1. Hari ini aku tidur aje. Penat sangat agaknya. Sakit mata membuatkan aku pening seketika. Ini pun baru terbangun. Bila teringatkan banyak kerja yang perlu aku lakukan, aku gagahkan masak air dan buat air kopi. Harap boleh bertahan seketika sebelum aku tidur semula. Agak tak berapa sihat 2,3 hari ini.
2. Aku cuba hubungi Nuffnang dan cuba juga untuk dapatkan akaun Glitterati semula. Apakah agaknya yang akan dibalas oleh pihak mereka?
3. Aku tanya juga pada pihak 701panduan tentang beberapa soalan tempoh hari. Mereka dah balas. Agak lambat. Tetapi lebih baik daripada tak terjawab. Aku tanya kembali beberapa soalan dan mungkin juga aku akan terima bayaran hujung bulan ini. Harap-harap dapat.
4. 2-3 hari lepas, aku gantikan tayar untuk kereta saga aku. Dua-dua tayar depan aku ganti baru. Dah haus. Akibat suka sangat main drift masa kat Damak tu. Sakit gak. RM150 satu ketul tayar. Kalau dua? Dah RM300, campur servis sana-ini, cincai kira, RM320. Kopak lagi duit aku..
5. Hujung minggu akan pulang semula ke sana untuk bayar apa yang patut. Juga untuk ambil kembali harta adik aku yang tertinggal. Pada yang sama juga, untuk melawat beberapa orang yang agak penting.
6. Esok, mesti pergi ke bank Islam. Setelkan apa yang patut aku sudahkan 2 minggu lepas. Bertangguh aje kerjanya. Kalau tidak, memang takkan siap. Sejak dua menjak ni, aku agak malas.
7. Jumpa satu cara untuk tambahkan follower Twitter aku. Dah naik mendadak dalam 2-3 hari ini. Nampak juga pergerakan besar dalam revolusi twitter follower aku. Kalau tak, asik angka 1 ribu ajer..aku mahu capai angka 2 ribu dalam masa terdekat ini.
1,628 total views, 1 views today
cara utk tambah follower twitter tu.. buat la satu entri utk sharing bro… 😳
Emm ada jer target dia ekk..ingtkan buat duit dengan blog jer..tapi twitter pun aktif juga..hehe