15/07/2007. Ini salah satu tarikh keramat bagi aku. Mengapa? Itulah kali pertama aku menulis blog secara serius di domain earncent.com. Sebelum itu, domain nurusha.com. Tapi domain tu telah aku ceraikan kerana tidak mendatangkan profit yang tinggi dan ada masalah dengan hosting yang menampung domain tersebut. Blog itu merupakan blog terawal yang menggunakan dot com. Maksudnya, aku tidak menggunakan blog percuma. Aku guna yang berbayar. Tiap-tiap tahun kena bayar.
Domain earncent.com itu aku beli dari Netkl. Salah satu syarikat hosting tempatan yang agak kurang famous ketika itu. Tapi hari ini, Netkl sudah gah berdiri setanding dengan syarikat-syarikat luar dan tempatan di Malaysia. Jadi tidak hairan ramai yang menggunakan mereka dan masih setia dengan mereka. Aku telah setia dengan Netkl hampir 3 tahun. Itu satu jangka masa yang aku sendiri tak percaya.
Apa yang aku suka tentang Netkl? Servis dan layanan mereka kepada customer mereka. Cepat dan mesra. Kadang-kadang aku buka tiket untuk tanya soalan mereka akan jawab dengan cepat. Jika ada masalah dengan blog atau wordpress, diorang akan cuba selesaikan masalah aku tu.Pendek cerita, aku suka servis yang diberikan oleh mereka dan tak pernah lagi diorang maki hamun aku atau tidak berpuas hati. Jadi, aku sangat menyokong jika seiapa yang berminat atau mula mahu menulis blog, bolehlah cuba Netkl. Ambil pakej Mywordpress yang bernilai RM70. Korang akan dapat domain secara percuma. Diorang juga akan tolong korang installkan blog korang dari mula sampai habis. Jika korang ada blog di blogspot, diorang akan tolong pindahkan artikel-artikel korang beserta dengan komen-komennya sekali. Haa, semua diorang tolong.Kalau ada apa-apa yang korang nak tahu, tanya juga diorang..
Nak tahu lebih lanjut. Gi website diorang >> Netkl.com
Ps: Ini adalah tahun ke 4 aku bersama dengan Netkl.
1,798 total views, 1 views today
aku ambik netkl masa mula-mula buat IM, memang puas hati.