Dia bahagia, aku juga turut bahagia.
Kasih sayang itu tidak akan putus, cuma kebahagian itu milik setiap insan. Peliharalah dia dan jagailah dia. Berbahagialah, bergembiralah. Saat itu pasti akan tiba.
Jika rindu, carilah pantai. Pandang pantai itu, serulah namamu agar bayu laut itu sampaikan kata-kataku padamu. Katakanlah kata-kata cinta dan bicara rindu. Aku tahu, kau pasti tahu, apa yang berada didalam hatimu dan hatiku. Berbahagialah selalu.
Dipetik dari salah satu bab dalam novel baru dibaca oleh aku. Best tak? Hehe..
2,135 total views, 1 views today
Pernah baca novel ni.. Limited edition.. Tak semua dapat baca.. Kan? Ada sesuatu dalam watak perempuan dalam novel ni yang tak semua orang tahu & faham.. Klise di situ..
Novel terbaru kesinambungan dari novel ni, abang si gadis sudah meninggal.. Ada ralat di situ, bila si abang tak putus2 menyatakan rasa sayang pada adiknya dalam keadaan dia nazak.. Hanya pada adik dan ibu dilafazkan rasa sayang.. “Aku sayang ko.. Aku sayang ko..” Masih terngiang2 kata2 itu.. Dan terkilan si gadis tak pernah hilang sampai kini.. Saat si abang perlukan adiknya di sisi di kala nafas terakhir, si adik tak berada di situ. Sepanjang malam si adik menangis mengenangkan nasib si abang yang tak habis2 dibenci oleh keluarga sendiri.. “Sesungguhnya dia adalah abangku, darah dagingku, dan selama2nya tetap abangku..”, kata si adik dalam sendu dan tangis. Terkilan di hati tiap kali teringat kata2 kesat yang pernah dilemparkan pada si abang beberapa tahun lalu.. Kini dia tahu, bahawa abangnya tak pernah putus berdoa untuk kebahagiaan si ibu dan si adik hinggalah hembusan nafas terakhirnya..
Kini, adik sudah berumahtangga. Kata2 arwah abangnya masih segar dalam ingatan dan terpahat kukuh di hati.. Seringkali mimpi bertemu si abang buat dia tahu, abangnya benar2 sayangkan adiknya.. Hanya mimpi dapat mengubat rindu, dan hanya doa yang dapat dikirimkan agar rohnya tenang di sana.. Al-Fatihah..
Tak sangka suka baca novel gak..hehe