1. Sebenarnya aku baru sahaja pulang dari melancong ke Indonesia. Aku tak rancang sebenarnya. Cuma kawan aku sudah ajak sejak tahun lepas, jadi aku sahut ajakannya pada tahun ini.
2. Sejujurnya, bila aku sampai ke sana, aku agak terkejut. Memang macam pekan koboi. Suram tetapi tetap meriah. Orang-orang disana sangat ramah dan mudah tersenyum. Untuk mendapatkan makanan pun tidak sukar tetapi tetap kena berhati-hati untuk mendapatkan yang halal. Aku tak jumpa restoren KFC kat Pulau Karimun ini, apatah lagi piza. Tapi aku jumpa nasi Wuduk, ayam penyet, nasi padang, makanan minang dan sunda juga beberapa makanan lagi.
3. Dari segi wang, aku cuma bawak dalam RM500. Jika ditukarkan ke rupiah, semuanya adalah 1420 juta rupiah. Haha, aku sudah jadi jutawan disana. Berbeza di Malaysia, jika banyak wang kita dipanggil jutawan atau orang kaya. Di Indonesia, mereka digelar hartawan. Di sini, barangnya agak murah tetapi aku rasa ianya tidaklah lari sangat dengan harga di Malaysia. Harga segelas jus mencecah 10-15 ribu rupiah. Even air teh pun aku kena titik dekat 10 ribu rupiah. Apa kes? Nampak sangat bila ada orang luar, diorang tekan habis. Biasanya, harganya sekitar 2-5 ribu sahaja. Ahh, biarlah. Kalau nak cerita dari segi duit dan perbezaan harga, tidaklah berbeza sangat.
4. Aku lebih banyak shopping di Pulau Karimun ni. BEli jaket baju, seluar dan macam-macam. Sempat juga aku sambar kopi dan teh yang dibuat disana. Tak tahu betul-betul dari kilang mereka atau tak. Tapi rasanya agak sedap juga. Tak kiralah, aku minum aje air-air tuh. Bukan susah pun nak wat air teh atau kopi kan? Hehe..
5. Pergi dalam 3 hari dan 2 malam. Aktiviti selain shopping, pergi massage atau mengurut. Kalau nak urut benda lain pun ada ditawarkan disini. Tapi terpulang pada niat masing-masing. Aku tak buat benda lain. Tapi aku lihat ramai yang datang sini sebab nak urut special tu. Nampak sangat aktiviti ini agak berleluasa disana. Mungkin dah jadi sebahagian dalam budaya mereka. Mungkin juga itu antara penyebab ramai orang yang melancong ke sini. Mahu terkena kejutan budaya juga aku dalam 2 hari tu. Tapi aku tak layan tu semua. Banyak gak cerita aku dengar pasal menda ni. Tapi cukup sampai sini. TAk leh cerita lebih-lebih. Nak tahu lebih, gi pulau tu sendiri la..
6. Tambang feri agak mahal. RM100 pergi balik. Jadi, bawak duit lebih sikit. Tapi ada mesin atm CIMB kat jeti. Leh cucuk sebelum naik feri tuh. Masa balik nanti kena caj untuk tax, dalam 60 ribu rupiah.
7. Tukaran rupiah dan ringgit. 1 ringgit bersamaan 2840 rupiah. Kalau aku tak silap..
8. Aku penat. Badan aku memang mengalami kejutan. Terlalu penat sehingga banyak blog aku tak terupdate. Nak tulis, tapi malas semacam. Penangan Pulau Karimun agaknya. Haha..
4,502 total views, 1 views today
Tak pernah lagi sampai sana.. Ada rezeki nak juga bercuti tengok2 tempat orang.. Insha Allah..
saya pun sama , belum sampai ke sana.
Okay, masa Asyrof di Mesir dulu makanan Indon yang selalu akan makan bila balik dari Kulliah pengajian singgah dekat kedai makan Indon, konfem akan tempah Bakso.
Perghh! serius .. memang sedap dan paling penting 3 mangkuk sekali makan. hahah
teringin nk g indonesia, tp xpernah merasa 😀
pernah datang bandung dengan jawa barat je, tengok kawasan pertanian.