Cikgu Shida.
Ya. Satu lagi penangan terbaru dalam dunia hiburan dan internet. Setelah video-video miming Cikgu Shida memenuhi Youtube dan ditambah pula dengan promosi diblog-blog blogger diserata Malaysia menyebabkan nama Cikgu Shida sangat popular bukan sahaja dikalangan cikgu-cikgu sekolah, tetapi seluruh Malaysia. Memang youtube memainkan banyak peranan penting bagi cikgu shida menjadi popular biarpun katanya ianya adalah sekadar hobi sahaja.
Bagi aku, ini cara beliau yang kita susah nak tafsirkan. Hobi beliau menjadikan beliau popular dan sekaligus menjadikan ramai orang mungkin tak berapa suka dengan apa yang dilakukan oleh beliau. Tak kurang juga ada cikgu-cikgu yang memandang sinis dengan apa yang Cikgu Shida cuba sampaikan. Ya, dia berbeza. Dia dalam dunia sendirii. Samada apa yang dia buat tu salah atau tidak, biarlah korang sendiri yang tafsirkan. Dia mungkin punya sebab sendiri untuk lakukan itu semua. Dia sendiri tidak mintak mendapat sebegini cepat dan besar publisiti. Memang inilah mentaliti orang malaysia. Bila ada yang popular, pasti ada antara kita yang tak suka. Tak tahulah mengapa.
Tapi dari sudut lain, aku lihat dia ada bakat untuk ditonjolkan. Boleh jadi ikon untuk cikgu-cikgu. Tak mustahil ada syarikat besar seperti Petronas, Celcom, Maxis, pihak bank yang berminat menjadikan beliau sebagai produk baru, ikon baru dan tak mustahil artis baru. Aku yakin dia akan jadi satu ikon dan banyak yang mahu bekerjasama dengan beliau. Jika satu hari nanti dia muncul dalam iklan di TV, jangan terkejut kerana ini yang akan terjadi. Ianya tak mustahil.
Dia punya pakej untuk terkenal. Soalnya, Cikgu Shida mahu atau tidak sahaja. Apapun, dari sudut kecil dalam taman-taman dalam hati aku, dia punya bakat besar untuk menyinar.
Ps: Jika ada orang kata dia raja miming Malaysia. Ya, aku setuju.
2,133 total views, 1 views today
Lama tak dengar kisah cikgu ni..dah tak aktif kot..hehe
Cikgu Shida ni memang lawak.. Video2 parody dia semua kena dengan mesej yang nak disampaikand dalam lagu tu..
dah kahwin kot dia, tu yang senyap terus.