Baru sahaja menonton filem 3 idiots. Aku rasa banyak benda juga aku belajar dari filem india ni. Memang aku rasa ramai yang patut tonton filem ini. Sejujurnya aku tak berapa suka cerita hindustan. Tapi cerita ini memang akan banyak buka pemikiran dan gaya korang. Kita buat apa yang kita mahu dan kita akan lihat hasilnya nanti. Percaya pada kemampuan diri sendiri dan fikir apa yang kita patut buat dalam kehidupan kita. All is well.
Sekarang, aku rasa aku boleh nampak ramai orang kita yang berfikir dengan matang. Tahu apa yang mereka mahukan dan masyarakat kita tampak lebih kompetetif dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. Jika dulu, Malaysia tidak berapa kenal, tapi sekarang, negara kecil ini sudah berjaya membuka mata dunia yang dulunya memandang rendah kepada kita terpaksa mendongak kepada kita dalam pelbagai perkara. Aku akui memang ada kelemahan dimana-mana, tapi kita pasti ada kelebihan yang dapat ditonjolkan. Jika Lee Chong wei, tak berminat dengan dunia badminton, dia takkan jadi juara dunia seperti hari ini. Jika Tun Mahathir tak lakukan apa yang dia mahu, dia takkan berjaya jadi perdana menteri yang disegani oleh seluruh dunia walaupun pernah seketika dia keluar dari BN. Jika Skuad Harimau Malaya tak berlatih bersungguh-sungguh dan minat kejar satu bola hitam putih dipadang yang luas tu, kita takkan jadi Juara dalam Piala Suzuki 2010. Insya-Allah, kita boleh lakukannya.
Orang melayu ada banyak kelebihan dan kita punya banyak cara untuk menunjukkan cara kita berfikir, berkuasa, berdikari dan membuat sesuatu yang berbeza. Seperti dalam filem 3 idiots, apa-apapun boleh terjadi. Yahh, all is well. Korang nak jadi apa pun, buat apa yang korang suka. Insya-Allah, jika caranya betul, masanya betul, hati kita betul kita akan jadi apa yang kita mahukan. Yakin dan buat. Jangan hanya ikut apa yang orang lain mahukan. Buat apa yang kita mahukan. Mudah. Simple dan padat.
Yahh. All is well.
1,859 total views, 1 views today
si hero rupanya bukan dari keluarga yang bernasib baik, hanya jadi alat untuk mereka yang kaya.