1. Hari ni aku yakin ramai yang sambut valentine. Ada yang kata haram, ada yang mempersoalkannya dan ada yang geleng kepala dan tak kurang juga yang tulis kat blog masing-masing tentang apa itu valentine day. Aku dari dulu tak tahu apa benda valentine ni. Jadi, aku tak sambut benda nih atau tahu sangat apa benda hari yang diagungkan sangat nih. Jadi, jika korang tanya aku apa benda valentine atau valentino, aku tak ada jawapan.
2. Esok, hari keputeraan nabi kita. Nabi Muhammad saw. Apa yang korang akan buat untuk hari esok?
3. Adjust satu lagi email untuk akaun paypal aku. Sebenarnya aku cuma masukkan satu lagi email dalam akaun current aku. Bukan buat akaun baru. Dah tak larat aku nak buat banyak-banyak akaun. Satu akaun, boleh sumbat beribu email. Ini lagi mudah. Tapi aku rasa, tak ramai lagi orang kita tahu tentang paypal. Betul tak?
4. Aku banyak jalan-jalan kat blog orang lain. Tengok orang lain update sana-sini. Tapi blog utama aku sendiri aku malas update. Entahlah, belum ada mood nak tulis lagi. Mungkin lepas ini.
5. Bila haus, aku minum air. Bila lapar, aku makan nasi. Tapi bila ngantuk, kenapa aku cari kopi?
6. Aku cuba tingkatkan usaha untuk akaun adsense aku. Mahu maintain setiap bulan dapat capai minumum payout. Kalau dulu, 2-3 bulan baru dapat income. Tak best aku rasa. Kena ubah ni. Tiap-tiap bulan, cukup 100 usd dan ke atas.
7. Nuffnang dah jadi fenomena kat Malaysia. Google Adsense dah macam orang tak kenal aje. Sana-sini sibuk cerita pasal BE (buffer earning). Best sangat ker dapat buffer earning ni?
8. Facebook, twitter dan blog. Media lama yang diberi nafas baru sejak 2-3 tahun ni. Kemuncaknya pada tahun 2009 dan 2010. Tahun 2011, aku harap ada fenomena baru selain fenomena Cikgu Shida.
9. Persamaan antara cikgu suraya dan cikgu shida adalah terlatak pada huruf S.
10. Trafik memainkan peranan penting dalam semua perkara. Dari trafik, kita dapat duit, kita dapat kawan, kita dapat komunikasi dan kita juga boleh tahu cara-cara nak buat karipap dari internet. Hebatnya kuasa trafik.
1,986 total views, 1 views today
apa blog ko yang guna optimisekan dengan google adsense ek..?
Emm tak pernah lagi merasai kenikmatan menda ni…emmm..
kita kena rasa la bro. rugi kalu bloggers tak tau benda
Harap trafik hari ni tak jam.. Kehkehkeh!~ 😉