Dalam 2-3 hari ini aku sibuk buat eksperimen untuk beberapa program yang aku sertai. Aku harap dapat income baik dan aku harap benda ni dapat support aku setiap bulan.
1. Adsense. Memang sukar. Tapi aku cuba tunekan dengan beberapa blog yang aku pilih untuk bermain dengan Adsense ni. Sesetengah blog mempunyai niche yang agak kuat disearch engine dan juga mempunyai pasarannya tersendiri. Memang akan ambil masa untuk tune sendiri. Tapi aku yakin dalam 2-3 bulan nanti, income Adsense aku akan berjalan dengan sendirinya dan mampu bagi pulangan setiap bulan.
2. Bidtraffic. Satu program baru yang masih dalam ujikaji. Aku cuba buat sesuatu dalam beberapa hari ini. Trafik memang banyak, cuma nak dapat klik itu aje yang masih menjadi persoalan. Masih dalam eksperimen dan aku yakin masih banyak yang perlu aku lakukan. Cuma 2 blog yang menjadi mangsa ujikaji. Hasilnya dapat 5 klik hari ini. CTR memang agak tinggi tapi aku cover dengan trafik dari salah satu blog itu. Jadi, aku harap tak jadi masalah dengan program ini. Mungkin aku boleh dapat komisen pertama dari Bidtraffic ini bulan ini.
3. 701panduan. Berjalan dengan baik. Tapi belum tentu aku berjaya dapat income tetap setiap bulanan. Masih perlu berusaha untuk maintain dan berharap akan lebih banyak klik yang akan aku dapat. Sejujurnya, aku sangat suka program ini berbanding program tempatan yang lain. Buat masa inilah.
4. Says.my. Masih menjadi tanda tanya. Banyak klik menjadi yang aku dapat setelah promosi sana-sini. Lagi sikit akan sampai ke minimum payout. Mungkin sebelum hujung bulan ni aku akan dapat capai. Dan ambil masa sebulan juga untuk terima duit tu nanti. Harap ini juga akan jadi support untuk aku tak lama lagi.
Cukup 4 program tu. Tak banyak, tapi kalau dapat dalam 5 ratus dari program-program ini, dah jadi satu pencapaian yang membanggakan untuk ujikaji yang tak seberapa ini. HOho!
3,122 total views, 2 views today
tahniah dengan eksperimen … camaner nak daftar 701 panduan yer.. bleh kongsi ? tq
gurucyber. Boleh pergi ke website 701panduan.com.
Dibahagian bawah sekali ada satu link untuk daftar program 701panduan tersebut.
Taniah…dapatkan tip di komuniti adsense malaysia….adsense-my.com semoga dpt memajukan pendapatan blogger
Emm sampai boleh berekperimentasi ekk..rasa nak join gak semua program tu..tapi biar lah dulu..masa yang ada agak terhad..
Cuma ada akaun Says.my jer.. Lain2 semua taktau.. Gugugu~~