Dalam 2-3 hari ini, aku sibuk download cerita korea yang bertajuk Green Rose. Dalam bahasa melayunya adalah mawar hijau atau mawar yang berwarna hijau. Sejujurnya aku dah tengok cerita ni dulu. Tapi itu aku tengok secara online di Crunchyroll. Tapi sejak site tu dah tak banyak cerita nak ditonton dan agak sukar dan lambat menunggu watktu loadingnya, aku dah tak aktif dengan website tersebut. Kini, aku lebih banyak download cerita korea dan tontonya dirumah. Mungkini ini juga sebaba aku tak siapkan lagi produk terbaru aku tu. Tapi nak tak nak, aku kena siapkan juga sebelum bulan Januari 2011 ini berakhir. Insya-Allah, aku boleh.
Berbalik kepada cerita Green Rose, ceritanya agak mencabar. Kisah pembunuhan, konspirasi perniagaan dan juga cinta. Biasalah, unsur-unusr cinta dan elemen duit mesti ada dalam kebanyakan cerita korea. Tapi yang banyak membezakan cerita korea dengan cerita Jepun, adalah niche mereka. Bidang mereka sangat berbeza. Aku boleh kata micro-niche.
Cerita Jepun, banyak kepada satu isu dan banyak mempromosikan barang dan kebudayaan mereka. Jika satu cerita dibuat, ianya mesti ada satu tema khusus dan tidak banyak sangat elemen cinta. Tapi kalau memang cerita cinta, memang cerita Jepun antara yang bijak mengeksplotasikannya ke arah yang lebih berbeza. Cerita jepun, kalau cerita cinta, memang boleh nangispunya. Lagi-lagi kalau orang perempuan yang tonton cerita tu. Tak banyak sangat unsur lawak, lebih kepada percintaan yang serius. Tapi cerita korea, ada tujuan terrsendiri dan mempunyai thrillnya yang istimewa. Aku cakap banyak pun tak guna, korang boleh terus download kalau mahu. Boleh gi cari kat forum-forum luar atau forum tempatan. Tidak pun, gi je kat kedai, cari DVD Green Rose. Cerita ini antara salah satu drama korea yang agak panjang. 22 episode dan kena download dari megaupload. Ambil masa 3-4 hari untuk download semua episode termasuk subtitlenya. Dan aku boleh kata Green Rose antara yang terbaik selain Iris.
Ps: Dah lama tak layan drama macam ni. Green Rose dan Iris. Dua-dua heroin memang lawa dan kiut. Hero? Aku tak rasa handsome. Tapi semua pempuan mesti kata diorang handsome dan kacak. Tak tahu aku kenapa..
1,840 total views, 1 views today