Hari ini ada perkara hebat berlaku. Satu akaun yang aku mahu sangat diluluskan, akhirnya berjaya diluluskan setelah sekian lama menanti. Mungkin berkat apa yang aku lakukan sejak dulu, dan akhirnya tahun ini baru dimakbulkan. Alhamdulillah. Aku yakin ini rezeki baru untuk kisah aku untuk tahun 2011 ini.
Aku cuba untuk buat sesuatu yang lebih baik pada tahun ini. Tahun ini aku akan capai umur 27 tahun. Tahun yang aku rasa aku kena buat sesuatu untuk masa depan aku dan sepatutnya aku sudah lengkapkan salah satu bucket list aku yang sudah sekian lama aku tulis lama dulu. Mungkin satu-dua list yang ada dalam bucket list aku itu patut aku padam untuk tahun ini jika ianya benar-benar terlaksana.
Ya, aku tahu harapan mak dan abah aku. Mahukan aku kahwin cepat. Mahukan cucu. Mahu bermain bersama cucu. Sabarlah mak, sabarlah abah, sabarlah juga wahai nenek dan tok wan. Kalau masa tu sampai, ada jodoh aku, ada gadis comel mahu jadi bini aku, waktu itu akan ku teriakkan pada dunia, akan ku khabarkan pada kamu semua berita gembira itu. Insya-Allah, jika dipermudahkan dan diberikan oleh Allah.
Ps: Ya, aku mahu kahwin. Haha!!
1,542 total views, 1 views today
Emm muda lagi tuh..tahun 2013 ni baru 29 tahun..semoga en titan cepat2 bertemu jodoh…aminnn