Ya. Semalam aku baru sahaja request bayaran pertama yang aku ditunggu sejak tahun 2009. Akhirnya, semalam baru pihak Advertlets bayar ke akaun bank aku selepas aku contact mereka untuk menuntut bayaran pertama dari Advertlets ini. Nampaknya, sudah ternyata mereka benar-benar bayar aku. Siap mintak maaf lagi sebab terlalu lambat bayar. Bayangkan dari tahun 2009 tu. Bukan dari tahun lepas atau tahun ni. Tapi tahun 2009.
Apapun, aku tak kisah sangat. Janji depa bayar dan mereka membuktikan bahawa mereka benar-benar bukan penipu seperti yang dikatakan oleh ramai orang sebelum ini. Jadi, status terbaru dari aku tentang Advertlets, mereka tak penipu dan dah bayar blogger tegar seperti aku nih. Haha..

Ok. Ini buktinya. Diorang email dan hantar ke aku. Terrible delay lagi tu. Haha..
Baik. Dah boleh join Advertlets. Diorang bayar. Kalau diorang tak bayar, aku bising lagi macam dulu. 2 tahun tunggu, tahun 2011 baru dapat. Tak faham aku kenapa leh jadi lambat macam tu. Aku yang lambat contact ke atau mereka yang lambat buat perubahan. Entahlah..biarlahh..
Apapun, terima kasih Advertlets sebab bayar aku. Aku tambah lagi iklan Advertlets kat 2 blog aku lagi. Tengok, leh dapat bayaran kedua dari Advertlets atau tidak.
Ps: Sesiapa yang masih ragu-ragu dengan Advertlets, terpulang sudah pada korang nak percaya atau tidak. Dulu memang aku macam tak berapa percaya dengan syarikat ni, tapi dalam 2-3 menjak ni aku lihat banyak blogger yang dah dibayar dan ramai yang sudah mula percaya dengan Advertlets. Jadi, boleh cuba kalau korang berminat la..
4,639 total views, 1 views today
Banyak blog ko Titan,
Tak sangka pula.
Dengar-dengar advertlets nih dah ok.
Bolehlah. Ada sikit-sikit. Yap, dengarnya begitulah. Memang dah makin ok kot Advertlets nih. Tunggu aku dapat bayaran yang kedua. Masa tu, memang lagi ok agaknya..
Salam bro.
Wow, kena tunggu 2 tahun baru dapat bayaran?
memang lama.
tapi tuh lah, aku survey ramai blogger dah beralih kembali ke advertlets 😉
Takdelah sampai kena tunggu 2 tahun. Cuma kes aku ni melarat sampai ke 2 tahun. Silap aku gak tak contact mereka awal-awal.
Memang ramai yang dah kembali kepada advertlets. So, bolehlah cuba kalau berminat.
nak signup dgn advertlets. tengah buat research. hee 😀
hehe, mari buat research sama-sama. 🙂
bro contact dgn emel or cmner? sy pun dr awl 2010 x dpt g…
login akaun advertlets. hubungi diorang dari ruang contact. masukkan juga email, akaun bank, bukti earning, dan pastikan dah lepas 45 hari dari tarikh korang request payout tu. diorang akan check dan bayar. of course..memang selalunya lambat.
anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com
rajin ko spam banyak blog ye. hehe..
Kalau pasang advertlerts sekali dengan nuffnang tak kena gantung status gliteratti ke? Tak berani nak amik risiko.. Biarlah nuffnang je dulu setakat ni even dah ada akaun dengan advertlerts.. Huhu~~
Dayah baru Baca , tak letak dah iklan depa…hehe..kelakar pulak Baca pengalaman faizal thn 2011 nih.. cam kisah dgn adverrlet