Aku rasa agak lama juga aku bersama dengan salah satu syarikat tempatan ni. Banyak juga cek yang aku dapat dari syarikat ni. Dan aku rasa ramai juga blogger yang sudah berjaya buat duit dengan syarikat ni. Ianya mudah untuk buat duit melalui program-program mereka. Ada dua. Nuffnang dan Churpchurp.
Nuffnang bagi kita duit melalui pay per impression melalui campaign buffer diorang. Bayaran yang kita dapat setiap klik juga agak lumayan. Terutamanya bagi mereka yang ada akaun Gliterriti. Bagi yang akaun biasa tu, dapat ciput aje walaupun nilai klik dan impresion korang banyak. Nuffnang ni, jenis macam bini nombor satu. Dia tak boleh ada madunya. Korang pasang je bini nombor dua dan no tiga. Terus kena talak satu. Tapi jangan risau, korang boleh rujuk semula. Syaratnya, ceraikan bini nombor dua dan nombor tiga tu. Habis cerita..
Churpchurp? Ini anak syarikat kepada Nuffnang. Memang kita boleh buat duit dengan benda ni. Tapi agak sukar gak pada mulanya. Sekarang, diorang dah tiru macam Youthsays plak. Jadi, aku tak rasa sangat ianya bersifat eksklusif lagi sebab sebab semua orang yang ada twitter follower yang rendah boleh buat duit dengan churpchurp dengan mudah. Dah rasa cam tak best. Itu pendapat aku. Korang tak suka. Aku pedulik apa. Huh..
Overall, aku dah dapat 9 cek nuffnang dan 2 cek churpchurp. Kira ok apa.
2,755 total views, 1 views today
aku pun br je nak jinak2 ngan churp2 nie maklumlah dulu xde line internet.hehe
cmner nak tmbh earning churpchurp
Baru dapat 1st cheque from Churp2.. Nuffnang pun dah boleh cashout tapi biarlah beranak pinak dulu kat situ.. Nanti emergency ke apa boleh la wat kuar.. Kehkehkeh~~
Saya kedua-dua belum dapat apa2 cek hehe.. kena berusaha lagi
aku pun rasa macam nak buat duit dengan nuffnang.