Malam tadi, Ana Rafali menjadi juara bagi Anugerah Juara Lagu yang ke 25. Memang lari dari target aku dan mak aku. Cuma yang mengena, Faizal Tahir dan Hafiz aje. Secara jujurnya, aku suka pada lagu Hafiz, Faizal Tahir, Black dan Bunk Face. Lagu lain, tak tahu kenapa tak masuk dalam jiwa dan taman-taman dalam hati aku. Termasuk lagu Ana Rafali, “Tolong Ingatkan Aku”
Tuah memang untuk Ana Rafali atau mungkin para juri mahukan sesuatu yang baru dan berbeza. Memang aku akui lagu-lagu lain sudah biasa kita dengar di kaca televisyen atau youtube mahupun dari mp3 yang korang download secara haram tu. Tapi aku setuju jika Ana Rafali menang kerana uniknya lagu dan keanehan beliau. Bagi aku, dia pelik. Aneh dan mempunyai tarikan yang kurang kuat. Tapi mampu menarik perhatian juri-juri. Ketua juri. M.nasir, pasti punya alasan tersendiri untuk memilih Ana Rafali. Aku yakin para penonton sudah mengagak antara Hafiz atau Faizal Tahir yang akan menjadi juara. Jika korang perasan, dewan senyap dalam 1-2 saat setelah nama Ana Rafali diumumkan. Perasan tak? Terkejut punya pasal la katakan..
Walaupun ada yang kena lempang, ada yang main api, ada yang main air, ada yang berenang, ada yang kena tembak, ada yang jadi superman putih, ada yang kena cedera sana-sini, ada yang jadi oren, namun semuanya tetap tewas kepada pendatang baru dari aliran Youtube. Ana Rafali.
Ps: Nak jadi artis dah tak susah sekarang. Tak yah hantar demo tape kat syarikat rakaman atau join akademi fantasia. Gi nyanyi kat bilik air rumah korang, rakam dan upload ke Youtube. Kalau sedap, dan muka korang ada nilai komersial sikit, confirm ada yang berminat nak jadikan korang artis. Tak percaya? Gi cuba dulu.
1,367 total views, 1 views today
guna youtube pun boleh jadi popular, sekarang ni pun ada kategori artis online yang popular.