1. Jika korang mahukan sesuatu yang ringan, minumlah air teh. Tapi jika korang perlukan sesuatu yang berat, sentiasa berfikir secara serius, minumlah air kopi. Jangan tanya aku kenapa atau sebab-sebabnya. Sekurang-kurangnya, itulah yang aku buat sekarang. Agak sangat membantu.
2. Terlalu banyak lambakan personal blog di pasaran tempatan. Sebab tu ianya mejadi semakin meriah. Banyak blogger baru wujud dan banyak blogger lama menghilang. Bukan sebab blogger lama merajuk atau irihati, tapi blogger baru terlalu kreatif dan hebat dalam banyak aspek. Sebab itu, banyak blog baru, lebih hebat dari segi presentation berbanding blogger-blogger lama yang theme blognya kadang-kadang bertahun-tahun tak pernah tukar.
3. Blog-blog hiburan masih kekal hebat biarpun lambakan personal blog berlaku. Sebab blog-blog hiburan yang lama ni ada asas yang kukuh, kuat di search engine dan ada banyak spy dan orang dalam yang bekerjasama dengan mereka. Jadi, blog-blog hiburan baru dan personal blog yang cuba mencabar blog-blog hiburan baru biasanya akan tertinggal jauh dari suduh gosip, informasi dan juga presentation.
4. Jika anda seorang artis, pramugari, gadis comel, model mahupun tukang masak, jika mahu popular dengan cepat. Tak perlu nak keluar kat television atau surat khabar aje. Buat satu blog dan ceritalah kisah anda dalam blog tersebut. Nescaya, korang akan lebih cepat popular berbanding artis-artis lain yang tak pernah nak berusaha untuk mempromosikan diri dan cuma berharap pihak syarikat buat promosi untuk diri korang. Jadi apa? Sila daftar di blogger.com sekarang la wehh..
5. Statistik dari ujikaji yang aku lakukan difacebook secara sendirian, kebanyakan penulis blog mempunyai akaun facebook, tetapi tidak semua dari pengguna facebook mempunyai personal blog mereka sendiri. Sekurang-kurangnya dari 10 pengguna facebook, cuma 2 atau 3 orang sahaja yang ada personal blog.
6. Kebanyakan blog-blog otai atau blogger lama sudah jarang nak komen sana-sini. Bukan sebab mereka sombong, tapi mereka tak ada masa sebab terlalu sibuk. Tapi bagi aku, mereka tetap sombong. Dan sombong itu perlu bagi blogger-blogger lama. Ala, kalau blogger baru nak sombong pun boleh apa, takde masalah punya. Dari satu ujikaji aku yang tak rasmi, semua orang sombong. Termasuklah aku. Huhu..
7. Blogger perempuan, cukup suka berkongsi gambar mereka diblog-blog mereka. Tak tahulah apa sebabnya. Yang pasti, gambar-gambar mesti yang mampu menarik perhatian blogger lelaki. Gambar baju yang melekat kat badan, pakai seksi maut dan tudung yang tak cukup sifat atau senyuman menggoda yang tak boleh blah tu, pasti terupload kat blog masing-masing. Tak tahu kenapa. Tapi mestikah mereka kongsikan gambar-gambar begitu??
8. Blogger lelaki suka skodeng blog-blog blogger perempuan. Lagi-lagi kalau blogger perempuan tu sangat comel dan suka update blog mereka dengan kata-kata manja mereka. Hari-hari blogger-blogger lelaki ni sanggup berkampung kat blog perempuan tu..
9. Jika 5 tahun lepas, boleh dikira dengan jari blog-blog blogger perempuan ni, tapi sekarang, campur jari kaki dan tangan, tak cukup dah nak kira blog-blog blogger perempuan yang comel dan manja nih..
10. Statistik di facebook, ujikaji terbaru. Memang terbukti blogger lelaki tertarik dengan blogger perempuan yang comel. Kalau blogger perempuan tu tak comel, confirm tak ada orang lelaki atau blogger lelaki nak lepak kat blog blogger perempuan tu..
2,327 total views, 1 views today
buat blog ni pon nak kena beringat gak.. ada dosa dan pahala di sebalik yg kita tulis… tepuk dada tanya iman…
Hehe..saya suka yang part 4 tu..tapi yang lain suka gak…hehe..yang nombor 8 tu, saya tak macam tuh…hahaha
aku pernah gak buat kat blog fatin lyana yg no 8 tuuu 😆
Setuju! Ramai blogger perempuan yang comel mampu raih trafik yang tinggi dalam masa yang singkat hanya sebab dia comel.. Nasib badan tak berapa nak comel.. Trafik pun suam2 kuku kambing jer.. Tapi tetap syukur apa adanya.. Alhamdulillah..