Pernah tak korang dengar cerita program tentang Dapatwang, Jutawanklik dan Berrybunch? Semuanya menggunakan modus operandi yang sama. Program sebegini simple sebenarnya. Tak perlu nak rumitkan otak. Bagi aku, semua program itu berpaksikan pada membership account. Maksudnya, kita macam sertai satu program membership yang bayar sekali untuk guna apa yang ada dalam akaun kita tu seumur hidup. Macam ahli seumur hidup yang ada dalam koperasi-koperasi dan syarikat. Cuma mungkin juga ada yang mengatakan bahawa program macam ni, lebih kepada skim cepat kaya, scam program dan juga program-program yang tidak berfaedah untuk dikuti. Jadi, apa perbezaan yang ketara dengan program membership yang lain?
Ada satu program membership, bermodalkan kepada menawarkan theme-theme wordpress tertentu. Mereka tawarkan membership dan mereka minta kita bayar yuran ahli secara mingguan, bulanan, tahunan dan ada juga yuran seumur hidup. Apa beza dengan Dapatwang, Jutawanklik dan program-program yang seumpama dengannya? Jika satu Thesis, salah satu program yang menawarkan theme-theme wordpress jenama Thesis, yang memerlukan kita bayar yuran tahunan setiap tahun, dan kita boleh guna semua theme yang mereka bagi dan juga ada peluang buat duit dengan affiliate program yang ditawarkan, adakah ianya sama dengan program Dapatwang? Dapatwang memberikan kita peluang untuk buat duit melalui klik, melalui program affiliate dan juga access kepada produk-produk yang mereka tawarkan untuk kita download secara percuma dari access mereka. Disini muncul persoalan, apakah perbezaan Thesis dan Dapatwang? Aku nak korang fikirkan. Habis kat sini. Aku tak nak celoteh panjang sebab aku tahu, ramai yang akan buat fatwa masing-masing nanti.
Cuma yang buat orang kita bengang setakat ni, bila Dapatwang naikkan payout bagi program mereka ke RM100. Dulu, cukup RM10, kita dah boleh request payout. Tapi sekarang, kena tunggu sampai RM100 dan perlu ada 1 downline valid yang register under kita, baru kita boleh request payout. Kalau tak cukup syarat, tak boleh request payout. Ini yang buat orang kita bengang. Tapi mengapa ini terjadi? Sebab berlakunya perbuatan promoter Dapatwang yang buat group klik masing-masing. Mereka saling klik iklan ahli-ahli mereka setiap hari dan ada juga yang gunakan certain software atau iframe atau javascript yang membolehkan bot atau robot klik banner Dapatwang setiap hari. Jadi, makin mudahlah mereka dapat capai RM100 dalam tempoh beberapa hari. Jadi, pihak Dapatwang nak tak nak, mengubah polisi dan syarat mereka untuk jaga agar program mereka kekal sampai ke hari ini. Buktinya, sampai hari ini program ni masih berjalan dan tidak scam. Aku lihat, masih ada yang dapat bayaran dari program ini, masih ada yang promosikan program ini dan masih ada yang berminat untuk menyertai program ini. Persoalannya, masih relevankah program ini? Salahkah sertai program ini walaupun kita perlu bayar dulu untuk plan-plan tertentu untuk buat duit dengan Dapatwang? Fikirkan dan mari kita berfikir.
Oklah. Benda ni mudah. Nak atau tak nak. Terpulang. Cuma aku tak berapa gemar jika ada orang cakap tak serupa bikin. Itu aje. Basic untuk program affiliate, reseller program, PPL, JV adalah sama. Cari orang. Tak perlu nak tegakkan fatwa yang memang kita dah tahu. Cuma fikirkan untuk kebaikan semua. Bagi aku, tak ada salahnya untuk sertai program begini. Kita yang buat keputusan. Bukan orang lain.
Ps: Baki earning aku kat Dapatwang baru RM60 lebih dan aku ada beberapa downline yang register. Aku dah cukup syarat untuk payout kecuali tak sampai RM100 je lagi. Kalau aku dapat payout kali ini, aku kongsikan pada korang nanti.
1,503 total views, 1 views today
Emm lebih kurang jer semua nya?masih belum ada kesungguhan nak buat duit dengan menda ni..hehe..apa-apa pun terima kasih atas perkongsian ini..hehe