Aku rasa ramai yang pernah dengar tentang program Google Adsense. Antara program yang membuatkan ramai juga orang menyampah dan mencintai Google Adsense. Aku dulu, pernah kena ban 2-3 kali juga. Mula-mula kena ban, memang aku ada klik sendiri. Padan muka. Aku kena ban. Biasalah, masih mentah. Nak dapat income cepat sangat. Hasilnya, hilang bodo macam tu aje.
Itu kisah aku dengan Adsense 4-5 tahun lepas. Sekarang, aku cuma ada satu akaun yang aku setup dan jaga elok-elok. Memang aku monitor habis-habisan. Tak bagi kena ban lagi dan aku tak buat kerja gila yang membolehkan akaun aku hilang lagi. Nak dapat akaun tu dengan nama kita sendiri, memang susah. Kalau nak nama orang lain, anytime aku bila buat. Tapi aku tak bangga buat cara macam tu, mesti income pun susah nak naik sebab hati dalam taman aku ni asyik bergelora dan mengalami gempa bumi dan banjir. Jadi, dengan akaun nama sendiri dan hasil yang aku dapat, barulah taman-taman dalam hati aku reda sedikit.
Memang aku tak dapat banyak setiap bulan, tapi lebih baik dari aku tak dapat langsung. Dapat seringgit sehari atau seringgit dollar pun dah ok. Cukup sekadar untuk capai nilai minimum dan boleh bantu aku bayar bil dan apa-apa yang patut. Aku tak minta lebih, aku minta aku cuma dapat apa yang sepatutnya dengan usaha aku yang tak seberapa. Memang program ni nampak hebat sebab setakat ni, program ni tak jatuh macam program Payloadz, Widgetbucks dan beberapa program yang lain. Jadi, aku harap aku akan terus maintain dengan income aku di Google Adsense.
Aku tahu ada yang banyak kali kena ban. Samada korang klik sendiri atau main blackhat, itu korang punya cerita. Bab kena ban ni kadang-kadang diluar pengetahuan kita, kalau pihak Google rasa akaun kita tu berpotensi untuk kena ban, menyusahkan advertiser diorang, dengan secara kejamnya, diorang ban. Diorang tak peduli kita orang baik atau jahat. Jadi, sentiasalah berhati-hati. Aku sayang akaun adsense aku tu. Nak masuk 3 tahun. Korang tak sayang akan korang?
2,100 total views, 1 views today
🙂 🙂 🙂
terbaeekkk!!!!
singgah pagi dari mknace unlimited
ko memang gila nasi lemak.
pernah apply tapi kena reject, lepas tu malas dah nak apply lagi hehehe.
Ehh korang mungkin belum diberitahu kot oleh en mimpi…eh silap en titan…
Dier skrg main adsense pakai youtube jekkk..
tgk iklan kat attttttaaassss besar gedabak tue…
en titan main adsense senyap2…
sbb tue dier cakap buat ebook tak kaya2…sebab dier kaya dengan duit usd senyap2 jekkkkkkkkkkk…
😆