Bila aku baca surat khabar yang dah lama tiga empat hari lepas, aku ada baca tentang keputusan PMR untuk tahun ini. Nampak gaya, ramai pelajar tingkatan 3 yang dapat keputusan yang cemerlang. Ramai juga yang dapat score straight A. Memang ramai terutamanya sekolah-sekolah dikawasan bandar. Tapi aku yakin tidak begitu ramai yang dapat 9A, 8A, 7A dan 6A di kawasan luar bandar. Kalau ada pun dalam satu dua orang sahaja. Jika dapat lebih, mungkin pada tahun itu. Dan biasanya ianya tidak tetap sepanjang tahun.
Aku mengakui hakikat itu sebab sekolah lama aku ketika aku dalam tingkatan 3 dulu, memang boleh dikira dengan jari kaki berapa ramai yang score A dalam PMR. Ada jugalah dalam 15 orang yang berjaya dapat banyak A dari 9A hingga ke 6A. Dan 5 orang yang pertama adalah orang lelaki termasuklah aku. Aku dapat 7A 2C aje. Kantoi dekat subjek bahasa inggeris dan bahasa arab. Dua subjek tu memang aku tak boleh pergi. Tak tahu kenapa. Aku siap hafal 10 karangan bahasa arab dan hapal perkataan-perkataan yang susah-susah masa tu. Tapi tetap tak boleh dapat B. Aku rasa itulah result yang terbaik untuk aku pada ketika itu walhal ketika peperiksaan percubaan dan pertengahan tahun, aku cuma pernah dapat 2A aje. Itupun matematik dan bahasa melayu sahaja. Subjek lain, hancur. C dan D memanjang..kiranya orang kata aku ni dark horse sebab tetiba dapat score dalam PMR. Ramai yang tak budget aku dapat score dan tak semena-mena nama aku dan kawan aku naik sebab dapat jadi top ten scorer dalam PMR dari ratusan orang kat sekolah tu. Kiranya nama aku naik beberapa tahun sampai junior aku pun tahu walaupun aku tak kenal diorang. Itu salah satu penangan PMR. Tak aku sangka, sampai hari ini ada juga junior aku yang kalau terjumpa, ingat siapa aku walaupun aku langsung dah tak ingat nama diorang. Sori sangat-sangat wehh..
Lupakan cerita pasal aku tu, aku lihat pelajar sekarang sangat bertuah. Macam-macam dah ada. Zaman aku dulu, tak banyak yang kitaorang dapat dari segi nak belajar atau peralatan mengajar, jauh berbeza. Cara study pun memang old skool punya. Aku sampai sanggup datang sekolah yang dalam satu jam perjalanan dari rumah dengan menaiki basikal pada hari sabtu dan ahad hanya untuk study-group dengan kawan-kawan. Serius, aku bukan jenis yang genius belajar, tapi jika rajin dan tekun, aku mengaku. Aku jenis yang boleh tangkap apa yang cikgu ajar dengan membuat ulangkaji berkali-kali. Barulah aku rasa macam aku faham satu-satu topik tu. Ada kawan aku, cuma dengar sekali aje cikgu ajar, dah dapat tangkap. Ada yang memang tak datang sekolah, tapi tetap score masa periksa. Ada plak yang perempuan, memang pulun habis stadi..tapi akhirnya aku menang gak dengan dia masa PMR. Fuhh, bangga, riak. Ada juga yang memang stadi sampai nak mampus, tapi langsung tak dapat score. Setiap orang ada keupayaan dan keputusan yang berbeza. Mungkin PMR adalah waktu untuk aku menyinar, tapi tidak ketika SPM. Mungkin waktu di kolej waktu aku gemilang tapi tidak ketika di alam universiti. Mungkin aku tidak cemerlang di universiti, tapi aku hebat dialam pekerjaan. Pastinya ada waktu kita naik dan turun. Begitu juga dengan kamu orang semua.
Kenangan aku dengan PMR sangat manis. Disitulah titik tolak aku menjadi seorang pengembara masa dan penjejak ilmu. Sungguh jarang aku duduk dirumah lebih dari satu bulan sehingga ke hari ini. Memang aku jarang stay kat rumah. Belum cukup sebulan atau dua minggu, aku dah hilang berjalan ke serata Malaysia. Gi sana, gi sini. Mungkin atas urusan kerja, mungkin juga untuk berjalan-jalan. Jadi, bagi aku, PMR memang adalah saat-saat indah yang tidak dapat aku lupakan. Hari aku mendapat slip PMR itu merupakan juga hari aku memerdekaan aku ke alam yang lebih mencabar dan dewasa.
Huh, panjang plak aku merepek. Tapi ini semua kisah benar. Aku tak tipu. Kisah PMR tahun 1999.
4,417 total views, 1 views today
waktu PMR , den masih main main lagi.. ok la dapat 1A 7 B… masa SPM baru den belajar sungguh sungguh
pehh, banyak gila B. hehe
Ok la dapat jugak 7A.. Kite dulu 5A jer.. Lain2 semua B.. Pendidikan Islam pun leh dapat B.. Bengkek jer ustazah.. Padahal time ujian biasa boleh jer score A.. Ntah hape kena ntah masa exam tu.. Kohkohkoh!
Tu la. Kuat tidur lagi. 😈
Tahun 1999,Fa baru darjah 1.hahaha…
Okay, jujurnya masa PMR – Asyrof memang malas sikit la.
Tak banyak, sikit je.
Hanya 1 A & yang lain semuanya kredit. Okaylah PMR je pun.
Bukan SPM kan … 🙂
rupanya hang 6 tahun lagi tua dari kawanlah…hahaha
kawan 1st generation ambik PMR….tahun 1993…berjaya mendapat 4A jer…lain B dan C sama rata… 😆
Pmr 1999? Same la wehhh… Sebaya ropanya yer
Bukan nk riak, den dpt straight A (9A). Syukurr… Tp SPM 5a jek dan ada byk huruf lg…. Hihihi… Yelah, first batch amik sains tulen. Susah wooo
tahun 1999, aku baru tingkatan 5, ambik SPMV.